KelabMama

Ini Tips Kemas Rumah Sampai Berkilat, Mak Mertua Pun Terkesima!

wanita kongsi tips kemas rumah

Kerja-kerja mengemas rumah yang bertangguh selalu buat kita lagi malas nak kemas rumah kan. Tapi nak buat macam mana lagi, terpaksa juga kita kemas.

Ya lah, tak kan nak terus tinggal dalam rumah yang kotor, berbau dan bersepah-sepah barang. Itu sangatlah menjijikan.

Puas sudah Mama Siti cari jalan, cuba pelbagai tips kemas rumah. Akhirnya Mama Siti dapat pun senaraikan 10 tips kemas rumah paling berjaya dan tak buat kita penat.

Cara-cara lebih terperinci ada dalam artikel ini. Teruskan membaca sebab Mama Siti yakin pada akhir bacaan nanti, Mama mesti akan cuba sekurang-kurangnya satu tips kemas rumah.

Tips Kemas Rumah Bersih Berkilat. JOM!

#1 ‘Kerja Sambilan’

Kredit gambar: Freepik

Sambil buat kerja lain, kerja yang satu lagi dah selesai. Sebenarnya itulah yang Mama Siti maksudkan. 

Sementara kita mencuci pinggan mangkuk dan mengemas ruang tamu, kita boleh mencuci pakaian dalam mesin basuh. 

Nampak tak? Bijak kan.

#2 Mula Dari Atas Ke Bawah

Kredit gambar: realestate.com.au

Secara logiknya, sesuatu barang dan kotoran akan jatuh ke bawah disebabkan oleh tarikan graviti. Jadi mula-mula Mama perlu bersihkan sawang di bahagian siling terlebih dahulu.

Seterusnya buang habuk di rak dinding dan akhir sekali barulah bahagian lantai. 

#3 Kemas Dulu, Baru Bersihkan

Kredit gambar: evergreenmaids.com

Buangkan sampah bersaiz besar di atas lantai. Seterusnya, letakkan barang-barang yang berselerak ke tempat asalnya. 

Bila mainan anak-anak, alat solek dan bahan bacaan telah berada di tempat masing-masing barulah kerja-kerja membersihkan habuk di rak dan kabinet menjadi lebih mudah. 

#4 Cuci & Bersihkan ‘Wet Area’ (Tandas)

Kredit gambar: Freepik

Awal-awal tadi kita telah tuangkan larutan pencuci di kesemua bahagian tandas, sudah tentu sekarang larutan itu sudah bertindak balas dengan kotoran. 

Kotoran degil sepatutnya telah berjaya ditanggalkan dan kini kita tidak perlu meluangkan banyak waktu mencucinya.

#5 Mop Lantai? Last Sekali!

Kredit gambar: Freepik

Kerja-kerja vakum dan mop lantai hendaklah dilakukan di bahagian akhir sekali. Ini kerana sawang dan habuk telah berpindah di lantai. 

  1. Sapu atau vakum lantai dan carpet.
  2. Mop dengan cecair nyahkuman supaya terhindar dari kuman dan bakteria. Lagi-lagi musim COVID ni kan.

#6 Segera Bersihkan Tempat

Kredit gambar: sfd-craft.com

Selepas selesai menggunakan ‘counter-top’ segera lap sehingga bersih. Begitu juga dengan meja makan yang tertumpah kuah dan sisa makanan.

Semakin lama kotoran dibiarkan, semakin sukar ia dibersihkan. Kain lembab, detergen ammonia dan perahan lemon sudah cukup memcuci kotoran melekit yang terkumpul. 

#7 Rendam Pakaian & Alatan Berminyak Semalaman

Kredit gambar: bobvila.com

Ada sesetengah pakaian sangat sensitif terhadap cecair peluntur jadi kaedah yang boleh dilakukan ialah rendam baju dan alatan yang berminyak dengan larutan pencuci semalaman. 

Di bahagian dapur, Mama boleh oleskan pes pembersihan di sebelah malam. Pada keesokkan harinya boleh lah terus dibersihkan seperti biasa.

#8 Jadual Cuci Tandas

Kredit gambar: Freepik

Ada cara sebenarnya nak cepatkan proses mengemas rumah. Langkah mencuci tandas sekurang-kurangnya sekali setiap hari dapat mengurangkan kotoran degil serta menjimatkan tenaga kerana tidak perlu sental terlalu kuat.

Selain itu, Mama boleh gunakan alat pembersihan lain yang membersihkan dan mewangikan tandas setiap kali ‘flush’

#9 Segera Cuci Pinggan dan Alatan Memasak

Kredit gambar: Freepik

Biasakan amalan membasuh pinggan sejurus selepas makan. Terus basuh dan jangan tinggalkan di singki.

Mama boleh ambil peluang ini untuk mengajar ahli keluarga terutamanya anak-anak agar menjadikan amalan membasuh pinggan sebagai rutin.

Selain itu sebelum masuk tidur, seboleh-bolehnya Mama perlu cuci dan susun kuali ke tempat sepatutnya.

#10 Sediakan Stok Pencuci DIY 

Meskipun ia bukanlah tips kemas rumah secara langsung, tetapi secara tidak langsung tip yang satu ini sangat membantu melancarkan proses pembersihan rumah Mama. 

Pastikan di rumah ada bahan-bahan seperti di bawah:

Jadi, jika bahan pencuci di rumah sudah habis, tiga bahan yang disenaraikan di atas boleh DIY sebagai ejen pencuci terbaik. Tak percaya? Baca artikel ini.

Ingat, tempat tinggi dahulu, baru bahagian rendah.

Begitu rupanya cara kemas rumah paling mudah dan menjadi. Selepas ini, Mama tak perlu lagi tunggu hujung minggu atau panggil orang kemaskan rumah.

Bersihkan tempat tinggi dahulu kemudian barulah ke bahagian yang lebih rendah. Cara ini paling berguna buat Mama yang selalu rasa kerja-kerja mengemas tak pernah habis dan selesai.

Mama boleh baca juga bagaimana mak-mak di Malaysia pastikan rumah mereka kekal kemas melalui artikel ini.


Untuk pelbagai home hacks dan idea dekorasi, klik SINI.