KelabMama

Masa Untuk Bergembira Bersama Thomas and Friends Di Sunway Putra Mall

Cuti sekolah kini kembali lagi dan masanya telah tiba untuk anak-anak Mama dan Mama sendiri melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan! Apakah cara yang lebih baik untuk meluangkan masa bersama anak-anak Mama selain dengan lawatan ke salah satu tempat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur, iaitu Sunway Putra Mall? Sebagai penghormatan kepada pelancaran semula animasi baharu rancangan kanak-kanak popular, Sunway Putra Mall menganjurkan kempen Thomas and Friends dari 2 hingga 19 Jun 2022. Ada beberapa perkara yang Mama harus tahu tentang acara tersebut.

Memperkenalkan, Thomas and Friends: All Engines Go! yang padat dengan gaya baharu dan lebih menarik, kini disiarkan dalam CGI 2D di Cartoon Network dan platform penstriman popular lain seperti Netflix. Atau mungkin si manja Mama sudah menonton satu atau dua episod siri ini? Haa, sekarang, mereka boleh bertemu dengan Thomas and Friends ‘baharu’ di hadapan mata mereka sendiri.

Thomas & Friends di Sunway Putra Mall

Kredit gambar: Sunway Putra Mall

Terdapat banyak aktiviti menanti Mama dan anak-anak di acara All Engines Go, Malaysia yang berlangsung di Sunway Putra Mall dari sekarang hingga 19 Jun. Anak-anak boleh menaiki kereta api, buat enjin sendiri dan banyak lagi. Berikut adalah butiran acara-acara tersebut:

Dan jangan lupa untuk berbelanja di dalam pusat beli-belah tersebut untuk menebus pas percuma untuk aktiviti dan mendapatkan barangan Thomas and Friends!

Jom Semua Naik Kereta Api Bersama Thomas

Jika Mama tengah mencari sesuatu yang boleh dilakukan dengan anak kecil Mama cuti sekolah ini, bawa mereka merasai Thomas the Train di Stesen Knapford. Apa yang Mama perlu buat ialah berbelanja di kedai apa sahaja di Sunway Putra Mall dengan pembelian minima RM50 (untuk SATU tiket). Pastikan Mama menyimpan resit dan tebus tiket di Concierge Counter, Ground Floor. Kemudian, pergi ke Kaunter Tiket Stesen Knapford untuk menaiki kereta api. Kereta api bergerak ini akan tersedia setiap hari dari 2 hingga 19 Jun, pada waktu-waktu tertentu.

Aktiviti Dan Tarikan Sepanjang Hari

Disambut Dengan Pemandangan KL Cityscape Yang Menyeronokkan

Sejurus Mama melangkah masuk, Mama dan anak-anak akan disambut oleh sebuah pemandangan yang menyeronokkan di ruang Main Concourse: ada sebuah taman permainan, ruang bergambar, alat mainan Thomas & Friends, dan banyak lagi! Ambil gambar anak-anak Mama di pameran kereta api automatik Thomas & Friends di mana mereka boleh bertemu dengan versi terkini watak kegemaran mereka daripada rancangan tersebut. Jadi kreatif bersama anak-anak Mama di kawasan mewarna, permainan Memori Gergasi, teka-teki Mix & Match dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan untuk diluangkan bersama.

Bengkel Kreatif Hujung Minggu

Tingkatkan kreativiti anak Mama dengan mendaftarkan mereka menyertai bengkel ini. Peserta akan diberikan semua alatan dan bahan untuk mereka bentuk dan mencipta penanda buku yang bertemakan Thomas and Friends mereka sendiri dari awal atau pun pupuk rasa kejuruteraan dalam diri anak Mama dalam sesi Pembuatan Enjin Thomas and Friends. Di sini, mereka akan belajar kepentingan dan keseronokan kitar semula, disamping bergembira melakukannya! Mereka juga boleh membawa pulang hasil ciptaan mereka. Terhad kepada 10 peserta bagi setiap sesi.

Aktiviti: Penanda Buku DIY

Aktiviti: Bengkel Membuat Enjin

Daftar untuk bengkel bersama krew Thomas & Friends di Main Concourse, Ground Floor.

*Pastikan anak Mama adalah ahli Putra Junior Club atau Autsome.

Peraduan Media Sosial

Kredit gambar: Sunway Putra Mall

Sertai Peraduan Media Sosial Thomas and Friends dan berpeluang untuk memenangi barangan Thomas and Friends bernilai RM200. Biarkan anak Mama mengingati pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini bersama enjin kereta api kegemaran mereka, disamping berpeluang untuk membawa pulang beberapa barangan eksklusif.

Ganjaran Hebat Hanya di Sunway Putra Mall

Kredit gambar: Sunway Putra Mall

Tebus barangan eksklusif apabila Mama membeli-belah di Sunway Putra Mall dan di booth Thomas and Friends (Main Concourse, GF). Tunjukkan resit pembelian di Concierge Counter untuk menuntut hadiah Mama seperti berikut:

Kredit gambar: Sunway Putra Mall

Lebih Banyak Hadiah di Ruang Concourse

Ganjaran berikut adalah untuk para pembeli yang membeli barangan dari booth Thomas & Friends di Main Concourse sahaja. Mama hanya perlu tunjukkan resit Mama di booth Thomas & Friends untuk mendapatkan hadiah-hadiah berikut:

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi acara tersebut.

Utamakan Keselamatan Di Sunway Putra Mall

Bilik Bayi yang selesa dan bersih tersedia di Aras LG, GF, 1, 3 dan 4 untuk kemudahan anda. (Kredit gambar: Sunway Putra Mall)

Sunway Putra Mall mengambil berat tentang keselamatan dan kesejahteraan para pelanggannya. Jadi, Mama jangan risau kerana langkah-langkah keselamatan turut dilaksanakan di sini. Ini termasuk usaha penjarakan sosial dan sanitasi yang berterusan, serta pemeriksaan keselamatan di semua pintu masuk untuk memastikan mereka yang berada di dalam pusat membeli-belah selamat.

Terdapat juga banyak kemudahan mesra keluarga/kanak-kanak di Sunway Putra Mall untuk memastikan keselesaan dan kemudahan Mama dan anak Mama. Sebagai contoh, Mama boleh meminta Child Safe Emergency Contact Tattoo/Wristband dan kereta sorong bayi dari Concierge. Dan jika si manja Mama memerlukan penukaran lampin atau penyusuan botol, bilik bayi tersedia di Aras LG, GF, 1, 3 dan 4. Bilik Tenang untuk ahli Autsome (bagi kanak-kanak autistik) juga tersedia di Aras LG dan 3 semasa pendaftaran di Concierge.

Kredit gambar: Sunway Putra Mall

Jadi, tunggu apa lagi? Set tarikh yang sesuai dan jom ke Sunway Putra Mall untuk aktiviti Thomas and Friends yang penuh keseronokan dengan pelbagai barangan baharu dan banyak lagi! Anak-anak Mama pasti akan mengingati pengalaman menakjubkan ini sampai bila-bila!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.