KelabMama

TENTANG KEHAMILAN KEMBAR YANG PERLU AMBIL TAHU!

Sekiranya anda diberitahu oleh doktor bahawa anda sedang hamil dengan kandungan kembar, sudah pasti ia adalah satu berita yang amat menggembirakan anda serta pasangan. Tetapi pada masa yang sama doktor juga akan menerangkan kepada anda bahawa kehamilan kembar adalah kehamilan yang berisiko tinggi. Tentu ia agak mencemaskan anda. Namun, jangan biarkan ia menjadi penghalang untuk anda mempelajari tentang risiko kemungkinan yang berkaitan kehamilan kembar, sama ada kembar dua, tiga atau lebih. Dengan memahami kemungkinan risiko, komplikasi kehamilan kembar dan juga rawatan yang berkaitan, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sekiranya sesuatu masalah berlaku pada kandungan anda. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya kehamilan kembar:

 

TANDA-TANDA KEHAMILAN KEMBAR

 

JENIS-JENIS KANDUNGAN KEMBAR

Melibatkan 1/3 dari kes-kes kehamilan kembar yang terjadi apabila berlakunya persenyawaan antara satu ovum dan satu sperma yang kemudiannya terbahagi.

Pembahagian awal embrio:

 

Meliputi 2/3 daripada kes-kes kehamilan kembar. Ia terjadi apabila dua atau lebih ovum tersenyawa. Setiap janin mempunyai uri, kantung amnion dan kantung korion yang berasingan.

 

RISIKO KANDUNGAN DAN KELAHIRAN KEMBAR

Kelahiran Pramatang

Risiko yang paling kerap berlaku menyebabkan meningkatnya kes-kes kematian akibat komplikasi pramatang dan jika hidup, bayi-bayi pramatang itu memerlukan rawatan rapi dalam jangka masa yang lama di dalam unit rawatan rapi neonatal (bayi baru lahir). Purata umur kandungan berlakunya kelahiran pramatang dan bilangan kandungan

Masalah Kembar Monokorionik

Keadaan yang berlaku pada janin kembar yang berkongsi satu uri. Ini menyebabkan berlakunya persilangan pada saluran darah di dalam uri menyebabkan ketidakseimbangan aliran darah di antara janin-janin itu. Satu janin terlebih bekalan darah dan janin kembarnya pula kurang mendapat bekalan darah. Jika keadaan ini tidak dirawat, ia akan mendatangkan bahaya pada kedua-dua bayi dengan kadar kematian lebih 80 peratus. Penemuan teknologi terkini bagaimanapun membolehkan para doktor untuk merawat keadaan ini melalui pembedahan khusus menggunakan laser.

Masalah Kembar Monokorionik-Monoamniotik

Keadaan ini berisiko tinggi kerana berlakunya masalah kelahiran pramatang, tumbesaran terencat, kecacatan kongenital/sejak lahir dan tali pusat terbelit antara satu sama lain. Ketika di dalam kandungan, keadaan ini dapat dikesan apabila selaput yang memisahkan antara kembar tidak kelihatan semasa pemeriksaan ultrasound dilakukan pada kandungan itu. Ia boleh menyebabkan kadar kematian lebih dari 50 peratus. Tiada rawatan khusus untuk keadaan ini. Pada amnya ibu yang hamil kembar dengan komplikasi ini memerlukan pemerhatian khusus dan dimasukkan ke hospital. Bayi-bayi ini mungkin terpaksa dilahirkan lebih awal dari sepatutnya untuk mengelakkan komplikasi mati dalam kandungan.

Masalah kembar seperti ini termasuklah;

 

RISIKO IBU HAMIL KEMBAR

Ibu yang hamil dengan kandungan kembar didapati berisiko dua kali ganda untuk menghidapi kencing manis semasa mengandung.Ini disebabkan oleh kepekatan hormon yang lebih tinggi yang menyebabkan gangguan pada proses penghasilan insulin dalam darah ibu.

Ibu yang hamil dengan kandungan kembar berisiko tinggi mengalami masalah uri di bawah (previa plasenta) dan uri terlekang dari dinding rahim (placenta abruption).Ini boleh menyebabkan berlakunya komplikasi pendarahan yang teruk semasa mengandung atau selepas melahirkan.

Lebih kurang 30 peratus daripada ibu hamil kembar akan mengalami masalah ini. Ia berlaku akibat peningkatan isipadu darah yang sangat tinggi. Rawatan yang perlu termasuklah rehat yang mencukupi dan mungkin juga ubat- ubatan. Keadaan ini juga mendedahkan ibu kepada masalah praeklamsia dan komplikasi sawan semasa mengandung.

Ibu yang hamil kembar didapati 13 kali lebih berisiko untuk mengalami masalah kegagalan jantung. Dan risiko untuk mendapat serangan jantung juga meningkat sebanyak empat kali ganda.Sekiranya seseorang itu hamil dengan kandungan kembar, ia haruslah menyedari tentang risiko-risiko kemungkinan yang akan berlaku pada bayi dalam kandungannya dan juga kesihatan diri. Mereka haruslah mendapatkan rawatan pakar di peringkat awal lagi supaya sebarang komplikasi dapat dikesan awal dan seterusnya mendapat rawatan yang sewajarnya.

 

 

Sumber: Internet