KelabMama

20 Tempat Menarik di Terengganu Yang WAJIB Singgah Walau Sekali!

tempat menarik di terengganu

Sumber: beautifulterengganu.com

Sebut je negeri Terengganu, mesti anda teringatkan momen indah ketika menikmati kesedapan keropok lekor dan makanan laut celup tepung bersama air kelapa segar di pantainya. Keindahan lautan yang membiru dan bau bayunya menguatkan lagi memori di sana.

Untuk mereka yang pertama kali hendak ke sana, sebaiknya rancanglah terlebih dahulu perjalanan dan percutian anda. Banyak tempat-tempat menarik di Terengganu yang anda boleh lawati tau.

20 Tempat Menarik Di Terengganu

Berdasarkan waktu operasi dan bajet anda, bolehlah pilih mana-mana tempat ini untuk dimasukkan ke dalam tentatif ya!

#1. Pasar Payang

Sumber: beautifulterengganu.com

Memang tak sah jika ke Terengganu tetapi anda tidak membeli-belah di Pasar Payang. Ia cukup terkenal sebagai salah satu tempat shopping best di Terengganu.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Pasar Payang ialah:

Waktu operasi: Setiap hari 7:00 pg – 6:00 ptg
Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 011-5338 0758

#2. Pantai Penarik

Sumber: beautifulterengganu.com

Antara pantai yang paling cantik dan kerap dikunjungi di Terengganu ialah Pantai Penarik. Kedudukannya yang berdekatan dengan jalan raya menjadikan ia tempat persinggahan utama. Apa yang menarik di pantai ini ya?

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Pantai Penarik ialah:

#3. Terengganu Drawbridge

Sumber: beautifulterengganu.com

Terengganu Drawbridge kini menjadi antara tarikan yang paling popular di Terengganu. Walaupun baru sahaja dibina, ia kini telah menjadi salah satu landmark negeri Terengganu.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Terengganu Drawbridge ialah:

#4. Masjid Kristal

Sumber: beautifulterengganu.com

Dibina dengan menggunakan keluli dan kaca, Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang begitu indah seni binanya. Terutama pada waktu malam, cahaya lampu membuatkan ia kelihatan seperti bercahaya.

Ramai ke sini untuk mengagumi seni binanya dan bergambar untuk kenang-kenangan.

#5. Pulau Perhentian

Sumber: beautifulterengganu.com

Selain mempunyai pantai-pantai yang indah, terdapat banyak pulau yang cantik di sekitar negeri Terengganu tau. Antaranya adalah, Pulau Perhentian.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Perhentian ialah:

#6. Pulau Kapas

Sumber: beautifulterengganu.com

Selain daripada Pulau Perhentian, Pulau Kapas juga antara pulau yang cantik di Terengganu. Mungkin kerana pasirnya yang memutih seperti kapas ia dinamakan Pulau Kapas.

Hanya dengan menaiki bot selama 10 minit dari Jeti Marang, anda terus sampai ke Pulau Kapas.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Kapas ialah:

#7. Pulau Redang

Sumber: beautifulterengganu.com

Dikenali dengan pulau yang begitu indah, Pulau Redang sememangnya antara tempat tarikan pelancong di Terengganu. Anda boleh ke pulau ini melalui jeti Shahbadar atau Jeti Marang ya.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Redang ialah:

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Pulau Redang sebagai salah satu tempat menarik di Terengganu ini bukan? Memang cantik sangat airnya!

#8. Tasik Kenyir

Sumber: beautifulterengganu.com

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Walaupun bukan semula jadi, tasik ini kelihatan begitu indah dan menjadi antara tempat yang disukai buat mereka yang sukakan alam semula jadi.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Tasik Kenyir ialah:

#9. Rantau Abang Turtle Info Centre

Sumber: beautifulterengganu.com

Jika negeri Kelantan sinonim dengan kijang, Terengganu pula dengan penyu. Ia merupakan salah satu simbol ikon di negeri ini.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Rantau Abang Turtle Info Centre ialah:

Waktu operasi: Ahad hingga Rabu 8:00 pg – 5:00 ptg, Khamis 8:00 pg – 3:30 ptg
Alamat: Rantau Abang, Terengganu, 23050 Kuala Dungun
Tel: 09-844 4169

#10. La Hot Spring

Sumber: beautifulterengganu.com

Terutamanya ketika musim tengkujuh, La Hot Spring memang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat. Maklumlah.. bila musim hujan ni, air laut pun pasang dan di sungai pun ada kepala air kan? Jadi memang berbahaya dan orang ramai selalunya pilih untuk tidak bercuti ke pulau dan pantai pada ketika ini.

Mandi air panas apabila tiba musim hujan dapat menyegarkan dan memanaskan badan. Ditambah pula dengan tahap kepanasan yang berbeza yang disediakan pihak pengurusan, mandi air panas di La Hot Spring sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di La Hot Spring ialah:

Alamat: 56 Kg.La, Ulu Besut 22010 Jerteh, Terengganu
Tel: 013-976 5723

#11. Lata Tembakah

Sumber: beautifulterengganu.com

Selain pantai dan kolam air panas, terdapat banyak juga air terjun di negeri Terengganu tau. Antaranya adalah, Lata Tembakah.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Lata Tembakah ialah:

Seperti La Hot Spring, anda tidak memerlukan pas masuk atau membeli sebarang tiket untuk ke kawasan Lata Tembakah ya.

Alamat: Jalan Air Terjun, 22010, Terengganu
Tel: 019-966 2867

#12. Air Terjun Sekayu

Sumber: beautifulterengganu.com

Cantiknya Sekayu Waterfall ni. Kalau tengok depan-depan, pemandangannya seperti dalam gambar. Memang memukau. Apa aktiviti yang orang selalu lakukan di sini ya?

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Air Terjun Sekayu ialah:

Waktu operasi: Setiap hari 8:00 pg – 6:00 ptg
Alamat
: Hutan Lipur Sekayu, 21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-681 1259

#13. Lata Belatan

Sumber: beautifulterengganu.com

Selain dari Lata Tembakah, Lata Belatan juga popular tau! Air terjunnya yang sejuk mencurah-curah memang boleh menyegarkan badan dan menghilangkan stress.

Alamat: Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu, 22020 Jerteh, Terengganu
Tel:  09-695 6388

#14. Masjid Terapung

Sumber: beautifulterengganu.com

Pembinaan masjid ini yang menampakkannya seperti masjid yang terapung di atas air menjadikannya antara salah satu destinasi wajib untuk dilawati jika anda ke negeri Terengganu.

Dengan kedudukan sekelilingnya yang dikelilingi air, Masjid Terapung ini kelihatan sungguh indah apabila cahaya matahari dan cahaya lampu pada waktu malam terbias pada air.

Waktu operasi: Setiap hari 5:00 pg – 10:00 mlm
Alamat: 
1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 
013-366 9549

#15. Pantai Bukit Keluang

Sumber: beautifulterengganu.com

Pantai ni bukan sahaja popular kerana pantainya yang cantik tetapi ramai peminat aktiviti lasak suka ke sini untuk hiking di Bukit Keluang.

Hanya mereka yang pernah ke sini dan berjaya mendaki hingga ke puncak je tahu macam mana cantiknya pemandangan persisiran pantai dari atas sana.

Alamat: Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia

#16. Bukit Puteri

Sumber: beautifulterengganu.com

Bukit Puteri kaya dengan sejarah dan bermacam cerita dari penduduk setempat. Buat mereka yang sukakan sejarah dan kisah-kisah Melayu zaman dahulu, Bukit Puteri adalah tempat yang wajib anda lawati ya!

Dikatakan ada seorang Puteri yang pernah mendiami bukit ini tetapi telah menghilangkan diri setelah barangannya tidak dipulangkan semula selepas dipinjam orang kampung. Bolehlah ke sana untuk ketahui lebih lanjut ya?

#17. Pantai Peranginan Batu Burok

Sumber: beautifulterengganu.com

Lebih dikenali sebagai Pantai Batu Burok, ia juga antara pantai yng menjadi tumpuan penduduk dan pelancong di Terengganu.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Pantai Peranginan Batu Burok ialah:

Alamat: Pantai Batu Buruk, 20400, Terengganu

#18. Noor Arfa Craft Complex

Sumber: beautifulterengganu.com

Tak sempurna jika anda ke negeri Terengganu tetapi tidak membeli sebarang produk batik. Noor Arfa merupakan pengeluar batik terbesar di Malaysia. Bukan calang-calang tu.

Kalau bukan untuk diri sendiri pun, boleh juga dijadikan buah tangan untuk yang tersayang. Selain itu, anda boleh juga cuba pengalaman baru mencanting batik sendiri tau.

Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis 8:30 pg – 6:00 ptg,Jumaat 8:30 pg – 1 tghri, 2 – 5:30 ptg
Alamat: NACC Batik Pavilion Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 
09-617 9700

#19. Taman Tamadun Islam

Sumber: beautifulterengganu.com

Di sini terdapat pelbagai replika monumen dan masjid di seluruh dunia yang menjadikannya salah satu tempat menarik di Terengganu dan WAJIB Singgah untuk seisi keluarga.

Antara tarikan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Taman Tamadun Islam ialah:

Waktu operasi: Jumaat hingga Ahad 9:00 pg – 7:00 mlm, Isnin Rabu Khamis 10:00 pg – 7:00 mlm, Selasa tutup
Alamat:
 Pulau Wan Man Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel:
 09-627 8888

#20. Gua Taat

Sumber: beautifulterengganu.com

Keistimewaan gua ini berbanding yang lain ialah kedudukan masuknya yang mudah ditenggelami air. Ketika paras air rendah, anda bolehlah masuk ke dalam dan explore gua ini. Tetapi jika paras air tinggi, ruang masuknya akan ditenggelami air dan tidak dibuka untuk orang ramai.

Keunikan Tempat Menarik Di Terengganu

Tak perlu ke luar negara pun untuk bercuti dan bergembira sebenarnya kan? Dalam negara kita sendiri pun masih banyak tempat-tempat menarik yang belum kita lawati.

Sebagai contoh, pantai-pantai, pulau-pulau, air terjun, tempat-tempat bersejarah, bangunan dan binaan yang kaya dengan seni dan bermacam lagi. Setiap tempat mempunyai keunikan tersendiri yang anda akan fahami setelah ke sana.

Selamat bercuti!