KelabMama

Nak Bayi Mama Naik Kapal Terbang? Tips Menyediakan Anak-anak Yang Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Adakah cuti sekolah kali ini Mama akan bawa si manja naik kapal terbang buat pertama kali? Mama Siti ada semua petua yang dapat membantu Mama siap sediakan anak-anak naik kapal terbang ni.

Macamlah Mama tak tahu macam-macam ragam bila naik kapal terbang dengan anak-anak. Semua benda tak kena. Ada nak inilah, yang itulah. Cuba Mama baca petua ni dulu, mungkin ada yang boleh membantu Mama:

7 Petua Berguna Bila First Time Terbang Dengan Anak

1. Pilih Penerbangan Yang Mesra Kanak-kanak

Ramai ibu bapa terlepas pandang perkara ini. Tetapi ini yang terbaik buat anak-anak Mama yang pertama kali naik kapal terbang – pilih syarikat penerbangan yang menawarkan pelbagai faedah untuk anak-anak.

Ia mungkin terdiri daripada rancangan tv dan filem kegemaran mereka atau snek menarik yang bagus dan diluluskan oleh mereka.

Sesetengah kapal terbang juga memberi kanak-kanak kit mainan aktiviti untuk pastikan mereka mendapat pengalaman yang bagus sewaktu naik kapal terbang!

Satu lagi faedah yang bagus adalah ruang rehat untuk keluarga sewaktu menunggu penerbangan sambungan. Ini untuk memastikan anak-anak selesa untuk penerbangan seterusnya.

2. Tempah Perjalanan Penerbangan Awal Pagi

Ini masa-masa yang terbaik untuk berlepas. Awal pagi adalah masa-masa mereka mahu tidur. Selalunya penerbangan pagi kurang sesak dan ramai orang sudah pun letih terutamanya anak-anak Mama. Jika boleh, elakkan penerbangan dengan persinggahan yang lama atau sambungan lewat malam.

3. Beritahu Mereka Apa Yang Akan Berlaku

Ramai ibu mengesyorkan untuk memberitahu anak-anak apa yang akan berlaku sewaktu berada di lapangan terbang, dalam kapal terbang dan lain-lain. Mama juga perlu terangkan melalui gambaran supaya mereka lebih faham. Mama Siti cadangkan Mama untuk pasang video untuk mereka tentang kapal terbang.

4. Bawa Kejutan

Bila bawa anak-anak terbang ni, lebih baik bawa kejutan untuk mereka. Belikan mereka mainan baharu yang dibalut rapi atau bawa gajet yang Mama ‘sudah sembunyikan’ untuk anak-anak.

Tapi, lagi best mainan yang baru tau. Ini kerana anak-anak lebih tertarik dengan mainan baharu. Mereka boleh cuba explore mainan itu.

5. Berpakaian Berlapis, Elakkan Kasut Bertali

Atas kapal terbang, suhu akan berbeza. Malah akan lebih sejuk semasa anda berada di darat. Bersedia dengan memakai pakaian yang lebih tebal dan berlapis untuk elak kesejukan.

Pakaikan anak Mama pakaian yang selesa tanpa butang dan zip. Sama juga dengan kasut, Mama! Elakkan kasut bertali dan pilih slip-on. Sesetengah negara akan membuat pemeriksaan keselamatan, dengan kasut slip-on, ia akan berjalan lancar.

6. Gunakan Kereta Sorong Yang Lebih Kecil

Ini mungkin akan peningkan Mama waktu travel nanti. Jadi, lebih baik Mama dan Papa pertimbangkan untuk menggunakan stroller yang lebih kecil. Juga, periksa stroller di pintu gate sebelum menaiki kapal terbang tersebut.

Ketika turun, jangan risau, akan ada cabin crew yang menunggu Mama nanti.

Jika Mama ada lebih daripada sorang anak sewaktu melancong ni, pakaikan mereka abah-abah keselamatan untuk mereka. Ini dapat pastikan mereka tidak merayau-rayau sewaktu ambil bagasi dan lain-lain.

7. Rancang Senarai Apa Yang Perlu Dibawa

Sebelum mengemas, senaraikan dahulu apa yang Mama nak bawa waktu menaiki kapal terbang, gunakan senarai ni sebagai panduan!

Moga-moga dengan tips ini, Mama dapat rancang perjalanan penerbangan dengan lebih lancar! Selamat melancong bersama si manja~


Dapatkan tips travel bersama si manja di SINI!