KelabMama

Tips Berguna Untuk Jadi Smart Traveler, Wajib Beli 4 Benda Penting Ini

Haih, pening, tak tau nak bawak apa. Banyak pulak rasanya benda kena pack…

Ha, begitulah mama time nak travel. Rasa banyak sangat benda nak bawak. Tu belum kalau nak melancong jauh-jauh. Yang dekat-dekat pun sampai 2-3 luggage bawa, sampaikan harga baggage fee tu melambung naik!

Ikutkan hati, satu rumah nak dibawa sekali. Tapi itulah, tak muat beg pula. Ni Mama Siti nak share dengan mama tips berguna semasa melancong. Nak jadi smart traveler kena ada 4 benda ni dalam beg mama. Apa 4 benda wajib ada tu?

4 Benda MUST BUY Ketika Travel.

1) Toilet Cover Pad

Abam ni jenis mengutamakan kebersihan, suka jenis toilet yang duduk berbanding yang cangkung tu. Tapi bila time travel, masuk saja toilet depa, nampak bekas kasut kat cover toilet tu, harei sungguh. Geli oi. Basuh jirus dengan ayaq pastu lap dengan tisu pun masih risau dengan tahap kebersihan cover toilet tu.

Kadang-kadang, dok pikiaq jugak sapa la yang duduk atas jamban ni, buat pungkok dia ada kurap, kudis, kayap, panau mampoihhh cheq. Boleh berjangkit tu.

Solusinya, abam beli toilet cover pad ni, 1 bungkus ada 10 pieces, harga RM1 saja beli di Shoppe. So beli la banyak-banyak buat bekalan haha.

2) Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1

Ni bagus untuk orang yang tak suka bawak banyak-banyak liquid bottle masuk dalam bag. Ada 4 botol refill dia bagi. Ampa boleh isi dalam tu dan masukkan dalam portable pressing bottle dia, pulas saja mana yang nak guna dan tekan, terus keluar liquid tu.

Senang bukan? Bukan tu saja, bottle portable ni lepas kalau hand carry, so tak perlu check in luggage sebab botol refill dia bawah 100ml. Suggestion liquid: lotion

Kat Shoppe harga dalam RM10-15 camtu.

3) Travel Storage Resealable Vacuum Bag

Okay yang ni memang best. Boleh jimat ruang luggage ampa, boleh boh banyak-banyak baju tak ada masalah. Baju yang tebal-tebal macam jacket winter tu, towel, dan baju-baju yang lain boleh jadi senipis bawang tau! 

Kat Shoppe ja beli. Harga pun tak mahal, vacuum dia saja baru RM2-RM4, storage bag dia ikut size, harga dari RM2 hingga RM5.

4) Portable Hanger

Yang ni abam pernah post sebelum ni, takpa abam up lagi skali. Benda ni tak kurang pentingnya sebab bila kat hotel kita menginap tu, hanger yang sedia ada tak banyak pun. Lebih kurang 3-4 pieces saja. Nak hanger baju, jaket, boxer apa semua tak cukup. Tambah-tambah ada bini pulak, memang depa conquer habis. Berhuhu la kita ni.

Jadi solusinya abam beli hanger portable ni, boleh lipat jadi kecik boleh masuk dalam bag saja, jimat space, takkan nak bawak hanger yang kat rumah plak, besar tu makan ruang bag kita. Hahha.

Beli kat Shoppe RM1 ja, beli la banyak-banyak, boleh jugak pakai kat rumah, time baju tak sidai tu boleh lipat simpan tak la menyemak tengok. 

Okay itu sahaja 4 benda yang abam nak kongsikan. Banyak lagi benda yang boleh katakan smart travel, tapi rasanya banyak dah orang tau. Semoga bermanfaat dan semoga seller Shoppe tak naikkan harga!

Sumber: Ben Amir Izzat

BACA JUGA IDEA BEG YANG PERLU DIBAWA KETIKA BERCUTI

Pesan Mama Siti:

Bila melibatkan percutian ni, lain orang lain ragamnya. Ada yang suka pack barang last minute, ada pula yang suka kemas beg awal-awal, kadang tu ada yang dah pack seminggu sebelum tarikh percutian bermula. Yang tak pernah pack barang pun ada, semua isteri dia buatkan. Tapi bila nak packing barang tu, eloklah mama buat list barang. Nanti kan, ada saja barang yang kita terlupa. Lepas tu mulalah kelam-kabut!