KelabMama

Tips Pisahkan Bilik Tidur Anak Seawal Mungkin

anak tidur atas riba ibu

Foto kredit: Adobe Stock

Apa? Anak dah umur 8-10 tahun tapi masih tidur sebilik dengan mama papa? Ha, mama papa tahu tak kita wajib pisahkan bilik tidur anak-anak kita jika mereka sudah berumur 10 tahun. 

Mereka dah tak boleh tidur sekatil dan sebilik dengan mama papa. Bukan je dengan mama papa, dengan adik beradik mereka sendiri pun mama papa perlu asingkan ya. 

“Ala, susah lah Mama Siti. Anak saya takut nak tidur seorang diri di dalam bilik.”

Kalau ada anak-anak yang takut nak tidur di bilik sendiri, tanya mereka kenapa mereka takut. Mesti ada yang jenis suka momok-momokkan mereka dari kecil tentang hantu. Itu yang mereka takut tu. 

Tips Nak Pisahkan Bilik Tidur Anak

Hari ini Mama Siti akan kongsi tips dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah tentang macam mana nak mudah pisahkan tempat tidur kita dengan anak-anak. 

Foto kredit: Adobe Stock

1. Sediakan bilik tidur yang selesa untuk anak-anak.

Erti kata selesa ini bukan lah dengan menyediakan perabot yang mewah-mewah. Cukup sekadar ianya selesa untuk anak-anak kita berehat dan menarik perhatian anak-anak untuk sentiasa tidur di bilik mereka. 

2. Anak perlukan masa untuk sediakan mental dan emosi.

Berikan masa untuk mereka persiapkan diri mereka. Jika mama papa sedang perkenalkan perubahan yang baru, lakukannya secara berperingkat. Contoh perubahan yang lain yang mungkin mama papa ingin perkenalkan adalah “potty training” dan penceraian susu badan. Jangan lakukannya sekaligus, nanti anak stress. Apa pun tak jadi nanti. 

Foto kredit: Adobe Stock

3. Mama papa boleh cuba untuk latih mereka untuk tidur sendiri di siang hari.

Jika anak-anak jenis yang tidur pada waktu siang. Suruh mereka untuk tidur di dalam bilik mereka sendiri. Teknik ini sangat berkesan kerana anak-anak akan lebih yakin jika mereka berjaya untuk tidur sendiri di dalam bilik mereka. 

4. Biar mereka hias bilik mereka sendiri.

Pada waktu ini lah, kreativiti anak-anak akan berkembang luas. Bawa anak-anak bersama jika mama papa nak beli cadar baru. Tanya mereka, mereka mahu mengecat bilik tidur mereka dengan warna apa. Anak-anak akan lebih bersemangat untuk tidur bilik sendiri kerana semua elemen ini dipilih sendiri oleh mereka. 

5. Sediakan katil asing untuk anak-anak yang perlu berkongsi bilik.

Jika mama papa kekurangan bilik untuk anak-anak mendapat bilik seorang satu. Asingkan katil mereka atau sediakan katil double decker. Katil double decker sesuai untuk mereka yang ingin menjimatkan ruang. 

Foto kredit: Adobe Stock

6. Jangan takut-takutkan anak bila nak pisahkan bilik tidur anak.

Ha, ini adalah tips yang paling penting kalau nak anak senang tidur dalam bilik sendiri. Jangan cakap pasal hantu depan anak-anak. Bila mama papa atau ada orang dewasa yang selalu sangat takutkan anak-anak dengan perkara-perkara ghaib ni, anak-anak akan mula takut kalau duduk seorang diri. 

8. Beri hadiah jika mereka berjaya untuk tidur sendiri.

Amalkan sistem ganjaran kepada anak-anak. Contohnya, kalau mereka dapat tidur seminggu di dalam bilik sendiri, mama papa boleh hadiahkan mainan atau makanan kesukaan mereka. 

9. Bersabar dalam melatih mereka dan jangan cepat putus asa.

Kunci utama untuk pastikan anak-anak berjaya, bermula dengan mama papa sendiri. Mama papa jangan cepat putus asa dalam melatih anak-anak. Mereka perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan mama papa kenalah bersabar dalam melatih mereka. 

Semoga membantu!

BACA JUGA JANGAN BIARKAN ANAK TAK CUKUP TIDUR. BAHAYA UNTUK PERKEMBANGANNYA!

Pesan Mama Siti

Mama Siti harap dengan tips-tips ini, mama papa semua berjaya untuk memisahkan tempat tidur dengan anak-anak. Lagi awal lagi bagus tau mama papa!