KelabMama

LG Meningkatkan Tahap Pembersihan Rumah Untuk Rakyat Malaysia Dengan LG CordZero All-in-One Tower

LG Electronics Malaysia (LG) dengan bangganya memperkenalkan LG CordZero

All-in-One Tower, tambahan terbaharu kepada segmen perkakas rumah jenama tersebut. Vakum tanpa wayar ini membawa tahap pembersihan yang terhebat kepada isi rumah dengan mentakrifkan semula cara penjagaan ruang kediaman. 

Direka bentuk khas untuk pemilik rumah, LG CordZero All-in-One Tower menawarkan penyelesaian penjagaan rumah yang komprehensif yang melangkaui kaedah pembersihan tradisional.

(Dari kiri): LG CordZero All-in-One Tower A9T-MAX dan LG CordZero All-in-One Tower A9T-CORE

Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata bahawa ciptaan vakum tercanggih ini membuktikan komitmen LG terhadap inovasi dan kemudahan. 

“Vakum terbaharu kami yang dilengkapi dengan All-in-One Tower yang inovatif dapat menyampaikan prestasi pembersihan yang luar biasa untuk rakyat Malaysia, dengan gabungan prestasi, kemudahan dan kebersihan. Kami yakin bahawa vakum tercanggih keluaran kami ini akan mentakrifkan semula pengalaman pembersihan untuk rakyat Malaysia sambil meningkatkan taraf hidup mereka,” kata Justin Choi. 

Inovasi yang memudahkan pembersihan: Pengarah Urusan LG, Justin Choi pada pelancaran LG CordZero All-in-One Tower.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati persekitaran rumah yang lebih bersih dengan mudah tanpa membuang masa dengan All-in-One Tower yang menawarkan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila vakum berada di stesen dok.

Menara ini juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina dalam yang berfungsi hingga 2 jam sebaik sahaja vakum diletakkan di stesen dok untuk menghalang pertumbuhan bakteria dalam beg habuk1.

Menara ini merangkumi Sistem Penapisan 3 Langkah, yang diperakui oleh Persatuan Alergi BAF British, yang menangkap habuk halus secara berkesan untuk memastikan udara yang lebih bersih di dalam rumah. 

All-in-One Tower menyediakan penyimpanan yang cekap ruang untuk vakum dan aksesori, termasuk 2-in-1 Combination Tool, Crevice Tool, dan Mop Nozzle2.

Selain itu, menara inovatif ini turut dilengkapi dengan DUAL PowerPack, bateri yang boleh ditukar ganti dan boleh dicas semula untuk sesi pembersihan hingga 120 minit tanpa gangguan dan tanpa perlu menunggu untuk pengecasan semula. 

Dikuasakan oleh teknologi Smart Inverter Motor and Axial Turbo Cyclone LG, vakum terbaharu ini mempunyai daya sedutan yang kuat dan berterusan.

Fungsi pintarnya memisahkan habuk dan kotoran daripada pelbagai jenis lantai dengan berkesan, menjana aliran udara yang kuat di dalam motor yang berputar dengan pantas tanpa geseran, menjaminkan daya ketahanan yang luar biasa. Sistem

Penapisan 5 Langkah vakum ini dapat memisahkan kotoran dalam tong habuk dan menapis 99.999% baki habuk dan kotoran.

Dengan teknologi LG Kompressor, tong habuk tidak perlu dikosongkan dengan kerap kerana inovasi ini dapat memampatkan habuk terkumpul hingga 2.4 kali. 

“Kami berdedikasi untuk memastikan pelanggan setia kami di Malaysia dapat menikmati kemudahan harian bukan sahaja melalui perkakas rumah kami yang inovatif tetapi juga dengan aplikasi ThinQ LG. Sama seperti barisan perkakas kami yang lain, vakum kami yang baharu ini juga dikuasakan oleh aplikasi rumah pintar ThinQ yang membolehkan pengguna mengakses panduan pembersihan penapis, memantau sejarah dan pengurusan pembersihan serta menjalankan diagnosis pintar. Kami percaya bahawa penyelesaian penjagaan rumah kami akan membolehkan pelanggan menyambut era baharu kehidupan di rumah dengan mengubah ruang kediaman mereka menjadi tempat yang bersih dan selesa,” kata Justin.  

Siri LG CordZero A9 kini boleh didapati pada harga berikut: 

ProdukMSRP (RM) 
A9T-MAX 4,999.00 
A9T-CORE 4,499.00 
A9K-ULTRA* 4,199.00 
A9K-MAX 3,699.00 
A9N-LITE 2,299.00 

*Model eksklusif daripada pengedar sah LG. 

Untuk maklumat lanjut tentang LG CORDZERO ALL-IN-ONE TOWER, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti Halaman Facebook Rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk maklumat terkini, berita, dan promosi.

Rujukan:

1 Diuji oleh KRIBS (Institut Penyelidikan Bio Sains Korea) mengikut kesesuaian protokol LG Electronics membandingkan bilangan bakteria hidup dalam beg habuk All-in-One Tower selepas mengendalikan LED UVC selama dua jam (Nombor model: VDS -ST1*U) pada suhu 23.0 darjah Celsius (±2.0℃) dengan kelembapan relatif 45 peratus (±5%). Beg habuk All-in-One Tower diisi dengan simulasi debu rumah (dinyatakan dalam IEC 628852 7.2.2.3) dan bakteria (staphylococcus aureus, pseudomonas aeruginosa, pneumonia bacilli, escherichia coli – kira-kira 107 CFU setiap untuk setiap bakteria ujian) yang dibiakkan dalam piring petri. Bakteria yang diuji terletak di sembilan lokasi di atas habuk. Kadar perencatan pertumbuhan bakteria mungkin berbeza-beza bergantung pada keadaan persekitaran sebenar. 

2 Nozzle dan aksesori yang disertakan dalam pakej mungkin berbeza-beza mengikut kawasan atau model produk.