KelabMama

11 Tips ‘Crucial’ Sebelum Membeli Tilam Bayi, Elak Anak Lemas Ketika Tidur

tips memilih tilam bayi

“Nak beli tilam bayi yang ini lah, sebab cantik!”

Pernah tak Mama terfikirkan macam ini? Kalau ada, tahan dulu niat Mama nak ingin membeli hanya kerana nilai kosmetiknya sahaja. Sebenarnya ada lapan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli tilam untuk bayi Mama.

Bayi boleh mati lemas dan mati mengejut (Sudden Infant Death Syndrome – SIDS) walaupun ketika tidur. Tilam bayi yang digunakan haruslah selamat agar keselamatan si manja terjamin walaupun semasa dalam pemantauan kita.

11 Tips Penting Sebelum Beli Tilam Bayi

Kredit gambar: journal.sociolla.com

#1 Material Yang Digunakan

Tilam bayi diperbuat daripada bahan organik seperti kekabu sangat disarankan kerana sifat hypoalergeniknya. Pilih tilam dengan label ini dapat mengurangkan risiko alahan disebabkan mikroorganisma seperti hama, pepijat dan habuk. 

#2 Tekstur Permukaan Tilam

Pastikan permukaan tilam tidak lembut dan empuk. Ya, bagi kita yang dewasa kedua-duanya kedengaran selesa. Namun itu sebenarnya mendedahkan risiko bayi lemas akibat mulut dan hidung yang mungkin tertutup oleh tilam. 

Bayi baru lahir belum pandai meniarap sehinggalah umur mereka empat bulan. Dalam tempoh tersebut jika ada yang menghalang pernafasannya, mereka tidak tahu bagaimana untuk mengubah posisi badan dan akhirnya mengakibatkan kematian mengejut.  

#3 Kebersihan

Di pasaran, ada tilam bayi yang menawarkan kriteria kalis air. Jadi, apabila terdapat susu, minuman yang tertumpah, ia tidak akan meresap masuk ke dalam tilam. Pembiakan bakteria dapat dielakkan manakala tilam bayi kekal bersih, kering dan selamat. 

#4 Saiz Tilam

Pilihlah tilam yang sepadan dengan saiz bayi baru lahir hingga umur mereka satu tahun. Bayi yang baru lahir mempunyai panjang bermula dari 47cm dan boleh mencapai 78cm apabila berusia satu tahun. 

Jadi, saiz yang dicadangkan ialah 100cm dengan lebar 56cm supaya boleh digunakan hingga bayi berusia setahun. 

#5 Ketebalan 

Ketebalan bayi memainkan peranan kepada keselamatan mereka. Mama pernah dengar tak, ada bayi yang jatuh dari tilam ketika tidur. Sungguh tidak sanggup kita bayangkan sakitnya jika berlaku pada anak sendiri kan. 

Jadi, apa kata pilih tilam yang leper dan tidak terlalu tebal seperti yang dicadangkan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari

#6 Pengudaraan 

Sistem badan bayi belum cekap mengawal mekanisme homeostasis yang mengatur kawalan suhu badan. Oleh itu pemilihan tilam yang betul membantu bayi tidur dengan selesa tanpa rasa panas dan berpeluh. 

 Jenis tilam ‘foam’ cenderung untuk mempunyai kadar pengudaraan yang rendah. Kesannya nanti bayi berkemungkinan besar boleh mendapat ruam disebabkan peluh. 

#7 Boleh Dicuci

Sarung tilam yang boleh ditanggalkan mudah untuk dicuci. Apabila terdapat kotoran atau sudah sampai masa mencuci, Mama hanya perlu buka zip dan cuci dalam mesin basuh. Manalah tahu kalau-kalau bayi terkencing atas tilam tersebut, Mama tak perlu ambil banyak masa untuk mencuci. 

#8 Elakkan Tilam Terpakai

Mahu itu tilam turun temurun atau dari pemberian orang, kedua-duanya pun tidak disarankan. Ini kerana, tilam yang pernah digunakan berkemungkinan besar telah hilang kualitinya. 

Walaupun berat untuk melepaskan tilam-tilam yang mempunyai nilai nostalgia itu, tetapi nampaknya lebih baik beli yang baru supaya bayi Mama sihat dan selamat semasa tidur.

#9 Ulasan Pengguna

Seboleh-bolehnya, dapatkan banyak review dari orang lain yang pernah menggunakannya. Ada kalanya tilam yang kita nak beli pernah mendapat komen negatif dari pengguna. 

Selain itu, kepentingan mendapatkan ulasan pengguna adalah supaya kita dapat menilai sejauh mana kelebihan dan kekurangan nya bersesuaian dengan keadaan bayi dan bajet pembelian.

#10 Kepadatan (Firmness)

Pilih tilam yang menggunakan spring poket (pocket spring) yang kukuh. Gegelung spring hendaklah dibalut setiap satunya agar tidak mencederakan bayi.

Ia penting untuk melindungi tulang belakang bayi dan mengelakkan kemalangan seperti kematian mendadak, SIDS (Sudden infant death syndrome

#11 Harga

Disebalik 10 tips di atas, yang paling utama ialah mengenai bajetnya. Ukuran harga bukanlah halangan untuk mendapatkan tilam yang menyediakan fungsi seperti yang disenaraikan sebelum ini. 

Mama perlu sesuaikan kriteria yang diinginkan dengan harga tilam tersebut. Kalau kena pada gaya, mungkin Mama berjaya dapatkannya dengan harga berpatutan. 

Yang penting, kriteria memilih tilam bayi ini telah diambil kira aspek keselamatan dan kesihatan bayi. Mestilah kita tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada bayi kita bukan?

Kalau susah sangat, Mama boleh je beli tilam untuk si manja Mama melalui artikel ni.

Semoga bermanfaat buat Mama.


Dapatkan panduan lain mengenai keselamatan si manja Mama di SINI.