KelabMama

Sambutan Hari Merdeka 2023: Tempat Menarik Untuk Anda Meraikan Kemerdekaan di Sekitar Kuala Lumpur

Sambutan Hari Merdeka semestinya menjadi salah satu acara utama yang diraikan dengan sangat meriah oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini merupakan hasil titik peluh pejuang-pejuang terdahulu. Pelbagai macam kisah yang diceritakan agar kita mengingati jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang negara.

Sebahagian yang nama mereka dicatit, dan senisbah besar tidak tercatit. Disanjung atau tidak, mereka berkorban tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan kita pada hari ini merasai keamanan dan kesejahteraan yang sedang dinikmati.

Setiap tahun sambutan diadakan untuk mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini, dan sebagai tanda kemegahan dan keamanan negara Malaysia.

Sambutan kemerdekaan dijalankan dengan pelbagai acara di pelbagai tempat! Dari bunga api, ke pacaragam, dan pelbagai lagi! Jom Mama Siti kongsikan.

5 Tempat Menarik Untuk Meraikan Kemerdekaan di Malaysia

1. Dataran Merdeka

Terletak di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka merupakan sebuah tempat yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai terutamanya pada waktu malam. Kawasan luas yang disediakan di tempat tersebut sesuai untuk keluarga berkelah dan menikmati keindahan di tengah bandar Kuala Lumpur.

Sesuai dengan namanya dataran Merdeka merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan semasa ambang merdeka dengan pertunjukan bunga api yang sangat indah dan suasana yang amat meriah di tengah kota.

Tempat ini sesuai untuk melihat pertunjukkan bunga api atas kawasannya yang luas dan indah. Mereka yang datang ke Dataran Merdeka pasti akan mendapat pemandangan yang jelas dan cantik pertunjukkan bunga api yang ditunjukkan.

Dataran Merdeka juga sering menjadi lokasi sambutan hari kebangsaan diadakan.

2. i-City Theme Park

Pertunjukkan bunga api yang terdapat di i-City adalah sesuatu yang menakjubkan. Ini kerana pertunjukkan bunga api diadakan di dalam taman tema tersebut jadi anda akan dapat pemandangan yang jelas tidak kira di bahagian mana anda berada.

Bukan itu sahaja, taman tema tersebut dipenuhi dengan lampu-lampu cantik yang akan membuat pengalaman anda lebih menarik dan seronok.

3. Bukit Ampang

Bukit Ampang menjadi antara tarikan pelancong kerana pemandangannya yang merangkumi Kuala Lumpur. Anda pasti akan mendapat pemandangan pertunjukkan bunga api yang sungguh cantik daripada sini.

Terletak dalam 25km daripada pusat bandaraya, Bukit Ampang berkhidmat sebagai ‘spot’ yang popular antara penduduk kerana suasana yang terdapat di situ adalah santai dan ruang yang tersediakan amat sesuai untuk mereka yang datang untuk pengalaman yang relaks sahaja.

4. Taman Tasik Titiwangsa

Terletak di Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa merupakan sebuah kawasan yang anda patut lawati untuk pemandangan pertunjukkan bunga api yang jelas di kawasan yang luas dan besar.

Dengan kawasannya yang luas, anda tidak akan rasa sesak dan boleh memilih ‘spot’ sendiri tanpa diganggu oleh orang lain.

5. Dataran Putrajaya

Pada tahun-tahun berikutnya, Dataran Putrajaya pernah menjadi tempat sambutan hari kebangsaan iaitu pada tahun 2003, 2005, 2018, 2019.

Tahun ini (2023) sekali lagi, Dataran Putrajaya akan menjadi tempat berkumpul rakyat Malaysia bersama pemimpin, bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66.

Ya betul! Sambutan hari merdeka yang ke-66 akan diadakan di Dataran Putrajaya tahun ini!


Untuk panduan meraikan kemerdekaan yang lebih jimat dan mudah, ada Mama Siti kongsikan di SINI.