KelabMama

Mengabai Emosi Anak Kita: Trauma Kanak-Kanak Memberi Kesan Yang Berpanjangan

Zaman kanak-kanak adalah masa yang amat bernilai untuk perkembangan mereka. Tetapi berlaku juga kes-kes tertentu apabila ibu bapa mengabaikan kesihatan mental dan juga fizikal mereka. Akhirnya, anak-anak akan mengalami trauma apabila mereka meningkat dewasa. Trauma zaman kanak-kanak juga wujud dalam pelbagai bentuk seperti:

7 Contoh Trauma Kanak-kanak

Semestinya trauma mendatangkan lebih banyak keburukan apabila anak-anak kita meningkat dewasa. Menurut Dr Nicole,

“Trauma zaman kanak-kanak bukan saja datang dari apa yang anda alami, tapi ia juga mengenai apa yang anda tidak alami.

Dr Nicole menyentuh bagaimana kanak-kanak yang mengalami trauma kompleks sering mengalami masalah untuk mengenal pasti, meluahkan dan mengurus emosi mereka, dan mungkin mempunyai bahasa yang terhad untuk meluahkan perasaan mereka.

Kanak-kanak sering terlebih pendam atau terlebih menyuarakan reaksi tekanan dan mengakibatkan mereka menghadapai kemurungan, kebimbangan atau kemarahan yang terlampau.

1. Pengabaian emosi:
Bila kita tidak dapat mengalami parent figure yang sesuai dari segi emosi kita, kita susah nak faham emosi kita sendiri. Kita belajar keperluan kita tidak penting dan peranan kita adalah untuk menjaga emosi orang lain.

2. Tiada pembaikan:
Apabila kita rasa disakiti atau dikhianati, semestinya pembaikan diperlukan. Pembaikan adalah apabila tanggungjawab diambil, mohon maaf dibuat, dan pengakuan tentang perkara akan berubah pada masa hadapan. Jika kita tidak dapat membaik pulih, kita akan belajar perasaan kita tidak penting.

Kredit gambar: Shutterstock

3. Ketidakupayaan yang dipelajari:
Apabila kita tidak ada contoh cara menyelesaikan masalah, mencari penyelesaian masalah dan tidak diberi kemampuan untuk meninggalkan situasi yang bermasalah, ia akan mengakibatkan ketidakupayaan untuk belajar berlaku. Secara tidak langsung, ia akan mencuri keupayaan kita untuk menjadi orang dewasa yang kental bila berhadapan dengan masalah.

4. Kurang bertanggungjawab atas diri sendiri:
Sifat yang bermasalah ialah menyalahkan orang lain tentang sesuatu isu atau masalah. Apabila kita tak nampak orang dewasa mengambil tanggungjawab, kita belajar untuk menyalahkan orang lain daripada mengambil tanggungjawab. Ini menyebabkan kita terikut-ikut dengan perangai orang lain.

5. Tidak ada kegembiraan, bermain atau keseronokan spontan:
Satu lagi sifat keluarga yang bermasalah ialah “terlalu serius”. Ini boleh mendatangkan mod kelangsungan hidup jangka panjang di mana keseronokan tidak wujud langsung. Kita akan rasa susah untuk let go dan let loose.

Kredit gambar: Shutterstock

6. Tiada ruang untuk menjadi seorang kanak-kanak:
Apabila kita diberi sifat keibubapaan (terbentuk untuk mengisi peranan ibu bapa) kita tidak mempunyai keupayaan untuk mengembangkan emosi kita. Akibatnya kerana kita memberi tumpuan kepada isu dewasa yang “matang”. Ia membantutkan emosi kita dan membuatkan kita membetulkan perkara yang bukan patut kita betulkannya.

7. Tiada ruang untuk kesilapan:
Kesilapan adalah penting untuk perkembangan dan pembelajaran yang logik. Dalam keluarga yang bermasalah, kesempurnaan sering diperlukan. Kesilapan nampak sebagai kelemahan. Ini memberi kita masalah dengan penangguhan dan ketakutan yang melampau terhadap kritikan yang diberi.

Betul, perbuatan ibu bapa mempunyai kesan seperti trauma zaman kecil yang terbawa-bawa ke zaman dewasa. Oleh itu, Mama seharusnya prihatin terhadap trauma zaman kanak-kanak yang tidak dapat diselesaikan tetapi jangan risau, semuanya boleh pulih. Slowly but surely.

Dapatkan pertolongan daripada terapi, kumpulan sokongan ataupun ahli psikologi yang terlatih. Seorang ahli terapi seharusnya memahami kesan pengalaman zaman kanak-kanak terhadap kehidupan dewasa. Dengan pertolongan yang sewajarnya, InsyaAllah ia semua akan berjalan lacar.

Semoga bermanfaat ya Mama!

Kredit: Dr Nicole Le Pera


Dapatkan tips mengenai kesihatan anak-anak di SINI sekarang!