KelabMama

Ragaman Si Kecil: Tips Travel Dalam Kapal Terbang Dengan Mereka

Memang tidak dinafikan, tahap kesabaran Mama akan diuji semasa melancong bersama keluarga, terutamanya semasa berada dalam kapal terbang. Ragaman si kecil semestinya tak membantu Mama kan? Di sinilah Mama Siti nak tolong Mama!

Jom tengok petua-petua ni untuk melancarkan perjalanan percutian Mama seisi keluarga di dalam kapal terbang.

9 Tips Travel Bersama Si Kecil Dalam Kapal Terbang

#1 Pek Beg Ringan

Untuk memudahkan perjalanan Mama, lebih baik pek ringan sahaja tetapi penuh dengan keperluan. Ianya lebih bagus untuk berkongsi beg supaya tidak terlalu banyak beg untuk diangkut kehulur kehilir. Kepala Mama nanti mesti pening dengan borang untuk diisi, pasport untuk check-in dan macam-macam lagi. Jadi lebih sedikit beg, lebih baik.

#2 Extra Lampin Bayi Mama

Tandas kapal terbang adalah sangat kecil dan meja pertukaran pun kecil. Untuk langkah berjaga-jaga, pakaikan lampin extra pada si manja.

Pakaikan lampin pull-up untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, terutamanya untuk penerbangan yang jauh. Ada ketika, semasa tunggu untuk imegresen juga akan mengambil masa yang lama dan Mama mungkin tak sempat untuk ke tandas. Lampin pull-up boleh bantu Mama masa menunggu.

#3 Pastikan Anak Mama Tidur Semasa Dalam Perjalanan

Pada hari sebenarnya, banyak perkara yang akan jadi. Ini amat penting ya Mama. Bayi bawah umur 1 tahun mesti tak mampu nak berjaga sebab mereka akan penat cepat. Persekitarannya akan menjadi terlalu sibuk dan kalau si kecil tak dapat tidur, keadaan akan menjadi lebih teruk tau, Mama!

#4 Tempah Bassinet

Kalau boleh, Mama tempah bassinet untuk si manja. Walaupun Mama mungkin tak akan menggunakannya nanti, ia akan memberi ruang lebih untuk kaki. Beg Mama mungkin tidak boleh letak di bawah dan perlu simpan di atas. Kalau si manja tak boleh juga tidur, Mama tidak perlu pakai pun tetapi elok untuk ada semasa perjalanan.

#5 Susukan Si Manja!

Semasa berlepas dan mendarat, perubahan tekanan akan berlaku, jadi jika Mama menyusukan mereka ia sangat membantu! Menelan boleh bantu menyamakan telinga mereka.

Kalau mereka menjerit tu jangan risau sangat. Menjerit adalah cara bayi menyamakan telinga mereka. Sebenarnya, dalam kapal terbang ada microwave juga tau! So, Mama bolehkan sediakan air panas untuk buat susu atau panaskan susu ok~

#6 Bawa Snek

Bila dah bosan duduk lama, anak-anak kita akan berasa lapar. Jangan bergantung sangat dengan jadual makanan yang ditetapkan sebab confirm anak Mama akan lapar pada bila-bila masa sahaja. Malah makanan pilihan on-board pun boleh habis terjual 90% tau. Dan kapal terbang juga tak confirm akan ada makanan ringan untuk anak-anak Mama, so be prepared!

#7 Pastikan Ada Gantian Pakaian

Bila dah ada anak kecil ni, mestilah kita sudah terbiasa dengan beberapa kejadian kecil yang tidak boleh dijangkakan seperti muntah, kencing, dan sebagainya. Sebab tu, sama seperti tips travel no 2 di atas, sangat disarankan untuk Mama sediakan baju lebih untuk si manja.

Kalau tak, habis sepanjang perjalanan nanti bau busuk, si manja dan orang sekeliling pun kurang selesa. Ini juga boleh menyebabkan pelbagai ragamnya. Jadi, pastikan Mama sediakan baju lebih yang sesuai dengan si manja dalam hand carry ya!

#8 Bawa Mainan Kegemaran Mereka

Bergantung pada penerbangan Mama, mungkin tiada apa-apa hiburan dalam kapal terbang atau hiburannya tak kena dengan citarasa anak Mama. Kalau Mama sediakan mainan kegemaran mereka, mungkin mereka akan sibuk dengannya. Juga diingatkan Mama untuk set-kan tablet pada mod kapal terbang semasa berada dalam kapal terbang!

#9 Melabur Dalam Insurans Perjalanan

Untuk mengelakkan daripada perkara buruk yang mungkin akan berlaku, invest dalam insurans! Anak-anak mungkin akan tidak sihat pada bila-bila waktu, so lebih bagus untuk membuat persediaan awal. Hospital ataupun klinik bukanlah semurah di negara sendiri.

Rahsianya Adalah Persediaan Awal

Jangan stres-stres ya Mama! Rutin mereka mungkin sedikit berbeza semasa melancong dan akan mencipta tabiat baru tapi sebaik sahaja mereka balik ke rumah, mereka akan kembali kepada rutin biasa. So, jangan risau sangat.

Mama Siti harap tips travel ini dapat membantu Mama yang sedang mahu bercuti dengan si manja supaya Mama dapat luangkan masa bersama keluarga dengan lebih smooth. Selamat mencuba!


Cuti sekolah ni, aktiviti apa yang Mama nak buat dengan anak-anak? Kalau tiada idea lagi, klik di SINI!