KelabMama

Khas Untuk Mama: Top TikTokers Mak-mak Wajib Follow (Part 1)

Kredit gambar: hareluya / Shutterstock.com

Pada zaman media sosial ini terutamanya TikTok, ramai pengguna bergantung pada ‘For You Page’ mereka untuk menentukan akaun TikTok siapa yang kita patut follow. Tetapi Mama juga boleh mencari TikTok siapa yang sesuai dengan kehendak atau minat Mama!

Mama Siti ada senaraikan beberapa TikTokers yang Mama perlu follow tau. Daripada topik atau fokus mengenai keibupaan hingga kesihatan Mama, Mama pasti akan mendapat manfaat daripada TikTokers yang terkenal ini.

Eh, siapa cakap TikTok ni tak bagus? Mama Siti sendiri selalu scroll TikTok untuk ketahui pelbagai tips, hacks, resepi, dan banyak lagi!

Jom kita lihat barisan TikTokers yang menarik dan tentu banyak info yang harus dimilik oleh Mama! Mama Siti bahagikan ikut kategori yang sering dikongsikan mereka supaya mudah untuk Mama.

KEIBUBAPAAN

1. Fhais Salim

Puas dah cari tips-tips keibubapaan yang berkesan? Mari follow Fhais Salim untuk tips keibubapaan yang dapat memahami anak-anak kita dengan lebih lanjut. Fhais Salim juga banyak kongsikan tentang kesihatan mental dan fizikal yang bagus untuk semua.

@fhaissalim

2. Zuraida Shahime

Untuk pengetahuan Mama, ‘speech delay’ adalah salah satu masalah yang menjadi kebimbangan ibu bapa. Mari follow Zuraida Shahime untuk mendapat maklumat lebih lanjut daripada Speech Therapist ini.

Mama juga boleh lebih memahami anak-anak dengan perkongsian Zuraida Shahime ini!

@zuraida.shahime

3. Asma Fras

Terdapat beberapa tips yang dapat membantu Mama dengan persekolahan anak-anak Mama. Selain itu, Asma Fras juga sering kongsikan tentang pemakanan kanak-kanak dan juga sering post tentang Austism. Bagi Mama yang perlukan lebih info tentang menjaga anak-anak Austisme, bolehlah follow!

@asmafras

4. Nurul Sheriena Musa

Perlukan ‘parenting’ tips dan tips mengajar anak-anak Mama? Mama Sheriena ada penyelesaiannya! Mama Siti suka perkongsian Mama Sheriena sebab perkongsiannya sangat menarik dan sering buat video bersama anaknya, so cute! Barulah ada ‘Mommy and Daughter time’.

@nurulsherienamusa

5. Dr Redza Zainol

Perkongsian Dr Redza Zainol mula terkenal di media sosial Twitter dan kini doktor ini yang aktif dengan perkongsian tentang ilmu keibubapaannya juga mula menerima ramai followers di TikTok. Mama boleh follow Dr Redza Zainol untuk mendapatkan maklumat mengenai pembentukan kelakuan anak-anak, kesihatan kulit, dan banyak lagi.

@drredzazainol

KESIHATAN

1. Puteri Kasim

Terkenal dengan petua semula jadinya, Mama mesti kagum dengan perkongsian Puteri Kasim! Kepakarannya adalah dalam kesihatan dalam dan luaran diri, kecantikkan diri dan macam-macam lagi! Follow jangan tak follow ya~

@puterikasim

2. Dr Sathyamawar

Perlukan tips hamil, tips penjagaan dalam untuk wanita, mesti follow Dr Sathyamawar! Dr Sathyamawar suka menjawab soalan-soalan followers-nya. Mama tanya je, mesti dapat jawapan! Tetapi banyak juga soalan Dr Sathyamawar dah jawab, Mama scroll-scroll je mesti dapat jawapan!

@drsathyamawar

3. Najwa Hamidi

Dr Najwa Hamidi kongsikan pelbagai gambaran bagaimana rupa anak-anak Mama semasa kehamilan. Barulah Mama ready bersedia dari segi mental bila berjumpa dengan doktor!

@najwa_hamidi

4. Eina Syahirah

Mama mesti mahu jaga kesihatan dalaman dan luaran kan selepas bersalin? Ataupun Mama nak jadi lebih aktif dan tidak letih sepanjang hari? Jom follow Eina Syahirah untuk tips-tips badan cantik, langsing dan yang paling penting mempunyai rutin yang konsisten!

@einasyahirah

5. Maria In Your Area

Ada satu lagi Tik Tok yang Mama wajib follow untuk penjagaan ‘fitness’ Mama. Maria kongsikan pelbagai rutin yang dapat Mama lakukan di rumah dengan mudah sahaja. Dengan rutin-rutin ini Mama mesti tak bosan dan sentiasa bermotivasi untuk bersenam! Go, Mama!

@mariainyourarea

Semoga TikTokers ini dapat membantu Mama untuk lebih cakna dengan kesihatan, bersenam dan mencari tips-tips penjagaan anak-anak! Pasti Mama akan dapat banyak maklumat selepas menonton dan follow perkongsian mereka!

Bukan itu sahaja, Mama Siti juga akan memasukkan Part 2 untuk TikTokers Mama wajib follow! Nantikan tips fesyen, berdandan dan macam-macam lagi!

Jumpa lagi pada Part 2 pula~