KelabMama

Tips-tips Ringkas Supaya Lebih Senang & Mudah untuk Membeli Rumah di Malaysia

Selain cahaya mata, setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan rumah yang selesa dan memenuhi kriteria yang diinginkan. Semua orang nak ada rumah sendiri. Yelah, siapa yang taknak bukan? Bagi mereka yang masih memikirkan atau sedang dalam proses membeli rumah, jangan lupa untuk ikuti lima tips ringkas sebelum anda bersetuju untuk memiliki rumah tersebut. Tips-tips ringkas ini merupakan antara faktor yang harus dipertimbangkan sebelum anda membeli rumah pertama anda.

1. Reputasi pemaju.

Ini yang paling penting. Sebelum Mommy membeli rumah, bincang dengan suami dan buat kajian mengenai pemaju tersebut. Buat kaji selidik dan review orang sekeliling mengenai reputasi pemaju tersebut. Bukan apa, adalah lebih baik untuk anda membeli rumah daripada pemaju hartanah terkemuka kerana mereka mempunyai reputasi yang baik, berintegriti, dan seni bina yang menggunakan inovasi terkini.

2. Lokasi kediaman.

Lokasi kediaman rumah impian kita juga harus dititikberatkan. Lokasi yang strategik dengan pelbagai kemudahan awam atau kemudahan perhubungan yang baik seperti jalan-jalan besar atau lebuh raya supaya lebih senang untuk anda ke tempat kerja. Boleh jimat kos petrol, masa dan juga tenaga.

3. Kemudahan kawasan perumahan.

Kalau Mommy perasan, makin banyak kawasan perumahan yang menyediakan kemudahan clubhouse. Clubhouse yang terancang dan mempunyai pelbagai aktiviti seperti kolam renang, gimnasium, taska/tadika untuk anak-anak, jakuzi, keahlian kelab rumah, gelanggang badminton/bola keranjang, kafeteria dan sebagainya juga merupakan antara faktor yang harus diketengahkan. Barulah lagi seronok untuk Mommy seisi keluarga beriadah dan bersantai bersama-sama.

4. Keselamatan yang baik. 

Mommy juga harus fikirkan faktor keselamatan kawasan perumahan Mommy. Tak salah untuk lakukan kajian mengenai tahap keselamatan kawasan perumahan tersebut – berpagar atau tidak, kamera keselamatan (CCTV), rumah penjaga, sistem penggera keselamatan (untuk perumahan yang lebih tinggi), kad akses dan sebagainya.

5. Appreciation & value di masa hadapan.

Pemilihan rumah impian di kawasan perbandaran yang dirancang dengan rapi dan mengikut perkembangan semasa adalah sangat penting dari segi appreciation dan value di masa hadapanNilai rumah yang dibeli di kawasan perbandaran yang berkembang pesat boleh meningkat dari semasa ke semasa, dan ini juga bakal memberi manfaat kepada kita dan anak-anak apabila mereka besar kelak.

Tips-tips diatas merupakan tips utama yang harus dipertimbangkan ketika membeli rumah kediaman. Untuk memudahkan proses pemilihan rumah kediaman, anda boleh memiliki rumah kediaman dengan lebih mudah melalui program #SENANGJer yang dianjurkan pemaju terkemuka Malaysia, EcoWorld!

Alah, yang selalu nampak kawasan perumahan yang sedang dibina dengan pintu gerbang yang gah, cantik tu, haa tu la EcoWorld.

Nama kempen pun #SENANGJer, jadi lebih mudah dan senang untuk membeli rumah kediaman anda dengan EcoWorld. Sebagai salah satu pemaju terkemuka di Malaysia, EcoWorld telah menjalankan pelbagai projek pembangunan di kawasan bandar dan kawasan perumahan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Setanding dengan namanya, EcoWorld megah berdiri sebagai pemaju yang boleh dipercayai dan mampu memenuhi kriteria rumah idaman anda, melalui kempen #SENANGJer oleh EcoWorld.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi EcoWorld #SENANGJer atau kunjungi galeri EcoWorld berhampiran anda hari ini!

Artikel ini dipetik daripada Motherhood.com.my.