KelabMama

“Boleh Bah” 15 Tempat Menarik di Sandakan Paling ‘Best’ Untuk Bercuti

tempat menarik di sandakan

Rata-rata penduduk di bandaraya sukar mendapat suasana yang sunyi dek kerana bunyi-bunyian buatan berbanding bunyi-bunyian alam semula jadi. 

Apa lagi, Mama kena datang ke Sandakan kerana banyak aktiviti melibatkan flora dan fauna di Sandakan, Sabah ini. 

Ayuh, kita lihat lebih dekat lagi tempat menarik di daerah negeri Sabah

15 Tempat Menarik di Sandakan, Sabah

Tempat Penginapan

#1 Sepilok Nature Resort

Kredit gambar: Tripadvisor

Tempat penginapan ini memberikan Mama pengalaman tinggal di kawasan yang dikelilingi alam semula jadi. 

Suasana tenang dengan bunyi-bunyian alam sungguh lain dari kebiasaan kita di rumah, lebih-lebih lagi di waktu malam. 

Alamat: Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah 

Media sosial: Facebook

Hubungi: 089-673 999 

#2 Paganakan Dii Tropical Retreat

Kredit gambar: Facebook/ Paganakan Dii Tropical Retreat

Pakej penginapan di sini adalah seperti kotej peribadi dan katil asrama (dormitory) dan lokasinya di tengah hutan hujan. 

Walaupun begitu, ianya tetap dilengkapi dengan kemudahan internet WiFi dan restoran. Istimewa lagi, ada kenderaan ulang-alik ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.   

Media sosial: Facebook

Hubungi: 012-868 1005

#3 Nature Lodge Sepilok

Kredit gambar: Agoda.com

Mama Siti sarankan Mama menginap di sini kerana ianya terletak di sekitar Rainforest Discovery Centre, Borneo Sun Bears Conservation dan Orang Utan Rehabilitation Centre. 

Tawaran pakej penginapannya pun tidak kurang memuaskan juga!   

Alamat: Jalan Sepilok, Mile 14, Jalan Labuk, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah  

Hubungi: 013-863 6263

Laman sesawang: www.naturelodgesepilok.com      

#4 Sepilok Forest Edge Resort

Kredit gambar: Booking.com

Satu lokasi ideal untuk Mama sekeluarga. Antara yang menarik, Mama dapat menikmati keenakan makanan tradisi orang Sandakan dikelilingi pohon-pohon menghijau dan bunyi-bunyian unggas. 

Waktu operasi: 7am- 10.30pm

Hubungi: 016-523 3190 

Batu 14, Jalan Rambutan, Sepilok, 90009 Sandakan, Sabah

#5 Walai Penyu Conservation Park Libaran

Kredit gambar: Stay In Sabah

Resort ini terletak di Pulau Libaran yang merupakan sebuah pusat penginapan yang menawarkan pakej melihat penyu bertelur dan melepaskan anak penyu ke laut. 

Facebook : Walai Penyu Conservation 

Hubungi: 014-389 4677

Laman sesawang: www.walaipenyu.com 

Tempat Bersiar-siar

#6 Uncle Tan Wildlife Adventures

Kredit gambar: Flickr

Berkhemah di dalam hutan hujan tropika, merentas hutan dan menyusuri Sungai Kinabatangan melihat habitat asal flora dan fauna sungguh mengujakan. 

Uncle Tan Wildlife Adventure antara yang terkenal bagi pelancong yang datang ke Sandakan. 

Alamat: Lot 1,Tingkat 1, Labuk Square, mile 9,90000, 90000 Sandakan, Sabah

Hubungi: 016-824 4749

Laman sesawang: www.uncletan.com 

#7 Imbak Canyon Sandakan 

Kredit gambar: Malaysia Travel Blog

Pencinta alam semestinya ingin mengabadikan kenangan untuk meneroka, menjelajah dan memperhatikan kehidupan flora dan fauna di sini. 

Kemudahan juga turut disediakan seperti pejabat pentadbiran, makmal, dewan mesyuarat, dewan makan, asrama dan bilik penginapan yang terletak di pinggir Sungai Imbak.

#8 Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Kredit gambar: Sabah Tourism Board

Tempat bersiar-siar yang seterusnya kita fokuskan kepada haiwan yang sedang diancam kepupusan iaitu orang utan. 

Pusat ini memberikan pendedahan berkaitan spesies orang utan dimana Mama juga boleh berinteraksi secara langsung dengan haiwan ini seperti membelai dan memberi makan. 

Alamat: WDT 200, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Hubungi: 089-531 180

Laman sesawang: www.orangutan-appeal.org.uk 

#9 Labuk Bay Sandakan

Kredit gambar: Viator

Proboscis monkey atau monyet belanda sangat unik jika dibandingkan dengan jenis-jenis primat lain. Ini kerana bentuk dan saiz hidungnya yang lebih menonjol dari keseluruhan anggota badan. 

Tahukah Mama? Spesies monyet belanda yang sedang menjadi endemik ini hanya boleh dijumpai di sebahagian tempat di Kepulauan Borneo sahaja.  

Harga tiket: RM 5 -15 (Warganegara)

RM 30- RM 60 (Bukan warganegara)

Waktu operasi: Setiap hari, 8am- 5pm

Hubungi: 089-672133, 012-818 8696

Alamat: Lubuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, Batu 19, Jalan Labuk (Persimpangan SPS 3), 90000 Sandakan, Sabah

Tempat Bersejarah

#10 Rumah Agnes Keith

Kredit gambar: Berita Harian

Muzium yang dahulunya tempat tinggal seorang penulis terkenal dari Amerika ini menyimpan banyak cerita dari masa lampau. 

Dikatakan slogan ‘Negeri Di Bawah Bayu’ diinspirasikan oleh beliau melalui tajuk bukunya ‘Land Below The Wind’ pada tahun 1939 yang menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan masyarakat tempatan.

Hubungi: 089-222 679

Media sosial: Agnes Keith House

Alamat: 296, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah 

#11 Tugu Peringatan Sandakan (Sandakan Memorial Park)

Kredit gambar: The Star

Akibat kekejaman tentera Jepun semasa perang dunia dahulu seramai 6,000 askar Australia dan British serta orang awam terkorban ketika Kawad Maut Sandakan.

Pada setiap 15 Ogos setiap tahun, akan diadakan upacara peringatan istimewa di kawasan tugu ini untuk mengenang mangsa-mangsa yang terkorban. 

Hubungi: 089-275 400

Media sosial: Tugu Peringatan Sandakan

Alamat: Majlis Perbandaran Sandakan, Peti Surat 221, 90702, Sandakan, Sabah, Malaysia.

#12 Gereja St. Michael dan Seluruh Malaikat, Sandakan

Kredit gambar: Wikipedia

Rumah ibadah ini berusia 135 tahun sejak ianya mula ditubuhkan pada 1888 dan juga merupakan gereja tertua di Sabah.

Keunikan senibina gereja ini mengingatkan kita dengan negara eropah. Kalau melalui kawasan sekitar, jangan lupa rakam gambar di tempat bersejarah ini.

Tempat Makan 

#13 Ba Lin Rooftop Restaurant

Mama pernah tak makan di kawasan tinggi sambil disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau tak pernah, wajib datang sini dan rasai sendiri keunikannya. 

Hubungi: 089-272 988, 0 12-8498006 

Media sosial: Facebook

#14 Restaurant Ocean Seafood Steamboat Kak Jue  

Menu utama disini ialah steamboat namun begitu ada juga masakan lain yang turut disediakan di restoran makanan laut ini.

Paling penting kedai ini hanya menyediakan makanan halal dan soal harga pula Mama tak perlu bimbang sebab ramai cakap seafood Sabah murah dan segar. Apa-apa pun pastikan Mama tanya dulu harga jika mahukan kepastian. 

Tempat Shopping

#15 Harbour Mall Sandakan

Kredit gambar: NexusLED

Ada lebih 200 premis perniagaan dan jenama ada di pusat beli-belah ini dan barangan yang dijual juga pelbagai termasuklah pakaian, kasut, aksesori dan barang elektronik.  

Tambahan pula, tempat ini terletak hanya 5 km sahaja dari hotel terdekat. Tak perlulah Mama berjalan jauh nak beli oleh-oleh dari negeri Sabah. 

Hubungi: 089-276888

Media sosial: Facebook

Laman sesawang: www.harbourmallsandakan.com 

Kredit gambar: Wide World Trips

Sandakan lah tempat yang paling dicari-cari bagi pencinta alam dek kerana khazanah alam semula jadinya yang masih terpelihara. 

Selain itu, Sandakan juga terkenal dengan makanan dan tempat bersejarah yang wajib dikunjungi. Harap-harap perkongsian Mama Siti kali ini membantu dalam pelancongan Mama di Sandakan ya. 


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.