KelabMama

Berat Badan Bertambah Sepanjang PKP? Cuba 7 Tips Ini Untuk Mendapatkan Bentuk Badan Idaman

“Oh my god!” Terkejut saya sambil menatap nombor yang tertera pada mesin penimbang berat badan. “Sayang, saya rasa mesin penimbang ni rosaklah. Kena buang ni,” ujar saya sambil memegang penimbang berat badan tersebut dan laju menuju ke tong sampah. 

“Ehhh, nanti dulu. Memang dah rosak sangat ke? Dah tak boleh guna langsung?” tanya si suami yang agak curiga.

“Takdelah, saya baru timbang tadi dan berat badan saya telah naik sebanyak 5kg dalam masa 3 bulan! Takkanlah! Mesti rosak mesin ni,” ujar saya membantah. 

“Erm, ye ke Mama? Mama pasti bukan sebab makanan ringan dan juga resepi baru yang Mama selalu masak akhir-akhir ni?” 

Hmm, boleh tahan ya cik abang ni. “Apa yang awak cuba sampaikan ya?”

“Eh, urm, maksud saya…apa ya menu minum petang kita hari ini? Laparlah,” katanya sambil menepuk perutnya dengan lembut, tersenyum sumbing. Pandai ya tukar topik! 

Tetapi sebenarnya, apa yang suami saya katakan itu betul. Tidak dinafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak wujudnya pandemik ini telah menyumbang kepada gangguan waktu dan menu makan secara keseluruhan buat kita. Maksud saya, apa sahaja yang kita buat semasa ‘terkurung’ di rumah? Masak, ‘baking’, order makanan, makan, dan makan! 

“Makan, makan, dan makan lagi!”

Tahun ini juga menunjukkan peningkatan dalam ‘online grocery shopping’ dan perkhidmatan dan penghantaran makanan dan minuman. Sama ada anda suka memasak, terpaksa memasak atau lebih suka memesan makanan, bekalan makanan dan barang runcit pasti mudah untuk didapati. Jadi, jangan terkejut ya kalau berat badan bertambah dalam masa beberapa bulan atau minggu sahaja. 

Lebih-lebih lagi dengan kurangnya pergerakan dan senaman kerana lebih banyak menghabiskan masa di rumah, sudah semestinya lebih mudah untuk bertambah berat badan. Hmm nak turun berat yang susah ni! 

Tidak ketinggalan juga akibat tertekan dengan virus tersebut, ada yang kehilangan pendapatan, risaukan kos pembayaran pinjaman dan sebagainya menyebabkan kita untuk makan berlebihan dan memulakan gaya hidup makan-tidur-makan-tidur yang tidak sihat. 

Masa untuk Berhadapan dengan Realiti!

Untuk mengubah kitaran tersebut, ada sesuatu yang Mama boleh lakukan dengan tidak menolak makanan. Anda masih boleh menurunkan berat badan sambil menikmati makanan kegemaran dengan membuat beberapa penyesuaian diri dalam tabiat dan gaya hidup kita. Yang paling penting – Mama harus mulakan sekarang! Kalau masih berlengah, pasti tidak akan mengubah apa-apa. 

Kembalikan Berat Badan Idaman 7 Tips Ini 

1. Konsisten! Konsisten! Konsisten!

Apa yang penting adalah – konsisten. Konsisten merupakan kunci utama sepanjang proses menurunkan berat badan. Sebenarnya, untuk apa sahaja yang ingin kita lakukan dalam hidup! Apabila kita sentiasa konsisten dalam melakukan sesuatu rutin, lama kelamaan, kita sendiri akan terbiasa dengan rutin tersebut. 

Mama Siti faham, dalam pada kita sibuk menguruskan aktiviti harian kita, untuk mengekalkan rutin ekstra seperti bersenam dan sebagainya agak ‘demanding’ namun, itulah salah satu cabaran yang harus kita atasi. 

Apa yang Mama Siti sentiasa terapkan adalah, senaman yang teratur dan konsisten memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan dan badan yang kurang bekerja akan menurunkan sistem imunisasi badan, lalu menyebabkan pelbagai komplikasi lain ketika semakin meningkat usia. 

Semasa Mama memulakan perjalanan hidup sihat sekarang, luangkan masa untuk mencuba pelbagai aktiviti dan sukan, dan bereksperimen dengan masa, jadual, dan frekuensi yang berbeza.

Lama kelamaan, Mama pasti dapat mengikuti rentak yang sesuai dengan anda. Sekiranya ada masa yang menyebabkan Mama tidak boleh meluangkan masa untuk meneruskan rutin tersebut, Mama boleh cuba luangkan masa untuk berjalan atau melakukan senaman ringan selama 15 minit di rumah atau melakukan latihan regangan. Yang penting, teruskan dan jangan mudah berputus asa dengan apa sahaja yang anda lakukan.

2. Tetap Bersemangat & Bermotivasi

Apabila anda sudah konsisten dengan rutin harian, kekal bersemangat dan bermotivasi merupakan kunci untuk menjaga konsistensi kita. Memang betul kita tidak memerlukan banyak peralatan dan barang-barang mewah untuk bersenam, tetapi sedikit pertolongan seperti motivasi akan membuatkan kita untuk terus melakukan aktiviti tersebut.

Sebagai permulaan, mungkin ada boleh mendapatkan satu set pakaian senaman yang berkualiti, disamping membantu menyokong tubuh badan anda.

Dalam pada itu, dengan menetapkan matlamat akan membuatkan kita berada di landasan yang tepat, tetapi pastikan matlamat tersebut adalah realistik dan praktikal. Mama jangan pula set matlamat seperti “Okay, dalam masa 3 bulan pastikan dah boleh pakai seluar jeans saiz 0 walaupun sekarang saiz 6!” Sangat tidak realistik dan selamat ya Mama.

Ingat balik sebab-sebab kenapa Mama ingin menurunkan berat badan – untuk mendapatkan badan yang lebih sihat? Sebagai contoh kepada anak-anak? Supaya lebih mudah fokus semasa bekerja? Matlamat jangka panjang seperti ini dapat membantu anda untuk mencapai matlamat-matlamat pendek yang lain disamping anda berusaha mencapai ‘long-term goal’ anda. 

3. Tidur Yang Cukup & Berkualiti

Kurang tidur akan memberi kesan kepada mood kita (dan juga motivasi diri!) serta merangsang selera makan. Ini boleh menyebabkan waktu makan kita tidak teratur, dimana kita akan makan yang tidak perlu dan Mama tahu bukan bagaimana emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kita menginginkan makanan yang tidak sihat?

Jadi, apa yang Mama boleh lakukan adalah dengan mendapatkan tidur yang berkualiti sekurang-kurangnya antara 6 hingga 8 jam setiap malam. Mama juga boleh pertimbangkan untuk menggunakan tirai yang gelap, mematikan semua gajet sebelum tidur, dan menetapkan suhu bilik yang sesuai juga dapat memberikan tidur yang berkualiti. 

4. Kurangkan Pengambilan Kalori 

Apa yang dimaksudkan disini adalah, berhati-hati dengan apa yang kita makan. Badan kita hanya memerlukan sejumlah kalori untuk memastikan ia dapat berfungsi pada kadar optimum. 

Sekiranya kita mengambil kalori yang berlebihan, ia akan berubah menjadi lemak dan akan menyebabkan berat badan kita bertambah. Cogan kata “makan untuk hidup” haruslah menitik beratkan makanan yang sihat dan berkhasiat pada diri kita, dan kita haruslah mematuhinya. 

Mama tak perlukan formula rumit untuk mengira jumlah kalori yang diperlukan, apa yang Mama boleh cuba adalah dengan mengikut petua ini – makan makanan yang menyembuhkan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran, daging tanpa lemak, dan kekacang. 

Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti minuman bergula (minuman boba dan jus kotak!), pencuci mulut seperti kek dan ais krim (tahukah anda bahawa ‘cheese platter’ merupakan menu yang lebih sihat berbanding sekeping kek Black Forest?), dan makanan segera. 

5. Kekal Hidrat

Tubuh kita terdiri daripada 60% air (otak dan jantung kita terdiri daripada 73% air dan paru-paru kita 83%!) dan ini menunjukkan betapa pentingnya fungsi tubuh kita.

Kajian menunjukkan bahawa apabila badan kita mengandungi air yang mencukupi, ia akan membuatkan tubuh badan lebih cekap berfungsi, termasuklah membantu kita lebih fokus, disamping membakar lemak-lemak di badan. Sangat luar biasa bukan?

Apa kata Mama cuba tips ini. Setiap kali Mama berasa lapar, jangan pula Mama menjamah biskut-biskut yang ada. Sebaliknya, cuba minum segelas air kosong terlebih dahulu dan lihat bagaimana ia dapat menahan selera makan, lalu kita juga dapat menangkis kalori kosong yang mungkin kita telah makan. 

Kekal hidrat juga dapat meningkatkan metabolisme badan kita. Oleh itu, sekiranya matlamat Mama adalah mendapatkan badan yang sihat dan menurunkan berat badan yang berlebihan, Mama haruslah mengamalkan minum air secukupnya setiap hari.

6. Relaks dan Enjoy The Process!

Semuanya berfungsi dengan lebih baik semasa kita berseronok! Walaupun terdapat banyak diet dan program penurunan berat badan yang boleh dipilih, yang terbaik adalah bermula dengan sesuatu yang sederhana seperti senaman biasa dan makanan yang sihat.

Paleo, Keto, Atkins, dan sebagainya, sangat bagus jika kita lakukan kajian yang menyeluruh dan mulakan dengan perlahan-lahan serta usaha yang sewajarnya. 

Jangan pula Mama terus mengikuti sebarang program atau pelan penurunan berat badan hanya kerana popular di media sosial. Tanpa pengetahuan dan info yang betul, kita mungkin akan cepat berputus asa, atau lebih teruk, boleh memudaratkan kesihatan. 

7. Bahan Masakan Yang Sihat, Menghasilkan Makanan Berkhasiat

Pola pemakanan yang sihat, bersih, dan berkhasiat juga memainkan perasan besar dalam mengawal berat badan kita. Daripada anda mengelak mengambil makanan berlemak dan karbohidrat, apa kata anda cuba untuk makan makanan yang mengandungi bahan semulajadi dan lebih sihat? 

Memilih minyak masak yang bebas kolesterol dan kaya dengan asid lemak membantu dalam mengekalkan gaya makanan yang lebih sihat. 

Diet kolesterol tinggi dapat menyempitkan atau menyekat arteri kita dalam jangka masa panjang, yang secara tidak langsung boleh menyebabkan kita berisiko terkena penyakit jantung.

Salah satu cara untuk merawat kolesterol tinggi adalah dengan mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan yang sihat untuk jantung. Oleh itu, penggunaan minyak masak bebas kolesterol dalam masakan merupakan salah satu permulaan yang terbaik.

Asid lemak berfungsi sebagai tenaga untuk otot dan organ penting kita sebagai blok bangunan untuk membran sel dan sebagai simpanan tenaga untuk badan kita.

Asid lemak penting adalah asid lemak polyunsaturated yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, tetapi diperlukan untuk tujuan metabolik, yang boleh diperoleh daripada makanan. Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk mula makan dengan sihat?

Have You Had A Taste of SUNBEAM?

Sebagai salah satu produk keluaran Sime Darby Oil, SUNBEAM Oils berbangga menjadi produk minyak masak yang premium dan berkhasiat. Ia secara semula jadi bebas kolesterol dan kaya dengan nutrien dan vitamin, menjadikannya jenama pilihan utama di kalangan pengguna yang mementingkan kesihatan.

Selain dikenali sebagai bebas kolesterol dan kaya dengan asid lemak penting seperti omega 3 dan 6, minyak masak SUNBEAM juga kaya dengan Vitamin E (yang meningkatkan sistem imun dan kesihatan kulit kita), lemak monosaturated (yang membantu menurunkan berat badan dan lemak polyunsaturated (yang membantu pertumbuhan sel membran).

Sebagai salah satu jenama yang sangat disukai orang ramai, Mama boleh memilih dari dua jenis: Minyak Bunga Matahari SUNBEAM dan Minyak Canola SUNBEAM. Dalam pada itu, SUNBEAM juga sangat berpegang kepada prinsipnya, dimana jenama ini sentiasa memastikan setiap proses penghasilan dan pengeluaran produknya adalah teratur dan berkualiti tinggi, membantu pengguna ke arah hidup yang lebih sihat. 

Sebelum anda mula menyediakan makanan sihat untuk keluarga anda dengan SUNBEAM Oils, apa kata Mama sertai peraduan khas ini dan rebut peluang untuk MEMENANGI pelbagai hadiah lumayan!

Sertai Peraduan Beam Beam SUNBEAM & MENANG!

Mama hanya perlu mengikuti 3 langkah mudah ini untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut:

  1. Beli produk SUNBEAM bernilai (minimum) RM18 * dalam satu resit.
  2. Jawab soalan ini dengan YA atau TIDAK: “SUNBEAM Sunflower dan SUNBEAM Canola Oil adalah produk dari Sime Darby Oils”. 
  3. WhatsApp jawapan dan resit anda ke nombor ini: + 6011-1274 5462

Voila! Anda kini berpeluang untuk memenangi:

*Anda boleh mendapatkan produk SUNBEAM di semua kedai runcit utama seperti Giant, Aeon Co., Aeon Big, Mydin, HeroMarket, Maslee & Lulu Hypermarket, serta barangan runcit dalam talian seperti Potboy.com.my dan MyGroser.com.

Layari laman Facebook Taste of SUNBEAM untuk maklumat lanjut. Ingat ya Mama, salah satu cara untuk menurunkan berat badan dan gaya pemakanan yang sihat harus dimulakan dari rumah, iaitu dengan minyak masak SUNBEAM

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.