KelabMama

Tips Memandu Kereta Dengan Anak Kecil Yang Mama Papa Harus Tahu

Dewasa ini sangat memerlukan kaum wanita khususnya ibu-ibu untuk memandu kesana sini. memandu bersama anak kecil mungkin menjadi sesuatu perkara yang melecehkan , merisaukan dan merunsingkan jika kita tidak mengikut tips-tips yang tertentu.

 

WANITA DAN PEMANDUAN

Antara tips sebelum memandu bersama anak kecil ialah :

 

1) Memaklumkan Kepada Anak Terlebih Dahulu

IMama perlu bersembang dan memaklumkan anak terlebih dahulu . Ini adalah untuk memberikan persediaan minda kepada anak-anak.

 

2) Siapkan Susu/ Makanan

Ibu -ibu perlu menyediakan keperluan makanan sesuai dengan umur kanak-kanak. Seperti susu, roti, air kotak dan apa-apa sahaja makanan yang tidak berat untuk perjalanan jangka pendek. Manakala, untuk perjalanan jangka masa panjang, ibu-ibu boleh menyediakan nasi dan lauk sebagai bekalan. Makanan dan minuman sangat diperlukan kerana dikhuatiri lapar dan dahaga pada pertengahan jalan dan boleh menyebabkan anak-anak kecil ini meragam. Namun begitu,  sebelum bertolak pastikan anak-anak kenyang terlebih dahulu.Tolonglah jangan takut kereta anda kotor.

 

3) Sedikan Tempat Duduk Yang Sesuai

Anak-anak dibawah 1 tahun wajib untuk disediakan car seat khas untuk mereka, terdapat banyak jenama car seat dipasaran. Pastikan bayi di dalam car seat dipakaikan tali pinggang untuk menjamin keselamatan.

 

4) Biasakan Memandu Ke Tempat-Tempat Yang Berdekatan

Untuk permulaan, ibu-ibu  boleh cuba memandu ke tempat berdekatan. Biasakan anda dan anak-anak supaya tidak kekok dan kita belajar bagaimana mengawal keadaan. Mengawal had laju dan cara pemanduan.

 

5) Pastikan Anak Tidak Bosan

Antara yang ibu-ibu perlu mengambil kira adalah memastikan anak-anak ini tidak bosan. Ibu-ibu boleh membawa beberapa permainan ringan, buku, memasang lagu atau menyanyi bersama-sama dengan anak-anak. Perjalanan yang panjang tidak terasa. namun, keadaan akan menjadi sunyi apabila anak-anak tidur serentak.

 

6) Buang Air Terlebih Dahulu

Bagi anak-anak yang masih memakai diapers, pastikan digantikan dengan lampin baru supaya lebih selesa. Ketidakselesaan anak-anak akan mengganggu anda untuk memandu sepanjang perjalanan. Manakala bagi anak-anak yang sudah pandai ke tandas sendiri, pastikan sebelum memulakan perjalanan, anda pastikan mereka membuang air terlebih dahulu. Jika terpaksa untuk berhenti dipertengahan jalan untuk ketandas, pilih tempat yang selamat seperti Masjid atau R&R untuk berhenti.

 

7) Tenaga dan Fokus

Pastikan ibu-ibu tidak terlalu kepenatan untuk memandu terutama perjalanan jauh. Pastikan juga badan mendapat rehat secukupnya.

 

8) Berani,  Tawakal dan Berdoalah

Percayalah..ketakutan tidak akan membawa anda kemana-mana. Ibu-ibu perlu berani dan yakin pada diri. Tawakal kepada Tuhan dan banyakkan berdoa.

 

 

Sumber: Internet