KelabMama

Mulakan Hari Ini! 3 Tips Meningkatkan Tumbesaran dan Keyakinan Anak-anak Semasa Raya

kanak-kanak lelaki gembira ketika raya

“Mama, adik pun nak lebih tinggi macam kawan-kawan yang lain dekat sekolah tu. Boleh ke Mama?”

Terkedu sebentar saya dibuatnya apabila anak yang baru berusia 7 tahun bertanyakan soalan itu. Terfikir juga saya, apa yang kurang dan bagaimana saya dapat membantu meningkatkan tumbesaran si kecil yang saya sayangi.

Risau dibuatnya. 

Masalah tumbesaran yang terbantut dan kesihatan anak-anak, sama ada anak kecil mahupun remaja semestinya menjadi kebimbangan utama buat para ibu di Malaysia, termasuklah Mama Siti. 

Yang lebih menambahkan tekanan, apabila anak-anak mula jatuh sakit, sering kelihatan lemah dan tidak bermaya, serta menunjukkan rasa tidak seronok kerana mereka ‘berbeza’ daripada rakan sebaya. 

Sekiranya anak-anak Mama juga mengalami masalah yang sama, Mama Siti ingin kongsikan beberapa tips untuk tingkatkan tumbesaran dan keyakinan mereka, terutamanya semasa Aidilfitri nanti! 

Tip #1: Tinggalkan Gajet, Ayuh Bersosial! 

Gajet seperti smartphone, iPad, tablet, dan sebagainya sudah menjadi rutin dalam kehidupan kita. Bukan nak cakap anak-anak kecil sahaja, kita sebagai mak ayah pun sibuk memegang telefon hampir berjam-jam lamanya. 

Mungkin disebabkan penggunaan gajet inilah yang menjadi asbab kurangnya kemahiran komunikasi dan sosial anak-anak. 

Dalam pada kita ‘sibuk’ meluangkan masa dengan gajet, Mama Papa harus didik anak-anak untuk banyakkan aktiviti fizikal bersama. Mak ayah pun kena join sekali tau! 

Tetapkan jadual untuk bermain bersama anak-anak, jenis permainan yang mereka boleh main bersama adik-beradik yang lain atau rakan-rakan di rumah, bawa anak-anak ke taman permainan, atau daftarkan ke kelas-kelas yang akan meningkatkan kemahiran sosial anak-anak. 

Apabila mereka bergerak lebih aktif dan bersosial secara fizikal, ini dapat membantu tumbesaran dan meningkatkan kesihatan mereka, dari semasa ke semasa.

Tip #2: Lebihkan Makanan Berkhasiat & Seimbang

Walau bagaimana sibuk sekali pun, Mama harus menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang semasa sahur dan juga berbuka. 

Ia termasuklah meminum air yang secukupnya agar mereka kekal hidrat dan juga menghidangkan sekurang-kurangnya segelas susu setiap hari agar anak-anak mendapat kalsium yang diperlukan walaupun di bulan puasa. 

Sejak mereka kecil, didik anak-anak untuk makan makanan sebenar seperti nasi bersama protein seperti ikan, ayam, daging, sayuran, dan buah-buahan berbanding makanan yang telah diproses. 

Jadi, dengan sumber nutrisi yang bagus dan asli dalam tubuh badan anak-anak, pasti dapat membantu meningkatkan tumbesaran dan perkembangan mereka. 

Tip #3: Berikan Segelas Susu PediaSure Setiap Hari Untuk Nutrisi Lengkap dan Seimbang 

Buat Mama yang tercari-cari suplemen tambahan lengkap dan seimbang untuk menjamin tumbesaran optimum anak-anak, susu PediaSure merupakan pilihan yang terbaik!

Ia dirumus khas dengan 38 nutrisi penting termasuk Arginina, Kalsium, Vitamin K2 semula jadi untuk tulang yang lebih panjang dan kuat1‚2. Tak hairanlah PediaSure 100% disyorkan oleh pediatrik untuk mencapai tahap tumbesaran3 yang optimum!

PediaSure untuk kanak-kanak kini dirumuskan dengan formulasi baharu iaitu dengan Mini Peptida yang dapat menyokong penyerapan nutrisi penting.

Bukan itu sahaja, susu PediaSure juga membantu anak anda mencapai tumbesaran 50% lebih cepat dan hasilnya boleh dilihat dalam hanya 8 minggu sahaja!4,5 

Jadi, sempena Ramadan ini, pastikan mereka minum segelas susu PediaSure untuk sahur dan segelas lagi sewaktu berbuka untuk nutrisi yang lengkap dan seimbang. 

Bagi anak-anak yang berusia 10 tahun ke atas, Mama boleh berikan PediaSure 10+. Ia merupakan nutrisi lengkap dan seimbang pertama yang dirumus secara saintifik untuk kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun. 

Dengan ‘Triple Growth System’ dan sehingga 2x lebih nutrien penting*, PediaSure 10+ dapat membantu dari segi tumbesaran, tenaga, dan menyokong fungsi imun anak remaja Mama. Ia sesuai untuk anak remaja yang mempunyai gaya hidup aktif, memerlukan nutrisi yang berkhasiat, ingin menjadi lebih tinggi atau yang cerewet makan. 

PediaSure 10+ dapat menyokong keperluan nutrisi anak remaja semasa lonjakan tumbesaran terakhir untuk mencapai ketinggian yang optimum.​ Jangan lepaskan peluang terakhir untuk mengejar tumbesaran! 

Berminat untuk dapatkan susu PediaSure? Mama juga boleh mendapatkan sampel PERCUMA di SINI. Bantu anak Mama capai potensi tumbesaran yang optimum dan lebih keyakinan Raya ini hanya dengan PediaSure.  

MAL.2024.46875.PDS 

Rujukan: 

  1. Van Vught AJ et al. Br J Nutr (2013), 109, 1031-1039.  
  2. Van Summeren MJ et al. Br J Nutr (2008), 100, 852-858. 
  3. Berdasarkan Penilaian Pengajian Pakar yang dijalankan oleh Abbott Laboratories (Malaysia) Sdn. Bhd daripada 10 Julai hingga 21 Julai 2023 yang merangkumi 52 Pakar Pediatrik di Malaysia. 
  4. Alarcon PA, et al Clini Pediatr (Phila.) 2003:42(3): 209-17. 50% adalah berdasarkan nilai yang dikira. 
  5. Huynh DTT et al. 5th International Conference on Nutrition; Growth 2018. 

Jelenkovic A, et al. Sci Rep.6 (2016). 

*Berbanding dengan PediaSure yang dirumus untuk 1-10 tahun.