KelabMama

Tercampak Keluar Dari Kereta, Anak 2 Tahun Selamat

Hasil rakaman dari dashcam sebuah kereta di Lebuh Raya PLUS menghala selatan berdekatan dengan Pedas Linggi menunjukkan ada seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kereta dan terbaring di atas jalan di lane kanan sekali. Allahu. Sebuah lori kemudiannya dilihat berhenti di depan kanak-kanak itu untuk menghalang daripada dilanggar kenderaan lain. Terima kasih abang lori!

Kejadian itu sebenarnya berlaku kelmarin kira-kira jam 3.20 petang dan bapa saudara kepada kanak-kanak itu telah berkongsi di facebooknya tentang kejadian itu.

Tercampak keluar dari kereta & terseret

Katanya, kereta Honda Civic yang dipandu adiknya telah dilanggar oleh dua buah kenderaan lain yang tengah berlumba. Perlanggaran itu menyebabkan anak adiknya tercampak keluar dari kereta serta terseret di atas jalan raya.

“Myvi putih langgar kereta adik saya (menyebabkan) anak dia tercampak dari kereta”

Pemilik dashcam itu berkata dia menjadi saksi ketika dua buah kereta itu berlumba. Menurutnya lagi, kereta Honda Jazz dan Myvi berlumba dan semasa nak tukar lane ketiga dari lane pertama, kereta Myvi itu melanggar kereta Honda Civic tersebut.

Susulan rakaman video berkenaan, pemandu Perodua Myvi yang dipercayai menghimpit kenderaan berkenaan, ditahan di Batu Berendam, Melaka, kira-kira pukul 4.50 petang Selasa.

“Saya tanya suami anak mana. Tiba-tiba saya panik dan cemas,”

Ibu kepada kanak-kanak yang tercampak itu terkejut bila anak bongsunya itu yang sedang tidur dan berada di pangkuannya terlepas dari pegangan dan tercampak keluar dari cermin kereta yang pecah. Suri rumah itu berkata, kejadian yang berlaku begitu pantas membuatkan dia tidak dapat berfikir apa yang terjadi selepas terkejut kereta dipandu suami, K Satthiaseenan, 31, dilanggar.

Bapa kepada kanak-kanak malang itu K. Satthiaseelan, 33, ketika menceritakan detik cemas berkenaan berkata ketika kejadian, dia yang berada di lorong kanan lebuh raya terbabit, mendapat isyarat lampu daripada pemandu kereta Honda Jazz di belakang kenderaannya, yang diikuti rapat sebuah Perodua Myvi.

“Ketika saya mahu ke tepi, secara tiba-tiba terdapat sebuah Perodua Myvi yang datang dari lorong paling kiri terus ke lorong paling kanan dan kemudian telah melanggar bahagian kiri belakang kereta saya dan saya tidak dapat berbuat apa-apa dan melanggar pembahagi jalan.

“Selepas itu, anak saya sudah ‘terbang’ daripada kereta melalui cermin sisi (sebelah penumpang) yang pecah. Saya berhentikan serta-merta kereta saya di lorong tengah dan mencari anak saya, namun dia tiada dalam kereta. Saya kemudian nampak, anak saya berada di tengah jalan, jadi saya terus berlari mendapatkannya,”

Mereka sekeluarga yang menaiki Honda Civic dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Cempaka Rantau, selepas menyambut Thaipusam di rumah abang ipar di Johor Bahru, Johor. Dia yang bekerja di kilang perabot di Jalan Pantai, Seremban turut berterima kasih dengan pertolongan yang diberikan semua pihak termasuk pemandu lori yang telah memberhentikan kenderaan dan keluar menyelamatkan anak lelakinya, Tisshaaanth.

Pentingnya Penggunaan Car Seat

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon meluangkan masa melawat kanak-kanak tersebut, S. Tisshaaanth, yang kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan luaran.

“Yang penting (dalam insiden ini) ialah (penggunaan) CRS. Sekiranya mereka menggunakan CRS, memang insiden seperti ini tidak akan berlaku dan saya harap dengan insiden ini, orang ramai akan mula mematuhi undang-undang penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak,” 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon

6 Sebab Kenapa Perlu Guna Car Seat

#1 Statistik Kemalangan

Statistik dari Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) menunjukkan kematian kanak-kanak didalam kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan menggunakan car seat yang sesuai dan dipasangkan dengan betul.

Walaupun penggunaan car seat bukan satu peraturan yang mandatori di Malaysia, sebagai ibubapa, seharusnya kita mengambil berat akan isu ini dan memasang car seat di dalam kereta demi keselamatan anak-anak.

Ia adalah satu langkah paling utama untuk melindungi anak-anak daripada sebarang kecederaan yang serius.

#2 Tali Pinggang Keselamatan VS Car Seat

Tali pinggang keselamatan direka untuk pakai oleh orang dewasa. Ia bertujuan untuk mengurangkan daya tenaga yang terhasil apabila berlaku kemalangan supaya ia tidak mengenai keseluruhan badan pada masa yang sama.

Ia memeluk erat seorang dewasa dengan menyilang tali dari pinggang, dada dan bahu. Apabila pelanggaran berlaku, daya hentakan tersebut akan tersebar dengan rata pada masa yang sama, mengurangkan kecederaan pada tisu dalaman.

Sebaliknya, jika mama meletakkan seorang kanak-kanak, tali tersebut akan bersilang pada leher dan jika berlaku kemalangan, akan menyebabkan kecederaan yang serius pada bahagian tersebut apabila tali pinggang terkunci semasa pelanggaran.

#3 Malang Tak Berbau

Terdapat 3 perkara yang akan berlaku semasa kemalangan iaitu pelanggaran kenderaan, pelanggaran manusia dan pelanggaran organ dalaman.

Ketiga-tigaperkara tersebut berlaku secara serentak sebaik sahaja kenderaan berhenti secara mengejut.

Jika kanak-kanak tak menggunakan car seat, apa yang berlaku adalah kanak-kanak tersebut akan melonjak kehadapan dan hanya akan berhenti jika terdapat objek yang menghalangnya.

Ini antara penyebab yang menyebabkan kanak-kanak menghempap kerusi mengakibatkan kecederaan luar dan dalaman atau tercampak keluar dari kereta.

Dengan adanya car seat, sekurang-kurangnya kanak-kanak tersebut dilindungi oleh kerangka dan tali keselamatan yang padat dengan span lembut untuk menyerap hentakan.

#4 Fungsi Keselamatan

Ciri-ciri sesebuah car seat bertindak untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang duduk di dalamnya.

Ia direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut.

Pastikan semasa memasang car seat, ia mengikut arahan yang ditetapkan kerana pemasangan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan yang tak diingini.

#5 Fokus Kepada Pemanduan

Khas untuk mama yang bekerja atau surirumah yang aktif dengan aktiviti luar, membawa anak-anak bersama adalah satu cabaran didalam kereta.

Pastinya anak-anak tersebut tak dapat duduk diam dan perlu diberi ingatan.

Semestinya fokus pemanduan akan terganggu kerana pengawasan perlu diberikan sepanjang perjalanan supaya anak-anak tak melompat-lompat didalam kereta. Dengan adanya car seat, pengawasan amat minimum dan fokus pemanduan tak akan terganggu.

Sekarang mama dah tahu kenapa car seat amat penting untuk keselamatan anak mama. Justeru itu, pastikan mama mendapatkan car seat yang telah di sahkan keselamatannya oleh SIRIM ataupun mana-mana badan pengiktiraf di luar negara bagi menjamin pelindungan yang menyeluruh. Bukan itu sahaja, pemilihan car seat perlulah sesuai mengikut umur juga ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber : bebehouz, mstar, lobakmerah

BACA JUGA KERETA TERBALIK, IBU BERSYUKUR BAYI TERSELAMAT DUDUK DALAM CARSEAT

PESAN MAMA SITI

Inilah sebabnya kenapa kerajaan menyaran kita untuk menggunakan car seat. Sebab tak nak perkara macam ni berlaku. Semoga kejadian seperti ini menjadi pengajaran dan dapat membuka mata kita semua tentang betapa pentingnya car seat. Fikirlah demi nyawa anak-anak.