KelabMama

Surat Cinta Buat Mama: 5 Tips ‘Me-Time’ Untuk Emak-emak Yang Sentiasa Sibuk

Hi Mama semua, 

Apa khabar? Mama masih sibuk seperti biasa? Setuju tak kalau Mama Siti katakan ‘sibuk’ merupakan pernyataan yang meremehkan buat seorang ibu kerana ibu adalah ‘Wonder Woman’ yang sebenar di dunia realiti. 

Tapi Mama, pernah tak Mama meluangkan masa untuk diri sendiri? Ya, meluangkan masa dengan melakukan aktiviti atau perkara yang digemari. Walaupun ia juga termasuk tidak melakukan apa-apa aktiviti seperti berehat (sekiranya ini yang Mama perlukan, maka ia merupakan ‘me-time’ Mama yang harus digunakan dengan sepenuhnya!)!

Bagaimana jika Mama Siti memberitahu bahawa ‘me-time’ itu harus dan perlu untuk kesihatan mental dan fizikal Mama? 

Di sini, Mama Siti ingin kongsikan beberapa tips untuk Mama yang lain supaya anda juga berpeluang meluangkan masa ‘R&R’ buat diri sendiri. Tip-tip yang bagus seperti ini seharusnya dikongsikan bersama para ibu yang lain bukan?

Tip #1 ‘Talian’ Bantuan daripada yang Tersayang 

Mendapatkan pertolongan orang yang berdekatan dengan kita sebenarnya kunci nombor 1 untuk membesarkan anak. Mama Siti sangat setuju dengan pepatah Bahasa Inggeris, “It takes a village to raise a child” – tak mudah ya untuk membesarkan walaupun seorang anak. Mama boleh berbincang dan minta tolong suami atau ahli keluarga yang lain untuk menjaga anak-anak semasa Mama menikmati ‘me-time’ Mama. 

Mungkin encik suami boleh bawa anak-anak keluar untuk mendapatkan ais krim dan beriadah di taman? Jadi bolehlah Mama berehat dan menikmati masa-masa berseorangan di rumah! Satu perkara penting yang Mama harus ingat adalah: apabila anak-anak sudah tiada di rumah, Mama tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti mengemas rumah atau bekerja! 

Mama boleh pasangkan lagu-lagu kegemaran Mama dan oleskan ‘homemade face mask’ atau ‘sheet mask’ kegemaran Mama. Mama juga boleh lakukan beberapa aktiviti lain seperti yoga atau TABATA! 

Apa sahaja aktiviti yang Mama ingin lakukan, ingat, inilah masa yang sesuai untuk merehatkan minda dan fizikal Mama. Jadi, gunakanlah masa tersebut dengan sepenuhnya. 

Tip #2 Menikmati Udara Segar

Jika Mama sama seperti kebanyakan ibu yang lain, Mama mungkin lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah daripada melakukan aktiviti menarik di luar. 

Sekiranya ada masa, Mama boleh keluar berjalan-jalan sendirian – untuk menikmati udara segar. Dengan hanya berjalan kaki di sekitar rumah pun boleh memberi manfaat kepada minda dan fizikal. Apabila Mama keluar berjalan bersendirian, semua deria anda akan menjadi lebih tajam.

Tip #3 Keluar Memandu

Ini merupakan salah satu tip kegemaran para ibu!

Mama Siti tahu bagaimana letih dan tertekannya pada penghujung hari setelah selesai – menghabiskan kerja untuk memenuhi ‘deadline’, memikirkan menu untuk ahli keluarga (termasuk menyediakan bahan-bahan dan memasak!), membantu anak-anak dengan kerja rumah dan melayan segala pertanyaan “kenapa” dan “bagaimana” mereka. Sudah semestinya memenatkan mental dan fizikal Mama bukan? 

Ketika kita berada dalam keadaan seperti ini, kita pasti ingin keluar memandu tanpa arah tujuan, atau sekiranya Mama perlukan alasan (untuk anak-anak), hanya beritahu mereka “Mama nak keluar beli roti untuk sarapan esok tau. Nanti Mama balik!”. 

Sebenarnya ada satu rasa kebebasan apabila kita memandu bersendirian tanpa arah tuju, tanpa berfikir apa-apa, dan bergembira menyanyikan lagu kegemaran di dalam kereta anda sendiri. 

Tip #4 Masa untuk ‘Toilet Break’! 

Mak-mak sangat sukakan ‘toilet breaks’ dan sebenarnya tak perlu rasa malu pun mengenai hal ini! Sama seperti orang lain, apabila rasa ingin ke tandas, beberapa minit ‘dash-and-lock’ di tandas dapat mengekalkan kewarasan anda. Pastikan anak-anak Mama berada di tempat yang selamat dan pintu rumah dikunci untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini. 

Mama Siti sangat memahami keajaiban ruang kecil di rumah iaitu di tandas atau bilik mandi. Pssst, Mama Siti pun tahu yang Mama semua juga lebih gemar untuk menyalakan lilin wangi dan memainkan lagu kegemaran di Spotify sambil ‘melepaskan hajat’ bukan? Selesai ‘berhajat’, apa kata Mama basahkan badan sebentar untuk melegakan sedikit tekanan? Pasti lebih seronok!

Tip #5 Ayam Brand – Penyelamat Utama untuk Menikmati ‘Me-time’ Mama

Mama Siti faham bahawa kehidupan seorang ibu boleh menjadi sangat sibuk dan meletihkan. Jadi, Mama Siti kongsikan semua tips yang berguna ini untuk membantu para ibu diluar sana. 

Bagaimana dengan idea hidangan makanan panas dan ‘fancy’ yang boleh disediakan dalam hanya 4.5 minit, tanpa bahan pengawet, pewarna dan juga tanpa MSG? Bukan itu sahaja tau! Ia juga mengandungi sumber serat makanan yang baik dan rasanya juga berasal dari makanan yang sebenar yang segar dimasak.

Makanan Sihat & Memudahkan 

Pasta sejuk beku Ayam Brand merupakan makanan seimbang untuk ibu.

Mungkin kedengaran seperti mimpi, namun, impian ibu-ibu untuk mendapatkan makanan yang sihat dan memudahkan menjadi kenyataan dengan Ayam Brand.

Pasta sejuk beku Ayam Brand merupakan makanan seimbang yang sangat sesuai untuk ibu yang sibuk. Ianya cepat dan mudah untuk disediakan, dan menggunakan spageti organik tanpa rasa sintetik dan disahkan Halal oleh JAKIM. 

Yang lebih menarik lagi adalah, ketiga-tiga perisa pasta sejuk beku Ayam Brand mempunyai kalori kurang daripada 330kcal – yang menjadikannya pilihan terbaik untuk Mama yang turut mementingkan ukuran pinggang anda! 

Para penggemar makanan laut semestinya tidak akan melepaskan peluang untuk ‘stock-up’ pasta sejuk beku Ayam Brand ini!

Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai makanan sejuk beku Ayam Brand:

Terdapat dalam 3 rasa yang sangat enak, Ayam Brand Saba dalam Sos Tomato dengan Spageti Organik adalah menu spageti klasik yang dihasilkan dalam sos tomato dengan kepingan ikan Saba yang sihat – pasti dapat menambat hati si kecil! 

Ayam Brand Saba dalam Sos Tomato dengan Spageti Organik 250g

Untuk anak-anak yang lebih besar, rasa kepedasan daripada Ayam Brand Udang Pedas dengan Spageti Organik pastinya akan menambah selera mereka! Udang yang enak, kacang panjang yang rangup, jagung muda yang manis, dan isi lobak merah lembut yang digaul sebati bersama sos cili menjadikan menu ini kegemaran orang ramai. 

Ayam Brand Udang Pedas dengan Spageti Organik 250g

Dan untuk memberikan sedikit kelainan, Mama boleh hidangkan Ayam Brand Tuna Kari Hijau dengan Spageti Organik! Dengan isi tuna yang tebal, dicampur dengan rasa dan wangian ketumbar, serai, dan lengkuas, apabila digabungkan dengan santan kelapa lemak berkrim dan juga kuah kari, pasti akan memikat selera tropikal keluarga anda!

Ayam Brand Tuna Kari Hijau dengan Spageti Organik 250g

Setiap pasta beku Ayam Brand diilhamkan seperti hidangan di restoran, tetapi kaya dengan nutrisi pemakanan dan juga kemudahan penyediaan. Dengan hanya RM13 sebungkus, menikmati makanan berkhasiat dan mewah di rumah bersama anak-anak bukan lagi impian yang mustahil!

Pasta sejuk beku Ayam Brand boleh didapati di Jaya Grocer terpilih:

Elia Izzati, seorang ibu dan usahawan sedang menikmati Ayam Brand Saba dalam Sos Tomato dengan Spageti Organik 250g.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand dan rangkaian produknya yang lain di laman rasmi Ayam Brand, Facebook dan Instagram hari ini! 

Yang Memahami Isi Hati Ibu Yang Lain,

Mama Siti
xoxo

*Periksa label ramuan untuk memastikan makanan anda mempunyai banyak sayur-sayuran dan mengandungi sekurang-kurangnya 4g serat dalam setiap hidangan untuk memastikan anda kenyang, seperti pasta sejuk beku Ayam Brand kami.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.