KelabMama

ADIK THAQIF ARJUNA SENGSARA EKZEMA TERUK SEJAK BERUSIA DUA BULAN

Hati ibu mana yang tidak sedih dan gundah gulana memikirkan keadaan anak kesayangan kita setiap hari. Anak digigit nyamuk sedikit pun dah risau memikirkannya. Inikan pula kalau anak mengalami ekzema. Runtun hati Puan Nur Athirah Zainul Abidin melihat keadaan anaknya yang mengalami ekzema teruk di seluruh badan sejak berusia dua bulan.

Kisahnya sudah menjadi perhatian media sejak September yang lalu. Kini, bayinya kembali menjadi perhatian orang ramai apabila mereka menerima kunjungan dan sumbangan rawatan daripada pelakon, Datin Paduka Eina Azman.

Berjumpa Doktor Pakar Kulit

Menurut status yang dimuat naik Datin Paduka Eina Azman, adik Thaqif Arjuna telah berjumpa dengan seorang doktor pakar kulit di Kuala Lumpur.

Eina rasa gembira sbb doctor kata insyallah thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal.

Ekzema Kritkal

Berdasarkan laporan Harian Metro, adik Thaqif mengalami ekzema yang teruk. Pada mulanya dia hanya mengalami ruam di bahagian muka, tetapi tidak kelihatan begitu teruk. Lama-kelamaan, ruam tersebut seperti merebak dan menjadi lebih teruk. Ibu bapanya telah cuba untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta, tapi tidak mampu untuk menerima rawatan tersebut kerana kekangan kewangan.

Sebelum ini, saya pernah mendapatkan rawatan di hospital swasta namun tidak mampu kerana untuk sekali rawatan menelan belanja sekitar RM200 hingga RM300.

ujar Puan Nur Athirah.

 Moga Thaqif Cepat Sembuh

Luluh hati melihat video-video adik Thaqif yang menangis kesakitan kerana kering dan gatal. Entah apa perasan si kecil rasa gatal satu badan. Kadang-kadang sehingga berdarah dan melekat dibaju-baju yang dipakainya. Untuk anda yang ingin memberi sumbangan, anda boleh salurkan kepada akaun CIMB Puan Nur Athirah:

Moga dengan sumbangan ikhlas anda dapat mengurangkan penderitaan adik Thaqif ini.

Sebenarnya Ekzema Boleh Dipulihkan Atau Takkan Sembuh Sampai Bila-bila?

Ada kenyataan yang mengatakan ekzema ini merupakan satu penyakit yang takkan sembuh, atau tidak ada ubat. Ada juga yang mengatakan penyakit ini boleh dirawat dan pulih, cuma bergantung kepada masa dan daya tahan tubuh badan pesakit itu sendiri.

Menurut Pakar Dermatologi, Dr. Kartini Farah Rahim, dianggarkan seramai lima hingga 10 peratus penduduk negara ini mengalami masalah ini.

Punca Ekzema kepada anak kecil:

Tips Kurangkan Ketidakselesaan Ekzema Pada Anak:

 Cara Untuk Rawat Ekzema:

Ekzema adalah satu penyakit kulit. Namun, cara untuk menyembuhkannya bukan hanya bergantung pada sapuan krim sahaja. Perlu juga ubat makan yang disarankan oleh doktor.

Paling penting, kena tahu apakah punca utama sebenar yang mencetus masalah ini.

Macam mana nak kurangkan ekzema secara semulajadi:

Jika anak Mama mengalami ekzema, boleh cuba tips-tips diatas, atau dapatkan rawatan pakar jika keadaan menjadi lebih teruk. Ekzema dalam kalangan kanak-kanak biasanya akan beransur pulih apabila meningkat usia. Untuk kes ekzema yang tidak pulih, jangan berputus asa. Ada rawatannya. Moga adiq Thaqif dan anak-anak kecil yang mengalami ekzema cepat sembuh.