KelabMama

Selain Pulau, Ini 20 Tempat Menarik di Tawau, Sabah Yang Anda Wajib Kunjungi

Mama Siti tahu definisi menarik bagi setiap orang itu berbeza. Maka disebabkan itulah Mama Siti siap-siap senarai bukan satu tetapi 20 tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang berada di Sabah, lebih tepat lagi Tawau. 

Mari Mama Siti bawa Mama kenal pasti tempat-tempat yang berpotensi menjadi lokasi percutian akan datang. Mama janjikan Tawau menawarkan lebih berbanding pulau di Sabah.

Senarai Tempat Menarik di Tawau

#1 Taman Bukit Tawau

Pokok-pokok hutan tropika tertinggi di dunia, mata air panas dan air terjun yang indah semuanya ada disini. Mama boleh mendaki, berkhemah, memerhati burung, dan mandi di sungai atau berkelah sambil menikmati pemandangan yang menyegarkan Taman Bukit Tawau.

Alamat: Tawau Hills Park, Tawau, Sabah

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak – Kanak RM6

#2 Muzium Koko Teck Guan

Mama dapat melihat bagaimana coklat dibuat, serta belajar tentang sejarah koko. Tambahan lagi, Mama juga berpeluang membeli produk berasaskan coklat dari kilang itu sendiri.

Alamat: Mile 2, Tanjung Batu Laut, Teck Guan Factory, Tawau

Waktu operasi: 8.30 am / 10.00 am / 2.00 pm / 3.30 pm

Harga tiket: RM 5- RM 25

#3 Tawau Waterfront  (Tawau Esplanade)

Kredit gambar: Tawau Town

Faktor ramai pelancong datang ke tempat ini kerana ianya merupakan tempat nelayan ‘menaikkan’ hasil laut. Kemudian, dari waterfront ini juga Mama boleh melihat keindahan Pulau Sebatik yang dimiliki oleh Malaysia dan Indonesia. 

Alamat: Tawau Waterfront, Tawau

#4 Masjid Al-Kauthar

Masjid yang terletak di tepi laut ini mungkin boleh menjadi salah satu lokasi ‘healing’ terbaik tahun ini. 

Duduk berehat di luar masjid, sambil melihat kapal-kapal laut yang membelah lautan ditambah pula dengan tiupan angin laut. Sungguh mendamaikan!

Alamat:  Jalan Persisiran, Sabindo Square, 91000 Tawau, Sabah

#5 Maliau Basin

Kredit gambar: Harian Metro

Hutan ini sangat dipelihara ekosistemnya. Malahan terdapat beberapa air terjun di dalam hutan ini. Pengembaraan di dalam hutan ini biasanya dilakukan dengan kenderaan pacuan empat roda. 

Alamat: Maliau Basin Conservation Area, Sabah

#6 Balung River Eco Resort

@eel_yer

Balung river eco resort campsite

♬ original sound – REY – reyy

Perjalanan dari bandar Tawau mengambil masa 40 minit menaiki kereta. Resort ini menyajikan nuansa damai yang menenangkan jiwa dan menyejukkan pandangan mata. 

Aktiviti menarik untuk dilakukan seperti memancing, melawat kawasan ladang, bermain indoor games, memerhati burung, campfire dan bermandi-manda.

Alamat: Mile 33, Apas Balung, Locked Bag No. 30, 91009 Tawau, Sabah

Harga tiket: Dari RM105+ Semalaman

#7 Monumen Menara Loceng

Kredit gambar: TawauKini

“Apa yang ikoniknya menara loceng ini? “

Menara loceng dibina pada 1921 oleh pihak Jepun yang mengerahkan tawanan mereka. Hingga ke hari ini, ia menjadi simbolik penjajahan Jepun di negeri Sabah. 

Alamat: Hadapan Pejabat Pos 2020, Tawau

#8 Tugu Peringatan Tentera Jepun

Mungkin ada yang berfikir seperti ini;

“Kenapa perlu jadikan lokasi penjajahan seperti ini sebagai tempat pelancongan? “

Secara ekonomi, ia menarik minat orang Jepun bercuti di Sabah sekaligus menggerakkan aktiviti ekonomi di negeri ini. Manakala dari segi sejarah pula, ia menjadi bukti bahawasanya negara kita pernah dijajah dan bangkit mendapatkan kemerdekaan. 

Alamat: Tugu Peringatan Tentera Jepun, Jalan Tanjung Batu, 91000 Tawau, Sabah

#9 Air Terjun Bukit Gelas

Kredit gambar: @kido_iwnl

Untuk sampai di lokasi ini, Mama perlu datang ke Taman Bukit Tawau. Kemudian, boleh mula berjalan kaki sekitar 2.5km. Setibanya di Air Terjun Bukit Gelas, Mama bolehlah berkelah dan bermandi-mandi. 

Alamat: Air Terjun Bukit Gelas, Taman Bukit Tawau

Harga tiket: Dewasa RM3 | Kanak-Kanak RM2

#10 Columnar Basalt

Kredit gambar: @massurayahmanimbora

Tempat yang juga mendapat gelaran Batu Bersusun ialah fenomena semula jadi yang terjadi pada batuan-batuan yang terdapat di sekitar kawasan sungai di sini. 

Ianya terjadi disebabkan penyejukan aluran magma selepas letusan gunung berapi yang terjadi 26 ribu tahun yang lalu.

Alamat: Columnar Basalt Balung Cocos (Sungai Giram), 91000 Tawau, Sabah

#11 Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak

Kredit gambar: Facebook

Rupa-rupanya ia ialah tempat bersejarah yang merekodkan tembikar telah mula dihasilkan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Lebih menarik lagi, lokasi ini pernah menjadi tapak pembuatan tembikar yang terbesar di Asia Tenggara. 

Alamat: Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site, Semporna, Sabah

#12 Pantai Inderasabah

Kredit gambar: Facebook, cikguAzwan

Lokasinya terletak agak jauh di Kampung Inderasabah. Mama yang ‘kaki pancing’ boleh datang ke sini dan rasai pengalaman memancing. 

Bak kata pepatah ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Kalau nak dijadikan rezeki, mesti mengena mata kail seekor dua. 

Alamat: Pantai Inderasabah, Kampung Inderasabah, Tawau

#13 Indo Cafe Tawau

Inilah dia lokasi pisang goreng yang viral di Tawau. Datang ke sini, tak payah pesan menu lain dah Mama. Minta pisang goreng berkeju sahaja. 

Alamat: 542, Jalan Bantu, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

#14 Sri Titingan Seafood & Steamboat @ Tawau

Sampai sekarang Mama Siti masih ingat satu drama lakonan Zara Zya yang ingin ke Sabah kerana makanan lautnya murah dan sedap. 

Memang betul. Harga makanan laut di Tawau, Sabah lebih rendah berbanding di semenanjung. Ditambah pula dengan kesegarannya. Terliur!

Alamat: 548, Jln Bantu, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

#15 Masjid Besar Tawau

Kredit gambar: Wikipedia

Masjid yang tersergam indah ini ialah masjid terbesar di daerah Tawau. Masjid dua tingkat ini boleh memuatkan 17 ribu jemaah pada satu-satu masa. 

Alamat: Sabindo Square, 91000 Tawau, Sabah

#16 Gunung Berapi Bombalai

Kredit gambar: Tribunnews

Disebabkan Sabah terletak berhampiran dengan negara Indonesia maka ada beberapa bukit berapi yang terdapat di Tawau. Tapi Mama tak perlu bimbang kerana Gunung Berapi Bombalai sudah tidak aktif lagi.  

Alamat: Gunung Berapi Bombalai, Tawau

#17 Sankina Hot Spring Park

Kredit gambar: Facebook

Kolam air panas buatan manusia yang satu ini lebih mesra keluarga. Ketinggian kolam air panas yang tidak begitu dalam, sesuai untuk anak-anak dan menjadikannya salah satu tempat menarik di Tawau untuk mereka dengan anak kecil.

Alamat: Sankina Hotsping Park, Jalan Hotspring, 91000 Tawau

Waktu operasi: Khamis – Selasa (10.00 am – 10.00 pm) 

Harga tiket: Dewasa RM35 | Kanak-Kanak RM25

#18 Taman Rekreasi Air Panas Tawau

Kredit gambar: Google

Kolam dengan suhu 60℃  adalah yang paling panas, dan kolam dengan suhu 30℃ adalah yang paling sejuk. Harap-harap membantu Mama melegakan semua kelesuan otot dan sendi.

Alamat:  Taman Rekreasi Air Panas Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: 8.00 am – 5.00 pm

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5

#19 Pasar Minggu Takada

Pasar ini merupakan salah satu tempat menarik di Tawau yang harus dikunjungi.

Dekat sinilah kita boleh lihat keunikan barang dagangan. Ada pakaian, pokok-pokok bunga, hasil laut kering, makanan basah, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan bundle dan bermacam-macam lagi.

Alamat: Perkarangan Pertama Commercial Complex (Takada), Jalan Apas, Tawau, Sabah

Waktu operasi: Ahad, 6 am- 12 pm

#20 Tawau Mural Art

Mural besar dan berwarna-warni yang Mama lihat di rumah kedai ini dilukis pada bangunan lima tingkat. Perkataan ‘TAWAU’ menjadi bukti lawatan Mama melawat daerah ini. 

Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah (Bersebelahan HSBC Bank Tawau)

‘Tak kenal, maka tak cinta’orang kata.

Mungkin dengan melawat salah satu daerah di Sabah ini membantu Mama mengenali dengan lebih mendalam tentang sesuatu tempat. 

Semoga Mama berjaya merancang lokasi dan aktiviti menarik sepanjang berada di Tawau, Sabah. 


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.