KelabMama

Ibu Ini Kongsikan Tips Agar Anak-anak Cepat Belajar Bahasa Inggeris

Membaca mempunyai pelbagai manfaat kepada anak-anak kita. Untuk mencapai kemahiran sesuatu bahasa, membaca adalah amalan yang amat dihargai yang harus dimulakan sejak kecil lagi. Penguasaan sesuatu bahasa dapat menyumbang kepada fokus dan mencapai objektif untuk mahir dalam sesuatu bahasa, terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Mama bernasib baik, Puan Hanis Athirah Rusli berkongsi cara-cara untuk cepat belajar bahasa Inggeris untuk semua Mama diluar sana!

Puan Hanis mengaku bahawa beliau bukanlah pakar dalam mengajar anak-anak tetapi beliau boleh kongsikan tips-tips supaya anak-anak Mama lebih mahir membaca dalam Bahasa Inggeris.

6 Tips Untuk Cepat Membaca

#1 Biasakan Anak Dengan Buku

Sebelum memulakan apa-apa aktiviti, Mama harus biasakan anak-anak dengan buku cerita terlebih dahulu. Ini dapat diterapkan dengan Bedtime story ataupun Read Aloud.

Dengan dua aktiviti ini, anak Mama akan lebih biasakan diri dengan buku dan tidak janggal dengan apa-apa buku. Tambahan pula, anak Mama dapat mempelajari perkataan baru serta menguasai cara sebutan yang betul. Antara contoh buku yang boleh anak Mama baca adalah, set English Graded Reading Package yang mempunyai ayat pendek serta memudahkan pembacaan dan pemahaman secara beransur-ansur untuk pembacanya.

#2 Aktiviti Membaca Menyeronokkan

Anak Mama mesti bosan kan kalau membaca sahaja? Mama boleh selitkan aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka. Antaranya adalah menyanyi, bercerita dan bermain.

Cara lain adalah untuk menggunakan barang kitar semula seperti kotak untuk membantu proses membaca mereka. Selain itu, boleh juga mereka menggunakan playdoh untuk membentuk huruf-huruf yang mereka pelajari.

#3 Gunakan Buku Belajar Membaca Yang Berkesan

Sumber: Awal Education

Tidak dinafikan banyak buku diluar sana claim mudah untuk pembelajaran anak-anak. Puan Hanis mencadangkan untuk memberi anak-anak buku I Can Read oleh Awal.

Buku ini dapat membantu anak-anak cepat membaca kerana ia menggunakan konsep penekanan, kesedaran fonemik dan kata kunci. Secara amnya, ia memudahkan proses pembacaan anak-anak.

Buku yang dibaca dapat membantu anak-anak belajar bunyi asas seperti vokal, konsonan, berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.

#4 Gunakan Teknik Nyanyian Untuk Mantapkan Lagi Pemahaman Anak-Anak

Menjadi kebiasaan kanak-kanak lebih gemar mendengar lagu untuk menghafal sesuatu perkataan. Mereka berlatih dengan mengikut cara bacaan, bersama irama yang akan menjadi lebih mudah untuk pembacaan mereka. Dengan cara itu, anak-anak membaca sambil mengiringi muzik. Lama kelamaan, mereka akan terbiasa dengan membaca dengan nada yang biasa.

#5 Kukuhkan Pemahaman Anak Dengan Latihan Menulis Pengukuhan Dan Penggayaan

Membaca sahaja tidak dapat melancarkan pembacaan kanak-kanak namun dengan memberi buku latihan, anak-anak dapat menjadi kreatif dan kemudian menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin.

Dalam pakej I Can Read ini, ada 2 buku latihan untuk I Can Write. Selepas membaca, buku aktiviti ini dapat digunakan untuk aktiviti pengukuhan dan penggayaan. Di sini, ia dapat membantu anak-anak membaca dan menulis serta merangsangkan minda dan meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.

#6 Gunakan Permainan Pendidikan Untuk Hiburan Yang Bermanfaat

Pada zaman teknologi ini, terdapat pelbagai educational game dalam talian. Aplikasi di telefon juga dapat membuatkan anak-anak belajar sambil bermain. Oleh itu, sekali sekala boleh la Mama menggunakan kemudahan ini untuk mempercepatkan pembacaan anak-anak. Barulah mereka seronok membaca sambil bermain.

Macam mana Mama? Boleh follow tak petua-petua yang dikongsikan oleh puan Hanis ni? Harap-harap boleh jadi tauladan buat anak-anak Mama. Semoga berjaya!