KelabMama

Travel Bersama Anak Kecil? Ikuti Tips Mudah Daripada Mama Ika Nabella

Kredit gambar: Instagram Ika Nabella

Sejak dah boleh travel ni ramai orang bercuti naik kapal terbang dan ia sememangnya menyeronokkan! Buat bayi yang lahir waktu pandemik juga sudah besar dan Mama Siti pasti, inilah masa terbaik untuk bawa si kecil Mama melancong menaiki kapal terbang bukan? Tetapi, ramai yang risau apabila travel jauh dengan anak kecil terutamanya semasa berada beribu kaki di udara.

Memang terdapat beberapa cabaran apabila pergerakkan terhad, makanan dan minuman pun menjadi terhad, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Ikut perkongsian daripada Mama Ika Nabella di Instagram tentang bagaimana Mama comel ini melatih dan melayan karenah anak kecilnya yang pertama kali melancong dengan menaiki kapal terbang.

Susahkan Jaga Anak Dalam Flight?

Melancong dengan kanak-kanak kecil ni sedikit mencabarkan? Kami sahut cabaran & Alhamdulillah Allah permudahkan walaupun penerbangan penuh, tertangguh & tiada makanan yang sesuai di atas kapal.

“I’m starving Mommy, I wanna go homeee”

Banyak akai budak ni cari idea dia suruh patah balik. Nasib baik kita latih dah seminggu lagutu tukar-tukar waktu makan & bagi biasa makan makanan luar dekat kedai makan dan kafe berlainan, dia pulak jenis makan makanan yang dimasak di rumah.

Kredit gambar: Instagram Ika Nabella

Perut Kenyang, Hati Pun Senang!

Saya fikir perkara yang paling penting ialah

Untuk menghabiskan masa mereka, dalam penerbangan tu bosan yakmat. Noah pulak pi bantai lena lepas makan kat airport tu so dalam flight dia memang penuh dengan tenaga. Satu flight dia nak tegoq tanya “are you excited?” “are you ready to fly?” “We’re up in the sky Mommy. We’re flying” MashaAllah. Ikut ayah la banyak cakap tu mommy pendiam.

Kredit gambar: Instagram Ika Nabella

Mama Guru Taska Noah!

Ayah memang chill sikit, Mommy dah macam guru taska terangkan itu ini, melayan dia. Hanya untuk memastikan bahawa dia menikmati penerbangan pertamanya & sudah tentu ini akan menjadi salah satu kenangan indahnya. InsyaAllah.

Penerbangan yang singkat sahaja, 3 jam untuk enjin panaih setakat ini dengan lancar. Kami melihat kembali lagu penerbangan nnt saya percaya ia akan menjadi baik juga.

Wow! Mama Siti kagum dengan keberanian Noah! Mama Siti sendiri pun takut nak naik flight ni. Walaupun ini kali pertama Noah naik kapal terbang, semuanya berjalan lancar dengan usaha Mama Ika! Good job, Mama!

Sekarang Mama pun dah tahu tips untuk latih anak-anak semasa berada dalam penerbangan bukan? Jadi, Mama boleh cuba tips Mama Ika ini dan enam tips lain di sini. Semoga dimudahkan perjalanan melancong Mama bersama anak-anak menaiki kapal terbang.

Selamat mencuba dan jaga diri semasa melancong di dalam dan di luar negara!

Kredit: Instagram Ika Nabella