KelabMama

TIDAK SELESA TANGAN BERPELUH? JANGAN BIARKAN TANGAN BERPELUH MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN ANDA!

Tangan berpeluh secara berlebihan ataupun dipanggil sebagai hyperhidrosis merupakan salah satu masalah berpeluh. Masalah tersebut mungkin akan mengganggu aktiviti harian individu tersebut. Malah ia juga akan menganggu prestasi belajar jika ia berlaku pada kanak-kanak mahupun remaja.

Pengenalan

Hyperhidrosis merupakan salah satu masalah tangan berpeluh dimana seseorang individu menghasilkan peluh lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga mengganggu aktiviti seharian. Ia selalu bermula pada waktu kanak-kanak ataupun remaja. Keseluruhan kawasan badan boleh mengalami masalah ini. Akan tetapi kawasan yang selalu mempunyai masalah ini adalah tapak tangan dan kaki, ketiak dan muka. Ia boleh menyebabkan tekanan perasan, malu bersosial dan mengganggu prestasi kerja disebabkan perkara tersebut terutamanya bila masalah tersebut berlaku di tangan.

Punca Masalah Tangan Berpeluh

Masalah tangan berpeluh pada keseluruhan badan (Generalized hyperhydrosis) boleh disebabkan masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Ia juga boleh disebabkan masalah lain seperti:


Masalah berpeluh di bahagian tapak tangan dan kaki pula mungkin disebabkan keturunan. Simptom masalah berpeluh ini selalu bermula pada kanak-kanak dan remaja. Akan tetapi jika ia berlaku pada orang dewasa ataupun tua, penyiasatan perlu dilakukan untuk melihat penyakit lain yang boleh menyebabkan masalah tersebut.

Saraf sympathetic merupakan saraf yang bertanggung-jawab untuk menyediakan badan ketika berada dalam keadaan bersiap siaga untuk berlawan atau berlari (Fight or flight). Ia akan menyebabkan denyutan nadi bertambah, gula dalam darah bertambah dan mental lebih fokus. Akan tetapi ia juga berhubungan dengan kelenjar peluh.Sebab itu, seseorang yang mengalami masalah berpeluh ini akan menjadi lebih teruk apabila dia berada di dalam keadaan yang takut ataupun hendak berlawan.

Prognosis (Kesudahan)

Hyperhidrosis adalah sukar untuk dirawat secara berkesan. Ia tidaklah menyebabkan kematian. Tetapi kes yang teruk akan mengganggu kualiti hidup pesakit. Berpeluh adalah sesuatu yang memalukan, ia mengotorkan pakaian, mengganggu hubungan dan menyukarkan komunikasi. Kes yang teruk mungkin akan menyebabkan masalah untuk menulis, memegang stering kereta ataupun bersalaman dengan orang lain. Akan tetapi cara rawatan yang terbaru dan pelbagai akan memberikan pesakit rawatan yang lebih berkesan.

Diagnosa-diagnosa yang lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama. Contohnya:

ü  Kanser

ü  Masalah saraf

ü  Hipertiroid

ü  Hipoglisemia

ü  Pheuocrhomocytoma

ü  Peminum alkohol kronik

Rawatan Masalah Tangan Berpeluh

Terdapat beberapa cara rawatan untuk masalah berpeluh ini:

1)    Ubat sapuan

Ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate adalah sapuan yang selalu digunakan. Ia perlulah digunakan dikawasan yang mempunyai masalah tersebut sebelum tidur.

Untuk mengurangkan iritasi, sapuan tersebut perlulah dibasuh ketika bangun daripada tidur.

2)    Iontophoresis

Ia adalah rawatan dimana arus elektrik yang rendah diberi pada keseluruhan kulit yang bermasalah. Ia perlulah diberi selama 30 minit setiap hari di dalam air yang mengandungi arus elektrik tersebut Akan tetapi rawatan ini selalunya tidak diikuti oleh pesakit kerana ia mengambil masa yang lama.

3)    Suntikan botox

Botox mengandungi toksin botulinum yang bertindak sebagai perencat kepada kalenjar peluh dalam penghasilan peluh. Ia terbukti dalam mengurangkan masalah berpeluh ini.

4)    Pembedahan

Disebabkan masalah berpeluh ini adalah disebabkan ketidakseimbangan fungsi saraf sympathetic, rawatan pembedahan untuk membuang sebahagian saraf tersebut boleh dilakukan dan ianya dinamakan sebagai sympathectomy.

 

 

*Istilah Perubatan:

*Hyperhidrosis: Adalah masalah berpeluh secara berlebihan

*Saraf sympathetic: Saraf yang menyediakan badan bila berada dalam keadaan bersedia untuk melawan atau melarikan diri

*Prognosis: Adalah kesudahan kepada pesakit

 

 

 

Sumber: Dr Latiff Saad & The Diagnosa