KelabMama

TIP PERJALANAN JAUH KETIKA HAMIL

Sembilan bulan bukan satu jangka masa yang pendek untuk tidak membuat perjalanan jauh. Berita baiknya, berjalan jauh adalah selamat bagi kebanyakan wanita hamil. Jadi, tidak perlulah membatalkannya. Anda masih boleh tiba di destinasi yang telah dirancangkan. Cuma anda perlu lebih berhati-hati terhadap beberapa perkara sahaja. Perjalanan anda masih boleh berlangsung walaupun kandungan sudah mencapai tarikh jangkaan kelahiran. Keselamatan dan kaedah perjalanan bergantung kepada permasalahan perubatan semasa mengandung, jauh dekat destinasi dan juga keselesaan perjalanan.

BILA DAN DI MANA PERJALANAN ANDA

Minggu mengandung terbaik untuk perjalanan anda adalah di antara minggu ke 14 hingga 28. Semasa ini masalah awal mengandung seperti mual-mual, loya-loya dan muntah-muntah sudah pun berakhir ataupun anda telah pun dapat membiasakan diri. Semasa minggu-minggu selepas dinyatakan, anda mungkin mula mendapati sukar untuk duduk pada kedudukan yang sama bagi jangka masa yang panjang dan pergerakan anda juga semakin terbatas. Yang dikhuatiri, berlakunya sakit-sakit kelahiran sebelum cukup tempoh 37 minggu (kelahiran pramatang). Semasa pertengahan minggu mengandung inilah paling selesa untuk puan. Perjalanan yang paling cepat sampai, paling bagus untuk wanita yang sedang mengandung. Semasa musim cuti ini, perjalanan perlu dirancang sebab mungkin kesesakan lalu lintas berlaku.

 

PERJALANAN MELALUI JALAN DARAT

 

PERJALANAN MELALUI UDARA

Lazimnya perjalanan melalui penerbangan komersial adalah selamat dan tidak membahayakan. Syarikat penerbangan mempunyai polisi mereka terhadap penumpang yang mengandung, lazimnya untuk penerbangan domestik, dibenarkan kandungan sehingga 36 minggu. Bagaimanapun, untuk penerbangan antarabangsa, dihadkan sehingga ke minggu 32. Dapatkan maklumat terbaru dari syarikat penerbangan pilihan anda.

Usah risau untuk berjalan melalui pengesan logam semasa kawalan keselamatan lapangan terbang. Ia tidak memberikan kesan terhadap bayi anda. Semasa dalam penerbangan, pastikan anda bangun dan bergerak setiap setengah jam bagi mengelakkan kejadian darah beku pada bahagian anggota kaki. Banyakkan minum air sebab keadaan kelembapan yang rendah di dalam kabin dan sekiranya pada kedudukan kerusi, pastikan tali pinggang keledar diikat pada paras pinggul dan tidak pula mengganggu rahim yang sarat. Maklumkan kepada pihak penerbangan sekiranya anda mempunyai masalah perubatan atau perbidanan semasa mengandung supaya persediaan dapat dilakukan seperti bekalan oksigen tambahan untuk anda dan sebagainya.

 

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

Kalau perlu, tanyalah dulu doktor yang merawat anda semasa mengandung sama ada perjalanan yang akan diambil membahayakan ataupun tidak.

Perjalanan tidak digalakkan sekiranya anda mengalami:

 

Pastikan lawatan ke klinik jagaan ibu mengandung sudah dilakukan, kad mengandung perlu dibawa seperti paspot antarabangsa supaya sekiranya berlaku apa-apa, rujukan sepatutnya boleh dilakukan. Jika perlu, pastikan destinasi terakhir anda semasa cuti mempunyai kemudahan untuk memeriksa kandungan serta kesihatan anda. Mungkin pihak insurans (sekiranya puan mempunyai kemudahan) dimaklumi mengenai perjalanan puan. Pastikan ubat-ubat yang dipreskripsi dibawa bersama. Sekiranya suami yang memandu, pastikan supaya dia tidak terlelap. Sentiasa bercakap dengannya supaya fikirannya sentiasa berlegar-legar

 

 

 

 

 

Sumber:  Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia) & Utusan