KelabMama

Tip Keselamatan Kewangan: Kenali Petunjuk Bahaya untuk Elak Kena ‘Scam’

scammer telefon

Bercerita tentang kesedaran panggilan scam, adakah Mama, Papa atau orang disekeliling anda dah cukup aware untuk elak daripada menjadi mangsa jenayah siber ini?

“Kalau terima panggilan telefon pelik-pelik yang minta sambung ke bahagian itu ini, jangan dilayan. Terus letak je!”

Ya, mungkin ini antara tips keselamatan yang boleh dilakukan.

Namun, awas! Pihak penjenayah sentiasa mencari kaedah baharu dalam memperdayakan mangsanya. Maka, kerana itulah kegiatan scam ini dilihat pernah berhenti.

Ada sahaja modus operandi digunakan kumpulan scammer supaya dapat menjerat dan mengaut keuntungan.

Tahukah Mama dan Papa, bukan semua individu yang menjadi mangsa scam ini menerima panggilan mencurigakan tau? Ada antara mereka mendapat surat, SMS termasuklah aplikasi berbaur ancaman di social media serta handphone masing-masing.

Baru-baru ni, Mama Siti pun berpengalaman mendapat SMS daripada sistem komputer. Nombor seperti 68008, 62003 dan seumpamanya ni memang kita tahu ia seolah generated number yang biasa dihantar oleh jabatan kerajaan bagi tujuan mengwar-warkan program atau amaran berjaga-jaga untuk rakyat Malaysia.

Nombor sedemikian juga biasanya digunakan oleh syarikat yang dilanggan kita contoh syarikat komunikasi, perbankan dan seumpamanya untuk promosi menarik kan.

Justeru, bila Mama Siti terima SMS daripada nombor yang sama seperti itu, tiada perasaan curiga langsung. Memang Mama Siti sangkakan ia dihantar pihak bank sebagai mengesahkan transaction dibuat seperti selalu dilakukan bila transfer duit dalam apps.

Ayat SMS yang tertera pula memang sama seperti pengirim komputer daripada pihak bank yang Mama Siti selalu gunakan.

Masa tu tak sangsi langsung dengan SMS tersebut, cuma terkejut sebab tak ada buat sebarang transaction pun. Pesanan di hujung SMS “If you did not perform this transaction, please call ********”.

Kalau ikut pada akal fikiran bahawa kita tak ada sebarang transaksi, pastinya kita terus klik call pada nombor disediakan. Tapi Mama Siti check dulu SMS tersebut dan perasan “eh, kenapa pakai nombor handphonde personal?”

Masa tu baru timbul keraguan dengan SMS yang diterima. Mama Siti semak dalam internet memang nombor diberikan tak ada kaitan langsung dengan syarikat bank.

Maka, Mama Siti direct call customer service dan maklumkan pada mereka. Pihak bank pun terkejut dan beritahu kemungkinan ini taktik terbaharu sindiket tersebut.

Justeru, dalam usaha membendung jenayah scam ini semakin berleluasa, kita wajib untuk sentiasa mengambil tahu perkembangan terbaharu kumpulan berkenaan dalam memperdayakan individu.

Sebagai contoh kebanyakkan kita menganggap, panggilan telefon yang ada unsur suspicious jangan dilayan. Namun, modus operandi bukan takat itu je. Terbaharu, ada mangsa kerugian wang ringit selepas menerima kiriman surat perintah palsu dari jabatan berkaitan.

Bahaya kan kalau tak kita alert? Jadi, jangan pernah berhenti untuk mengambil tahu MO yang digunakan kumpulan berkenaan.

Tips Elak Menjadi Mangsa Scammer

1. Elak menjawab panggilan antarabangsa

Teirma panggilan daripada United Kingdom? Awas, tak perlu jawab panggilan tu. Tiada yang penting dengan panggilan international tu.

Jika difikir secara logik, apa urusan mereka mencari kita melainkan bagi tujuan scam. Jika anda memang seorang berjawatan profesional, kemungkinan besar akan terima panggilan luar negara.

Tapi kebiasaannya mereka yang biasa berurusan dengan pihak negara luat tahu membezakan scammer dan urusan berkaitan business mereka.

Namun, untuk individu yang tidak mempunyai sebarang urusan seperti kebanyakkan daripada kita, sebaiknya tak perlu jawab panggilan dari sana, melainkan nombor itu ada dalam senarai kenalan.

2. Tidak melayani panggilan mencurigakan

Selain nombor luar negara, panggilan daripada Malaysia juga digunakan sindiket ini. Namun, sekiranya anda rasa panggilan itu mengarut minta anda berhubung dengan jabatan demikian, terus matikan panggilan.

Jika kita mempunyai masalah besar yang melibatkan sesebuah jabatan itu, mereka sendiri akan ke rumah dengan membawa dokumen dan ID yang sah seperti polis, peguam dan sebagainya.

Tiada panggilan melalui telefon bimbit untuk urusan penting apatah lagi jika ia melibatkan jenayah.

3. Jangan berkongsi butir peribadi tanpa menyemak kesahihannya

Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila simpan untuk kegunaan sendiri sahaja.

Jika pihak tersebut meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online, lebih baik tamatkan sahaja panggilan tersebut.

4. Ambil tahu syarikat yang diisytihar scammer oleh BNM

Sentiasa periksa laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) atau akhbar sahih yang mengeluarkan senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Anda boleh mendapatkan senarai scammer tersebut di sini.

5. Sentiasa alert MO terbaharu

Ambil tahu perkembangan taktik terbaharu kumpulan ini dengan melihat di akhbar atau social media.

Seperti Mama Siti katakan, taktik mereka sentiasa berbeza-beza. Jika rasa ragu dengan surat atau kehadiran individu di kediaman anda, sebaiknya rujuk terus pihak berkuasa dengan menelefon talian kecemasan atau balai polis berhampiran bagi membuktikan kesahihan sesuatu perkara itu.

Jangan terkejut yerr jika mengetahui bahawa sebahagian sindiket scammer ni dah berani datang ke rumah dan memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa.

6. Jangan muat naik aplikasi atau pautan mencurigakan

Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.

Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.

7. Muat turun aplikasi mengesan semua panggilan masuk

Kini, terdapat pelbagai aplikasi yang dapat membantu mengesan scammer.

Kita boleh menyemak butiran mengenai pemanggil setiap kali menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Butiran pemanggil ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh jutaan pengguna melalui aplikasi berkenaan. Anda juga boleh membuat laporan dan menyumbang kepada komuniti untuk membantu pengguna lain jika anda pernah dihubungi oleh scammer sebelum ini.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Check Scammers CCID yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia.

8. Jangan dedah maklumat peribadi di website yang tidak sahih

Cara untuk mengelakkan scammer yang paling asas dan mudah adalah dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi di internet. Ini termasuk di laman sosial, forum, ruangan komen, aplikasi perbualan (chat messenger) dan lain-lain.

Antara maklumat peribadi yang tidak seharusnya dikongsikan adalah butiran diri dan seluruh ahli keluarga, nama penuh, alamat kediaman, nombor kad pengenalan, nombor telefon atau plat kenderaan dan lain-lain.

Ini membolehkan penipu mencuri identiti anda dan menyamar untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti memohon pinjaman atau sebarang aktiviti jenayah.

Sekiranya anda adalah seorang peniaga online dan harus berkongsi nombor telefon untuk tujuan perniagaan, sila gunakan nombor telefon yang berasingan.

Dan untuk tujuan keselamatan, sila pastikan nombor tersebut didaftakan menggunakan nama perniagaan anda berbanding nama peribadi anda.

Selain itu, jika anda seorang yang aktif di internet, sila elakkan dari mendaftar di laman web menggunakan maklumat peribadi anda.

Sila gunakan email yang berasingan dari email utama anda dan letakkan maklumat peribadi anda sekurang yang mungkin.

#Bahaya Scammer

Memetik laporan akhbar Utusan Online pada Oktober tahun ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, sebanyak RM23 bilion nilai kerugian dicatatkan akibat jenayah siber.

Menurut beliau, jumlah itu adalah keseluruhan mangsa yang membuat laporan sejak 2018 sehingga Oktober 2023.

Katanya lagi, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2.6 bilion panggilan yang disyaki terbabit dalam perlakuan jenayah dalam talian setakat September lalu.

Nasihat Mama Siti adalah, memandangkan jenayah siber ini semakin popular dan tidak akan berhenti, segala input dan tips untuk mengatasinya perlu kita war-warkan khususnya kepada ibu dan ayah kita yang semakin berusia.

Golongan sebegini merupakan sasaran utama sindiket tersbeut. Jangan biarkan diri kita dan orang sekeliling menjadi mangsa. Teruskan berkongsi segala pengetahuan anda tentang scammer kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.


Untuk pelbagai info dan tips tentang perkara trending, boleh klik di SINI!