KelabMama

14 Tempat Menarik di Pulau Pangkor yang Popular

Pulau Pangkor yang terletak di perairan Lumut, Perak ini agak unik kerana berbanding pulau-pulau di Pantai Timur, Pulau Pangkor boleh dilawati sepanjang tahun. Bentuk muka bumi berbukit di sini menambahkan keindahannya.

Pulau ini dikunjungi pelancong kerana pantainya, laut yang kaya terumbu karang serta aktiviti laut di sini. Sebelum melihat lebih lanjut tempat menarik di Pulau Pangkor, mari kita lihat panduan bercuti ke sini dulu.

Perjalanan ke pulau yang pernah menjadi penempatan pegawai British ini adalah menggunakan feri dan jika melalui melalui terminal baru di Kompleks Jeti Marina Island, ia hanya mengambil masa selama 15 minit. Jika anda datang dari Jeti Lumut, feri memerlukan masa selama 45 minit untuk sampai ke pualu.

Kredit gambar: Pangkor Island Tourism

Harga tiket feri dari jeti Marina Island ke Pulau Pangkor ialah RM14 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak usia 4 tahun ke atas. Manakala anak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma tetapi tiada tempat duduk disediakan.

Jika anda memerlukan tempat letak kenderaan, bayaran tempat letak kereta ialah RM15 sehari untuk parking berbumbung. Okay, mari kita lihat tempat menarik di Pulau Pangkor.

Senarai Tempat Menarik di Pulau Pangkor

1. Marina Island

Kredit gambar: Maha Mahu

Sebenarnya Marina Island inilah terletaknya jeti terbaru untuk ke Pulau Pangkor, dan ia adalah pulau buatan manusia, ditambak sejak tahun 2008 dan mengambil masa 5 tahun untuk selesai.

Pulau buatan ini seluas lebih 300 hektar. Di sini terdapat dek bot-bot cantik, hotel serta hotel menginap, rumah sewaan, tempat makan, taman air, tempat memancing dan lain-lain lagi.

Kredit gambar: Flickr

2. Kota Belanda

Pulau Pangkor dahulunya pernah menjadi tempat tinggal pegawai belanda yang menjajah, maka antara tinggalan sejarah adalah Kota Belanda ini yang diketahui antara kubu yang tertua, sejak 1670-an yang digunakan untuk menyimpan bijih timah. Kubu ini juga berfungsi untuk menghalang kemasukan pihak British dan juga Belanda ketika itu sedang berperang dengan Acheh.

Terletak di Teluk Gedung, dengan bayaran masuk percuma. Juga boleh dilawati pada sebelah malam kerana terdapat lampu spotlight dipasang.

Kredit gambar: Travelog Hazim

3. Galeri Pangkor

Galeri Pangkor yang terletak di pinggir pekan Pangkor ini mempamerkan bahan sejarah Pulau pangkor dan juga negeri Perak. Asalnya ia adalah sebukah sekolah yang kemudian dijadikan sebuah muzium kecil.

Jika anda mahu melihat dokumen asal Perjanjian Pangkor, anda boleh melawat galeri ini. Masuk adalah percuma.

Kredit gambar: Percutian Bajet

4. Masjid Terapung Pangkor

Nama asalnya adalah Masjid Al Badr atau Masjid Seribu Selawat namun lebih mudah dikenali oleh penduduk kampung dengan panggilan Masjid Terapung, dan ia merupakan salah sebuah masjid yang menjadi simbolik kepada Pulau Pangkor. Terdapat ukiran ayat-ayat suci al-Quran dan selawat keseluruhan dinding masjid dan syiling di ruang solat.

Kredit gambar: Flickr

5. Hasil Laut Paksu

Kilang atau kedai Hasil Laut Paksu ini terletak di Jeti Awam Sungai Pinang Kecil. Terdapat pelbagai hasil ikan masin, ikan bilis segar dan juga sate ikan dan lain-lain. Sangat sesuai dibawa pulang sebagai cenderahati.

Alamat: Gerai No. 1, Jalan Teluk Kecil, 32300 Pangkor

Kredit gambar: Percutian Bajet

6. Pekan Pangkor

Pekan Pangkor sangat sesuai dilawati pada sebelah pagi dan malam terutama sekali di kawasan pasarnya. Ada tempat makan-makan dan juga jualan bilis biru segar. Selain itu sudah pasti terdapat juga hasil laut segar seperti sotong, udang, ikan dan sebagainya.

7. Masjid Kampung Melayu Pangkor

Masjid Kampung Melayu Pangkor ini terletak tidak jauh dari jeti Pangkor. Ia merupakan masjid tertua di Pangkor namun tetap kekal indah. Bolehlah cuba berhenti rehat di sini kemudian sambung menjelajah ke tempat menarik lain yang tidak jauh dari sini.

Kredit gambar: My Trip

8. Teluk Nipah

Teluk nipah adalah kawasan pantai pasir mulus dengan air jernih yang cantik. Kawasan ini agak ke dalam namun meriah dengan pelbagai aktiviti, tempat penginapan dan tempat menjamu selera di persisiran pantai.

Oleh kerana kawasan pantai di sini luas, ia tidak sesak walau ketika cuti umum. Pantai ini juga lokasi strategik untuk meyaksikan matahari terbenam sambil menjamu selera.

Terdapat banyak aktiviti pantai di sini, boleh cuba tanya dan survey pihak mana menawarkan harga yang lebih berbaloi.

Kredit gambar: Life As Me

9. Menikmati hidangan laut segar

Terdapat banyak restoran menawarkan masakan laut segar seperti sotong celup tepung, ikan bakar dan pelbagai lagi. Anda bolehlah cuba menjamu selera di kedai berhampiran penginapan. Antara contohnya adalah sekirat Pantai Bogak dan Pantai Teluk Nipah.

10. Pulau Pangkor Laut

Jika anda ada bajet yang lebih dan mahu pengalaman yang mengujakan, anda boleh ke Pulau Pangkor Laut ini. Di sini terdapat Pangkor Laut Resort yang kerap kali dijadikan lokasi penggambaran

. Aktiviti pulau ini dibahagikan kepada tiga bahagian pantai iaitu kawasan scuba diving melihat terumbu karang, kawasan aktivti berlayar dan juga kawasan berehat santai mandi-manda.

Kredit gambar: Cheria Travel

Senarai Tempat Penginapan Menarik di Pulau Pangkor

1. Avi Pangkor Beach Resort

Avi Pangkor Beach resort mendapat rating baik di Agoda, menggunakan konsep pelayar kapal laut warna biru putih. Hotel yang memberi sentuhan reka bentuk moden ini berjarak 10 minit dari jeti Pangkor. Terdapat ruang kolam renang yang luas untuk bersantai.

Kredit gambar: VGO Holidays

2. Joe Fisherman Inn

Joe Fisherman Inn ini menggunakan konsep kayu moden untuk reka bentuk dalamannya walaupun bangunan luar adalah konkrit. Sangat cantik untuk bergambar. Ia juga mempunyai kolam renang dan dilengkapi kelengkapan serba moden, Tempat ini juga mendapat rating baik dan mempunyai pakej penginapan berserta aktivti khas seperti honeymoon dan jungle trekking.

Kredit gambar: Pangkor Island Tourism

3. Marina Island pangkor Resort

Anda juga boleh memilih untuk menginap di Marina Island Resort kerana jaraknya hanya 15 minit menaiki feri ke Pangkor. Seperti namanya, hotel ini terletak di pulau buatan, Pulau Marina.

Kredit gambar: Marina Island Pangkor Resort

4. Casuarina pangkor

Casuarina Pangkor bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Pulau Pangkor iaitu di tengah-tengah Pangkor. Ia menawarkan dengan harga yang berpatutan namun tetap mendapat rating yang tinggi. Ada bilik yang dilengkapi dapur ringkas untuk memasak.

Kredit gambar: Traveltopia

Memandangkan terlalu banyak tempat penginapan di sini, anda boleh cuba semak dahulu rating bagi setiapnya dan komen-komen pengguna lain.

Tiada had masa untuk merancang perjalanan ke Pulau Pangkor kerana ia terlindung daripada angin monsun.

Sementara itu jom singgah baca apa kelengkapan yang diperlukan untuk bercuti ke pulau dengan anak kecil di sini. Enjoy!