KelabMama

Panduan Tempoh Iddah Bagi Wanita Yang Sudah Bercerai

Setiap wanita yang bercerai perlu menjalani tempoh iddah selepas penceraian berlaku dan ianya bukanlah satu tempoh yang mudah untuk mereka. Bagi pasangan yang berkahwin pastinya inginkan ikatan yang telah terbina ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Namun, jika hubungan itu boleh mendatangkan kesan mudarat ke atas emosi, berbahaya atau berisiko tinggi, berpisah adalah jalan yang terbaik. Melalui artikel kali ini, Mama Siti akan kongsikan maklumat mengenai tempoh iddah yang perlu dilalui oleh wanita yang telah bercerai.

Jenis-jenis Cerai Dalam Islam

Kredit gambar: blog justika

Terdapat enam jenis cerai dalam Islam iaitu :

#1. Ta’liq

#2. Talak

Suami menjatuhkan talak secara langsung atau tidak langsung contohnya seperti “Hubungan kita sampai di sini sahaja mulai saat ini”.

#3. Khulu’

Isteri tawarkan pampasan (harta atau wang) kepada suami untuk bercerai.

#4. Li’an

Suami menuduh isteri berzina atau menafikan anak yang dilahirkan atau di dalam kandungan bukan anaknya.

#5. Fasakh

Terjadi melalui perintah mahkamah jika keadaan seperti ini berlaku iaitu,

Jenis dan Tempoh Iddah bagi Wanita yang Bercerai

Kredit gambar: Popbela.com

Iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

#1. Iddah Raf’ie

Hanya untuk talak satu atau dua sahaja dan suami boleh rujuk semula dengan isteri.

#2. Iddah Bain

Merangkumi talak tiga, Li’an, Fasakh, Khulu’ (tebus talak),Ila’ dan isteri yang belum disetubuhi. Tidak boleh rujuk semula dan perlu akad nikah baharu.

Pengiraan Tempoh Iddah

Setiap bahagian mempunyai pengiraan untuk menentukan tempoh iddah sama ada ianya panjang atau pun pendek melalui :

Bagi wanita yang telah bercerai dengan suami, anda perlu menjalani tempoh iddah seperti berikut :

#1. Jika masih mempunyai haid

Tempoh iddah adalah tiga kali suci berdasarkan keadaan lafaz talak iaitu

#2. Tiada haid

Tempoh iddah adalah tiga bulan.

#3. Sedang mengandung

Perlu tunggu selesai bersalin atau kandungan gugur.

#4. Tidak pernah bersetubuh

Tiada iddah.

#5. Ada masalah istihadhah

Haid tidak menentu tetapi tahu tarikh dan bilangan hari;

Haid tidak menentu dan tidak tahu tarikh juga bilangan hari serta tidak dapat membezakan antara darah haid atau istihadhah

Tempoh Iddah dan Dalil Berkaitan Dengan Iddah Bagi Wanita

Kredit gambar: wordpress.com

Tempoh iddah ini sebenarnya untuk memastikan seorang wanita itu mematuhi batas hukum ketika berada dalam iddah supaya sepanjang tempoh itu kehidupan mereka selari dengan tuntutan Islam bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau pun tohmahan yang tidak diingini dan menjejaskan maruah mereka.

Iddah bermaksud tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seseorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.

Hukum Iddah

Hukum iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.Dalil-dalil mengenai pensyariatan iddah

Kewajipan iddah ini disertai dengan dalil-dalil yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah

Antara dalilnya adalah seperti berikut :

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak) dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

“Wahai nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya), dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan sesudah itu perkara (yang lain).

“Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka iddahnya ialah tiga bulan, dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.”

Diriwayatkan oleh ibn majah daripada Aisyah r.a katanya yang bermaksud Rasulullah SAW telah memerintahkan Barirah untuk beriddah dengan tiga kali haid.

Larangan Semasa Tempoh Iddah

Hikmah Iddah

Antara beberapa hikmah yang dapat diperoleh adalah:

Penceraian merupakan jalan penyelesaian yang terakhir sekali di ambil setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga. Untuk para wanita yang sedang bersedih dengan kegagalan rumahtangga, mama siti sangat berharap anda bersabar dan berjaya dalam menghadapi dan menharungi liku-liku ujian.

Mama Siti juga berharap dengan perkongsian ilmu mengenai tempoh iddah ini, para wanita di luar sana dapat memahami hukum syariat dengan lebih mendalam serta dapat mematuhinya dengan sebaik yang mungkin.