KelabMama

Terbancuh Serbuk Racun Lipas dengan Susu, Bayi Perempuan Hampir Maut

racun lipas

Baru-baru ini di China, seorang bayi perempuan berusia satu tahun, telah mengalami masalah buah pinggang dan hati selepas bapanya secara tidak sengaja terbancuh susu bersama serbuk racun lipas. Menurut laporan South China Morning Post, bayi perempuan berkenaan yang dipanggil Doudou telah dikejarkan ke hospital di Wuhan, Hubei, China sejurus keadaannya yang kelihatan kebiruan dan lesu.

Bayi tersebut bagaimanapun telah dibenarkan keluar selepas dua hari menerima rawatan di hospital.

Bapa Tidak Sengaja 

Difahamkan, bapa mangsa, Zhao, 28 tahun, secara tidak sengaja telah campurkan susu Doudou bersama serbuk racun lipas yang disangkakan tepung kalsium. Beliau mengakui kesilapannya dan berkata, ketika kejadian, beliau baru bangun dari tidur serta masih dalam keadaan mamai apabila isterinya meminta dia menyediakan susu.

Racun & Tepung Susu Diletakkan Berhampiran

Kata Zhao lagi, serbuk racun tersebut diletakkan berhampiran dengan tepung susu anaknya. Keadaan rumah mereka pada waktu itu pula sedang diubahsuai hiasan dalamannya. Oleh itu, barang-barang di dalam rumah tidak tersusun rapi. 

Muka Kebiruan dan Muntah-muntah

Doudou dikatakan berubah menjadi kebiruan dan muntah beberapa kali selepas minum susu terbabit. Mangsa juga dikatakan tidak berhenti menangis dan keadaannya mula menjadi lesu. Zhao hanya menyedari kesilapannya selepas memeriksa bungkusan racun yang dibuang ke dalam tong sampah, lalu segera membawa anaknya ke hospital. 

Hanya Menjejaskan Buah Pinggang & Hati

Doktor yang merawat Doudou berkata, susu beracun itu telah menjejaskan buah pinggang dan hati mangsa, tetapi mangsa tidak berada dalam keadaan kritikal. 

Kalau mangsa tidak sedera dibawa ke hospital, kanak-kanak itu mungkin akan kehilangan nyawa,

ujar Doktor terbabit. 

Rawatan Kecemasan jika Terminum/Terkena Racun

Dibawah merupakan antara langkah-langkah yang Mama boleh lakukan jika ada antara ahli keluarga termakan, terhidu atau terkena racun sementara menantikan rawatan pakar. 

  1. Sentiasa berhati-hati untuk tidak menghidu, merasa atau menyentuh racun-racun tersebut. 
  2. Jika anak Mama telah terhidu bahan racun merbahaya, segera bawa anak anda ke kawasan yang mempunyai udara segar dan bersih. 
  3. Berikan anak Mama minum sedikit air jika dia terminum/tertelan sebarang racun. JANGAN biarkan mereka muntah. 
  4. Segera tanggalkan pakaian mereka jika anak anda terkena bahan beracun/mudah terbakar, dan segera cuci bahagian badan yang terkena dengan air selama 15 minit. 

KelabMama nak sarankan Mama semua agar simpan barang-barang di dalam rumah di tempat yang sepatutnya; jauhkan daripada anak-anak dan makanan. Dalam kes ini, jika rumah Mama sedang diubah suai, KelabMama cadangkan Mama susun barang-barang tersebut di dalam kotak yang berasingan. Sediakan kotak khas untuk makanan atau minuman, kotak yang lain untuk alatan tajam, kotak untuk barang-barang beracun seperti penyembur nyamuk, racun lipas dan sebagainya. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!