KelabMama

Tips Hilangkan Ruam Susu Pipi Bayi Dengan Berkesan Dari Hanis Zalikha

Kulit bayi memang amat sensitif. Sebab tu bayi senang kena ruam terutamanya ruam susu. Ruam susu ni biasanya kemerah-merahan di kawasan hidung, pipi dan dagu bayi. Mama Siti tahu kadang-kadang Mama dah cuba macam-macam petua untuk hilangkan ruam susu anak ni. Ada yang siap suruh sapu susu ibu pada ruam tau!

Baru-baru ini, hot mama kepada 2 cahaya mata ini, Hanis Zalikha telah berkongsikan tips untuk hilangkan ruam di pipi bayi. Semoga tips ini bermanfaat buat mama semua!

Tips Untuk Hilangkan Ruam Di Pipi Bayi

Bila Alisa naik ruam pipi. Berbekalkan pengalaman Mommynis dengan Yusuf juga sebelum ni, Mommynis compile tips untuk anak seterusnya Boleh manfaatkan kalau serasi ya:

#1 Setiap kali penyusuan, bersihkan muka dia dengan kapas muka dan air. Tapi jangan lap, cuma ‘dab dab’ sahaja. Jangan guna wet wipes yang ada bau wangi / napkin muslin / sapu tangan jenis towel kasar. Mommynis guna breastfeeding wipe, ia memang sekadar kapas dengan air je.

#2 Kalau jenis mandi basuh muka baby dengan sabun, hentikan. Tak kisah sabun organik ke gentle to the skin ke. Naik ruam dekat mana-mana je berhenti guna sabun kejap. Sebab sabun boleh keringkan kulit dan merahkan lagi ruam tu. Memadai bilas dengan air je.

#3 Kalau boleh, kurangkan direct feeding kejap sampai reda merah. Sebab geseran dengan kulit ibu tu pun buat dia tak sempat sembuh.

#4 Jumpa doktor. Doktor bagi Alisa krim Ceradan. Sapu pagi dan petang lepas mandi.

#5 Perhatikan diet ibu. Ada tak makan makanan yang trigger allergy. Stop kejap makan makanan tu okay ya faham sedap ayam masak merah.

I’ve tried letak susu ibu dekat ruam / bancuhan tepung ubi / krim bepanthen. Krim Bepanthen okay turun merah, tapi biji-biji masih ada. #TipsMommynis

Sumber : thealisaaisyah & Dr Hana

BACA LAGI KENA RUAM SELEPAS DEMAM. INI YANG MAMA DAN PAPA KENA TAHU.

Pesan Mama Siti

Mama Siti paling setuju sekali yang no.5 tu. Apa-apa pun berbalik dengan apa yang kita makan. Jangan makan tak ingat dunia sampai anak yang kena kesannya ye mama 🙂