KelabMama

7 Tips Senaman Semasa Musim Panas Yang Dikongsikan Coach Kevin Zahri

Pada masa kini, semakin ramai rakyat Malaysia menjadikan senaman dan pemakanan sihat sebagai rutin harian demi mendapatkan bentuk badan ideal.

Senaman kardio seperti berbasikal, joging, brisk walking dan sebagainya akan membantu penggunaan kalori, sekaligus membantu untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan.

Dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal, tidak lupa juga, tujuan utama dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah untuk mengekalkan kesihatan dan mengelakkan badan dari pelbagai jenis penyakit.

Kebelakangan ini Malaysia mengalami musim panas yang amat teruk. 7 kawasan di Malaysia mencatatkan suhu sehingga 37 darjah celsius. Suhu sebegini amat bahaya dan boleh mengakibatkan dehidrasi, strok haba dan sebagainya.

Bersenam dalam suhu begini akan tingkatkan lagi risiko sedemikian. Berikut merupakan tips senaman dalam musim panas dikongsikan oleh seorang jurulatih senaman coach kevin zahri di Instagram beliau.

Tips Senaman Semasa Musim Panas

#1 Hidrasi

Dehidrasi merupakan salah satu kesan daripada cuaca yang sangat panas. Dehidrasi berpunca dari kekurangan air dalam badan.

Cuaca yang panas akan membuatkan badan mengeluarkan peluh untuk menstabilkan suhu badan.

Kekurangan pengambilan air membawa kepada dehidrasi akan membuatkan seseorang berasa pening kepala, kering tekak dUntuk mengelakkan dehidrasi dan kekurangan tenaga

Untuk kekal mengelakkan dehidrasi anda perlu bekalkan badan dengan Air, Elektrolit dan Glukosa secukupnya

#2 Pakaian Senaman

Pakaian memainkan peranan penting untuk mengekalkan badan sentiasa dalam suhu yang stabil. Antara aspek penting dalam memilih pakaian yang sesuai adalah warna dan bahan kain yang dipakai.

Sebagai contoh warna hitam akan membuat tubuh anda lebih panas kerana warna hitam menyerap dan menyimpan haba berbanding warna putih dan warna-warna cerah yang memantulkan semula haba.

Bahan kain seperti cotton juga tidak digalakkan untuk dipakai di luar. Manakala kain bersifat lembut dan sejuk seperti dri-fit.

#3 Botol Air

Selain hidarsi, untuk mengekalkan suhu dalaman badan, air sejuk juga akan lebih membantu menyejukkan badan. Botol air biasa kebiasaannya tidak dapat mengekalkan suhu sejuk air pada tahap minimum dan hanya dapat kekal sejuk selama 2-4 jam bergantung pada suhu sekeliling.

Pemilihan botol termos dapat membantu air untuk kekal sejuk dan mengurangkan suhu badan ketika diperlukan.

#4 Waktu Senaman

Pilih waktu bersenam yang sesuai dengan cuaca dan masa anda. Sebagai contoh, sekiranya anda bekerja di siang hari, pilih waktu malam kerana suhu lebih sejuk dan anda dapat membekalkan tenaga secukupnya sebelum memulakan senaman.

#5 Intensiti Senaman

Kurangkan intensiti senaman dan sesuaikan mengikut keselesaan serta kemampuan anda. Bagi pemula, mulakan dengan intensiti rendah supaya tidak memaksa badan lebih dari biasa. Bagi seseorang yang telah biasa pun masih perlu untuk mengawal intensiti mengikut cuaca agar tidak membahayakan diri.

#6 Simptom Dehidrasi

Sekiranya Papa atau Mama mengalami simptom dehidrasi semasa bersenam, PLEASE STOP! Jangan teruskan.

Berikut adalah simtom dehidrasi:

Untuk bayi:

  1. Bibir atau lidah kering
  2. Tidak mempunyai air mata ketika menangis
  3. Lampin kering untuk 3 jam berturut-turut
  4. Mata dan pipi cengkung
  5. Ubun-ubun tenggelam
  6. Kelesuan dan mudah jengkel

Dewasa:

  1. Kehausan luar biasa
  2. Kurang kencing
  3. Air kencing berwarna pekat
  4. Kelesuan
  5. Pening kepala
  6. Kekeliruan

#7 Sunscreen

Bukan hanya pada musim panas, penjagaan kulit perlu diamalkan pada cuaca biasa terutama sekali ketika musim panas.

Pendedahan kepada sinar UV dapat meningkatkan kepada kanser kulit dan kerosakkan pada kulit. Pemakaian sunscreen dan penjagaan kulit dapat memberi pelindungan serta melembapkan kulit.

Tak guna badan cantik tapi kulit rosak.


Untuk lebih info tentang kesihatan klik SINI.