KelabMama

17 Aktiviti dan Tempat Menarik di Segamat Tawar Pakej Percutian Lengkap

Anak-anak ajak jalan-jalan ke selatan tanah air tapi tak tahu aktiviti dan tempat menarik apa di Segamat? 

Segamat ada tempat rekreasi, tempat bersejarah dan tempat makan viral yang patut Mama dan anak-anak kunjungi. 

Mama Siti dan senaraikan siap-siap aktiviti dan maklumat untuk setiap tempat menarik di Segamat. Jadi, Mama boleh mula buat rancangan percutian akan datang dari sekarang!

Senarai dan Informasi Tempat Menarik di Segamat, Johor

Tempat Rekreasi Menarik di Segamat

#1 Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Labis 

Sebuah tempat rekreasi buatan khas untuk Mama dan anak-anak meluangkan masa di hujung minggu dan hari cuti. 

Terdapat banyak kolam yang disediakan dengan kedalaman yang berbeza mengikut kesesuaian pengunjung. 

Telefon: 07-928 7106

Waktu operasi: Setiap hari: 1 petang – 7 malam

Alamat: Air Panas, 85300 Labis, Johor

#2 Air Terjun Jeram Tinggi

Kredit gambar: FotoGrafik.my

Pemandangan air terjun di sini sungguh mempesonakan mata yang memandang. Ditambah pula dengan kedinginan dan kejernihan airnya yang menggamit pengunjung untuk bermandi-manda.  

Alamat: Ulu Jementah,85200 Jementah, Segamat, Johor

Waktu operasi: Sepanjang masa

#3 Taman Rekreasi Sungai Kapeh

Kredit gambar: Komuniti Segamat

Tempat riadah ini dilengkapi dengan alat senaman lengkap dan sebuah tasik yang dihubungkan melalui jambatan. 

Lebih menarik lagi, Mama dan Papa boleh memancing di tasik taman rekreasi ini. Kalau nasib baik, dapatlah ikan seekor dua. 

Alamat: 1, Jalan Utama 2/3, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor

#4 Bukit Serakek, Buloh Kasap Segamat

Segamat pun ada tempat hiking juga tau Mama. Lokasi ini mula mendapat perhatian peminat aktiviti mendaki gunung pada tahun 2022.

Menariknya, Mama boleh lepak minum milkshake yang viral dekat Kampung Spangloi. Tak jauh dari Bukit Serakek.

#5 Air Terjun Sungai Bantang

Bukan setakat bermandi-manda, Mama juga berpeluang untuk bermalam di tapak perkhemahan yang disediakan. 

Aktiviti lain yang boleh dijalankan termasuklah jungle trekking di kawasan air terjun Sungai Bantang. Soal kebersihan tidak menjadi masalah kerana ianya dijaga rapi oleh pihak berwajib. 

Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5:30 petang, isnin (tutup)

Alamat: Bukit Beirut, Serakek, Buloh Kasap Segamat

#6 Taman Bunga Batu Hampar (Rock Garden)

Sebuah taman dihiasi pokok-pokok subur, kolam ikan dan kawasan lapang sudah memadai untuk menenangkan fikiran. 

Taman ini dikhususkan sebagai tempat berkelah, jogging dan kanak-kanak bermain di waktu petang dan hujung minggu.  

Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

Tempat Shopping

#7 Bazar Karat

Kredit gambar: Bazar Karat Segamat

Tempat menarik di Segamat waktu malam ialah di bazar karat yang terletak di Dataran Segamat. Para peniaga menjual pelbagai barangan dari makanan, pakaian hinggalah ke barangan antik. 

Waktu operasi: Jumaat – ahad: 5 petang – 12 malam

Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000, Segamat, Johor

Tempat Bersejarah

#8 Makam Bendahara Tepok

Kredit gambar: Melancong.my

Almarhum Bendahara Tepok ialah individu penting dalam sejarah daerah Segamat. Beliau memulakan penempatan di Segamat selepas berundur ke negeri Johor untuk melindungi diri. 

Makam beliau dijaga rapi sehingga kini sebagai tanda hormat dan penghargaan di atas jasanya itu. 

Alamat: Jalan Sultan, 85000 Segamat, Johor

#9 Jambatan Putus Buloh Kasap

Dah kenapa pula jambatan ni putus? Terbengkalai ke? 

Kisahnya, jambatan dibina dengan sempurna sebagai akses kedua-dua bahagian jalan. Namun begitu, ianya telah rosak kerana tentera British bertindak meletupkan sebahagian jambatan ini untuk menghalang serangan tentera Jepun. 

Alamat: Jalan Buloh Kasap, Kampung Kuning Patah, 85000, Buloh Kasap, Johor

Tempat Makan Menarik di Segamat

#10 Restoran Selera Nasi Beringin

Kredit gambar: PureGlutton

Nasi beringin dihidangkan dengan pelbagai pilihan lauk seperti ayam masak kari, ayam masak merah, kari kambing dan acar timun. 

Ianya adalah resepi tradisional yang pada awalnya hanya dihidangkan untuk tetamu diraja istana Johor sahaja. 

Telefon: 012-6046 365

Alamat: 22 & 24, Jln Utama 2/7, Taman Utama, 85000 Segamat District, Johor

#11 Restoran RZ

Restoran ini antara yang popular di Segamat. Pelanggan dari jauh pun sanggup datang ke sini semata-mata ingin menikmati keunikan rasa ikan baung dan udang galah. 

Istimewa untuk menu berasaskan ikan baung, ianya ditangkap segar dari Sungai Segamat. 

Waktu operasi: Rabu (tutup), khamis – selasa: 8 pagi – 3:30 petang

Telefon: 019-7350 735

Alamat: No. 34, Jalan Utama 2/3, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor

#12 Restoran Al Rizki 786

Menu paling dicari-cari di restoran ini ialah nasi briyani kambing. Kalau nak makan nasi briyani sedap dengan harga berpatutan, Mama patut datang ke sini. 

Menu lain juga ada disediakan contohnya murtabak dan rojak mee. 

Waktu operasi: Isnin (tutup), selasa – ahad: 8 pagi – 6:30 petang

Telefon: 019-763 4786

Alamat: Jalan Buloh Kasap, Taman Yayasan, 85000 Segamat, Johor

#13 Kedai Cendol Segar Amat Masjid India

Dah penat berjalan di tempat menarik sekitar Johor, jangan lepaskan peluang singgah makan cendol di sini. 

Ada macam-macam menu cendol disediakan. Cendol durian, cendol pulut, cendol jagung dan pelbagai lagi. 

Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 6 petang

Telefon: 013-612 9977

Alamat: 1954, Jalan Mentol, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

Tempat Menarik di Segamat Untuk Photoshoot

#14 Dataran Segamat

Kredit gambar: Persatuan Bangsa Johor

Dataran ini akan menjadi lokasi untuk sambutan-sambutan penting seperti Hari Kemerdekaan peringkat daerah. 

Tempat ini bersih dan cantik kerana dijaga rapi demi keselesaan pengunjung yang datang ke mercu tanda Segamat. Dataran Segamat antara tempat lepak terbaik waktu malam di daerah itu.  

Telefon: 019-3420 073

Alamat: Jalan Omar, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor

#15 Menara Jam

Menara yang tersergam indah ini dibina pada tahun 1996 sebagai mercu tanda daerah Segamat. 

Ianya merupakan tempat OOTD terbaik memandangkan lokasinya yang terletak di Dataran Segamat. 

Alamat: Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor

#16 Menara Bendera

Kredit gambar: Melancong.my

Dianggap sebagai tempat photoshoot terbaik kerana ianya dibina di kawasan lapang di Dataran Segamat dan berhampiran menara jam dan replika durian gergasi. 

Kalau pandai cari angle, gambar Mama akan nampak sempurna di mana mercu tanda Segamat berpadu dengan langit membiru. 

Alamat: Jalan Omar Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor

#17 Replika Durian

Kredit gambar: 2930

Mama tahu tak apa lagi yang buat Segamat popular? Jawapannya ialah durian. 

Daerah durian tidak asing lagi dengan penanaman pelbagai jenis durian. Jadi tak hairanlah kenapa ada replika durian gergasi dibina di sini kan.  

Alamat: Dataran Segamat, 85000 Segamat, Johor

Anak-anak mesti suka kalau dapat mandi air terjun dan kolam air panas. Mama pun seronok dapat makan makanan sedap di Segamat ini. 

Diharap artikel ini membantu Mama merealisasikan percutian idaman di 17 tempat menarik di Segamat. 


Mana lagi tempat menarik yang boleh Mama lawat bersama si Manja? Klik di SINI!