KelabMama

Tips Perlindungan Diri Semasa Beli Barang

Tips perlindungan diri wajib diamalkan setiap kali nak keluar rumah ketika PKP ni. Terutamanya kalau nak keluar beli barang rumah. Nak keluar rumah di musim PKP dengan wabak COVID-19 ni memang agak membimbangkan. Tapi nak tak nak kena keluar juga untuk beli barang dapurkan walaupun kini boleh beli kat online je. Cuma bagi sesetengah orang lebih suka pilih sendiri apa yang dia nak beli termasuklah Mama Siti. Sebab tu pentingnya tips perlindungan diri ni!

Jadi cara terbaik untuk keluar beli barang adalah dengan mengamalkan tips perlindungan diri seperti yang dikongsikan oleh pemuda ini, Khairi Safwan Othman semasa keluar rumah. Biarlah rasa susah, rasa renyah nak pakai itu ini asalkan diri dilindungi dari wabak yang membahayakan ini.

Tips Perlindungan Diri Untuk Stock-Up Barang Keperluan (in RMO / MCO situation)

Setelah abam membuat rundingan bersama Doktor Kesihatan Awam (Nadiatul Nadic) kat rumah ni, kami telah bersepakat yg salah sorg kena keluar harini untuk stock-up barang2 rumah especially food.. yerlah, takkan hari2 nak nasik goreng je ye dak?? So dalam keadaan sekarang ni, tak boleh lah nak main redah je.. strategi kne cun utk minimize risk terdedah pada virus Covid-19 ni..

Alright, jom start:

1. Bismillah (or whatever prayer you believe in)
2. Jangan panik.. kalau panik, apa pon tak jadi
3. Decide sape yang nak keluar.. if possible, yang laki lah.. sbb nak angkut2 barang ni kena pakai strength lah sikit lagipun kalau bagi ppn takut kang 2-3 jam tak habih lg.. elakkan keluar berpasangan and paling utama jgn bawak kids or warga tua 1. Mulakan dengan Bismillah. Minta supaya dilindungi sepanjang pergi dan balik.

Prepare dgn barang2 ni:

  1. Face mask – ada yg cakap tak payah sbb virus ni bkn airborne.. tp malas ah nak amek risk, alang2 dah ada pakai jela
  2. Gloves – pakai yg baru and disposable
  3. Pakai pakaian bukan fevret.. sbb nanti kena terus basuh and kalau perlu, kena buang (tapi abam tak buang laa, baju beli Houston kot )
  4. Shopping bag – untuk elakkan dari pakai trolley.. mcm ni abam bawak 2.. 1 utk barang kering and 1 untuk basah
  5. Kalau korang ada lebih dari 1 kereta, pilih kereta yang korang rasa takkan pakai kalau tiba2 terpaksa bawak family keluar

Shopping mall/supermarket

1. Pilih mall yang parking system dia tak payah tekan button untuk keluar tiket.. macam mall ni dia pakai QR code (fancy kan? Tp menyusahkan sbnarnye.. lol)
2. Park dekat level pasaraya tu.. ni untuk elakkan korang terpaksa naik lif
3. Seboleh mungkin elakkan pegang handrail ataupon pintu

Trolley

Td ada shopping bag kan? Kalau takde, pakai jelah trolley ni tapi make sure korang sanitize dulu handle dia

Oh pastu nak membawang sikit hehe.. td ade laki bini ni pegi shopping.. yg bini lengkap gloves and mask.. yg laki rileks je seluar pendek siap.. pstu dia nk ambik trolley bini tak bagi.. tp sbb ego kot dia ambik jugak.. ni nak pesan.. virus ni tak kenal laki ke ppn ke kuat ke lemah ke.. dlm satu keluarga tu kena lah sama2 ambik berat pasal isu ni.. takde guna bini hang protected kalau hang terdedah.. balik rumah kang anak2 hang pulak berisiko.. k done bawang

Paper Checklist

Untuk kurangkan penggunaan handphone masa shopping (sbb takut phone pulak kena), buat list barang2 atas paper.. dah habis shopping nanti dispose terus list ni.. ni abam ambik gambar ni sblm abam start pegang2 barang

Nak ambik barang pulak kalau boleh ambik yang belakang.. sbb yang depan ni mungkin orang dah belek2

Social Distancing

All the time.. masa tgh shopping, masa nak bayar.. make sure jarakkan diri dgn org lain paling kurg 1m.. to add to this point, nak senang korang aim supermarket yang kurang org

Paying and Leaving


1. Paying – kalau boleh, bayar pakai Paywave ke, eWallet ke.. elakkan pakai cash.. card pon tak payah bagi cashier tu pegang.. tap sendiri..

2. Leaving – dispose/buang checklist tadi and gloves. Cara2 dispose gloves korang boleh google sendiri kot naa?? Takkan semua nak kena bagitauuu

3. Leaving (cont’d):
1. Lepas dah bukak gloves tadi, sanitize tangan and handle shopping bags tadi
2. Simpan barang2 tadi dalam boot.. kalau boleh jangan letak atas seat

Car/transportation:

Sebelum keluar kereta ke motor ke bahkan lori sekalipun, sanitize dulu part2 kereta yang korang dah pegang macam – stereng, gear knob, aircond switch, signal stick, start/stop button, seatbelt and pemegang untuk bukak pintu tu (entah panggil apa entah)

Getting into your house:

Okay part ni penting.. JANGAN pegang or sentuh family korang okay?? Terus je bawak barang masuk and letak setempat.. mintak tolong bini bukakkan pintu rumah.. kalau takdak bini, hang bukak lah sendiri.. tapi pastu sanitize tombol tu

Letak barang2 yg korang bawak and pegang tadi mcm jam tangan, wallet, kunci kereta and kunci rumah dalam satu bekas (termasuklah phone yang tgh pegang snap gambar ni).. yang ni semua korang kena sanitize jugak (nampak tak bnyk gila kena sanitize?? Sbb tu kalau tak perlu tak payah lah keluar ni.. tapi kalau terpaksa, kena lah berhati2 ok?)

Cleaning and Sanitize

Okay, part ni kalau ade bini mintak tolong bini sanitize or bersihkan kan barang2 yang korang beli tadi.. make sure dia pon pakai gloves kalau boleh.. again, benda ni kena ada teamwork.. kita jaga kita 

Pakaian korang tadi boleh masuk terus dalam baldi and rendam dengan sabun

Korang boleh lah terus mandi sambil bini korang bersihkan barang tadi (thanks Nadiatul Nadic!). Elakkan tekan suis dengan jari.. pakai lah siku ke bahu ke hidung ke.. mandi bersih2.. syampu rambut, sabun, cuci muka, semua lah takkan tu pon nak kena ajar???

And….. Tu je.. pastu dah pakai baju bersih2 boleh lah korang nak gomol2 anak korang ke bini korang ke (eh?)

In summary, benda paling penting korang kena ingat is: cuba untuk minimize kan sebanyak mungkin direct contact dgn orang lain or surface apa2 je

Last sekali abam nak pesan, semua ni just tips semata2.. takdir semua ketentuan Tuhan.. bnykkan berdoa.. doakan abam and keluarga sekali k? 

Take care gaisss and selamat ber-lockdown!!

Sumber: SirapLimau , Khairi Safwan Othman

Baca Juga: BELI BARANG ONLINE TAK PERLU ‘PANIC BUYING’

Pesanan Mama Siti

Mama Siti harap apa yang mama siti bagitahu ni, sedikit sebanyak dapat tolong kalian semua buat protection diri bila keluar nanti. Ingat ya, utamakan kebersihan diri. Pastikan hanya seorang sahaja yang keluar dari rumah iaitu ketua keluarga.