KelabMama

30 Tempat Menarik Di Sabah – Jom Tengok Gambar Dan Lokasi

Kredit gambar: Alen thien / Shutterstock.com

Tanya sahaja mereka yang pernah bercuti di Borneo Malaysia ini, tentu ramai yang teringin nak ke sini lagi. Pantai-pantai dan pulau-pulaunya cukup indah, resortnya begitu cantik dan makanan-makanan pula sedap, seakan-akan seperti berada di syurga dunia.

30 Tempat Menarik Di Sabah

Memang wajib pergi walaupun sekali, jom tengok gambar dan lokasi tempat-tempat menarik di Sabah ini:

1. Kinabatangan Wildlife Sanctuary

Sumber: wildlifeworldwide.com

Merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia, terdapat pelbagai spesis haiwan liar di sini. Kebiasaannya, pengunjung akan dibawa merentasi Sungai Kinabatangan ini pada waktu subuh atau senja untuk melihat haiwan-haiwan ini dalam habitatnya.

Contohnya, gajah, pelbagai spesis burung seperti burung enggang dan ada juga buaya. Pasti mengujakan!

Alamat: Kinabatangan Wildlife Sanctuary, 90000 Sandakan, Sabah
Tel: 088-262 420

2. Pantai Tanjung Aru

Sumber: facebook.com/mysabahinfo

Kalau anda nak berkelah dan bersiar-siar di tepi pantai, Pantai Tanjung Aru memang recommended. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain daripada mengambil angin laut seperti bermain layang-layang, berkelah bersama keluarga dan makan-makan di sekitarnya.

3. Desa Dairy Farm

Sumber: facebook.com/desadairyfarm/photos/

Sering menjadi spot untuk bergambar bagi pengantin baru, Desa Dairy Farm merupakan salah satu tourism spot di Sabah.

Rasailah suasana seperti berada di New Zealand, sambil menikmati susu segar dan produk tenusu lain yang dijual di sini.

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 088-889 562

4. The Waterfront

Sumber: sabahtourism.com

Memang romantis dan menenangkan suasana di sini. Selain couple, banyak juga keluarga yang suka luangkan masa di sini pada waktu petang ataupun malam sambil makan-makan.

Pemandangan yang cantik dan udara yang segar, memang rugi kalau tak singgah!

Alamat: The Waterfront, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 4.00 ptg – 8.00 mlm

5. Bunga Raya Island Resort & Spa

Sumber: echoresorts.com/bungaraya/

Aduh… cantiknya resort ni! Buat anda yang ingin honeymoon, memang sesuai sangat menginap di sini. Servis spa pun ada disediakan tau.

Alamat: Polish Bay, Gaya Island, Tunku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu
Tel: 088-380 390

6. Kinabalu National Park

Sumber: facebook.com/tamankinabalu/photos

Selain daripada Kinabatangan Wildlife Sanctuary, Kinabalu Park juga merupakan destinasi yang kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna.

Menempatkan beribu spesis haiwan dan tumbuhan di sini, pasti akan mengujakan sesiapa yang menerokanya!

Alamat: Kinabalu Park, 89300 Kundasang, Sabah
Tel: 088-211 881

7. Pulau Sipadan

Merupakan destinasi pilihan untuk scuba diving, rugilah kalau tak ke Pulau Sipadan untuk cuba kan? Di sini terdapat pelbagai spesis karang, penyu sisik yang datang berkumpul dan burung-burung di sekitarnya.

Tel: +60 88 212121 (Sabah Tourism)

8. Sabah Tea Garden

Kredit gambar: Ko Aun Lee / Shutterstock.com

Sama seperti di Cameron Highland, pemandangan dan suasana di Sabah Tea Garden ini sungguh indah, damai dan menyegarkan.

Ramai yang datang ke sini untuk bergambar dan beli produk tehnya.

Alamat: Off Jalan Sandakan – Ranau 89300 Ranau, Sabah, Malaysia
Tel: 088-440 882

9. Sabah State Museum & Heritage Village

Sumber: sabahtourism.com

Untuk memahami sejarah negeri ini; budaya, warisan dan kehidupan orang Sabah yang berbeza suku dan kaum, bolehlah datang ke muzium ini.

Alamat: Sabah State Museum & Heritage Village, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-225 033

10. Poring Hot Spring

Kalau anda ke Ranau, jangan lupa untuk singgah berendam dalam kolam air panas di Poring Hot Spring ya? Selain daripada bagus untuk kesihatan badan dan kulit, mandi air panas memang menyegarkan!

Sumber: facebook.com/pages/Hot%20Springs,%20Poring%20Ranau

Alamat: Poring Hot Spring, 89300 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 3.00 ptg
Tel: 014-695 8577

11. Mari Mari Cultural Village

Walter Eric Sy / Shutterstock.com

Tentu anda pernah dengar tentang kampung ini kan? Jangan lepaaskan peluang untuk ke sini dan lihat sendiri seni bina untuk 5 rumah tradisi etnik utamanya dan mempelajari serba-sedikit tentang budaya mereka.  

Alamat: Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +60138814921

12. Gaya Street Sunday Morning Market

Sumber: sabahtourism.com

Kalau nak shopping pula, anda mesti ke Gaya Street Sunday Morning Market untuk harga yang berpatutan. Di sini anda boleh dapatkan pelbagai barangan seperti pakaian dan barang kraftangan.

Selain itu, bolehlah rasa local cuisine di sini.

Alamat: 118, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Ahad hingga Khamis, 6.00 pg – 2.00 tghari | Jumaat, 7.00 pg – 10.00 pg | Sabtu tutup

13. Bohey Dulang

Cantiknya pulau ni! Kalau nak ke sini, anda perlu menaiki bot dari tanah besar Semporna. Aktiviti yang biasa dilakukan di sini ialah hiking dan island-hopping.

Pemandangan di sekitar pulau ini dari puncak adalah goal utama!

Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 4.00 ptg
Tel: +60 88 212121 (Sabah Tourism)

14. Ranau Paragliding Park

Sumber: facebook.com/ranauparagliding/photos

Best nya tengok pemandangan di sekitar Kundasang dari atas kan? Jangan lupa untuk cuba aktiviti paragliding di sini ya? Kanak-kanak pun boleh ‘terbang’ sekali.

Alamat: Jalan Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 013-865 0545

15. Pasar Besar Kota Kinabalu

Sumber: shutterstock.com

Pasar Besar Kota Kinabalu memang sentiasa sesak dengan pengunjung. Ia bukan sahaja pasar biasa tetapi di sini juga, anda boleh dapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang unik di negeri ini dan tiada di tempat lain.

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 012-838 0266

16. Sabah Art Gallery

Sumber: Uwe Aranas

Unik betul bangunan galeri ini. Bentuknya seperti bakul dari luar dan di dalamnya, terdapat banyak bahan pameran seni seperti lukisan, arca dan ukiran.

Alamat: 14, Jalan Shantung, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-268 748

17. Upside Down House Sabah

Sumber: facebook.com/upsidedownhouseborneo

Jangan lupa juga untuk singgah di rumah terbalik di Tamparuli ini ya? Sambil memahami tradisi dan budaya rumah kampung di Sabah yang dibina secara terbalik ini, bolehlah bergambar dengan pelbagai gaya!

Alamat: Upside Down House Sabah, Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-260 263

18. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Sumber: holeinthedonut.com

Sungguh indah seni bina Islam dan moden Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini. Sering digelar seperti Masjid Nabawi di Madinah, masjid ini memang menjadi tumpuan kerana pembinaannya yang cantik kerana berdekatan dengan laut.

Alamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 5.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 088-205 418

19. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Sumber: sabahtourism.com

Kalau nak tengok orang utan di pusat pemulihannya, singgahlah ke sini ya. Walaupun anda tidak boleh menyentuh mereka kerana faktor kesihatan, anda masih boleh bagi mereka makan dan bergambar.

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 11.00 pg, 2.00 ptg – 3.00 ptg kecuali hari Khamis, 2.00 ptg – 4.00 ptg
Tel: 089-633 587

20. Kundasang Market

Sumber: my.worldorgs.com

Tanah di Kundasang memang subur, sebab itulah sayur-sayuran dan buah-buahannya segar dan berkualiti. Wajib singgah di sini ya?

Alamat: 37, AH150, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pg – 8.00 mlm

21. Atkinson Clock Tower

Sumber: bluekinabalu.com

Merupakan salah satu landmark di Kota Kinabalu, Atkinson Clock Tower adalah binaan kayu sejak Perang Dunia Kedua lagi.

Alamat: Atkinson Clock Tower, Kota Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-212 121

22. Gunung Kinabalu

Sumber: facebook.com/tamankinabalu/photos

Tidak dapat dinafikan bahawa Gunung Kinabalu adalah antara destinasi tumpuan pelancong yang paling popular di Sabah.

Untuk mereka yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, bolehlah cuba daki gunung ini dan cipta pengalaman yang baru dan luar biasa!

Alamat: Kinabalu Park, 89300 Kundasang, Sabah
Tel: 088-211 881

23. North Borneo Railway, Kota Kinabalu, Sabah

Sumber: amazingborneo.com

Sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan, anda patut rebut peluang untuk merasa bagaimana perjalanan dengan menaiki kereta api yang ala-ala British ni.

Alamat: North Borneo Railway, Jalan Utama Sutera Harbour 88100, Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-308 500

24. Sg. Moroli Fish Spa

Sumber: sabahtourism.com

Kesitimewaan Sungai Moroli ini ialah, ia dipenuhi dengan ikan Pelian yang telah dilatih khas untuk mengurut kaki. Berbeza dengan khidmat spa yang lain, bolehlah rasa macam mana kaki anda diurut dengan pergerakan ikan ini.

Alamat: Sg. Moroli Fish Spa, Ranau Tagal Sg. Moroni
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-876 988

25. Maliau Basin (Sabah’s Lost World)

Sumber: amazingborneo.com

Jika anda inginkan pengalaman yang cukup berbeza, bolehlah terokai Maliau Basin ini. Tetapi disarankan beramai-ramai juga kerana anda memerlukan beberapa hari untuk tour ini.

Nikmatilah keindahan alam di sini, air terjunnya yang 7 tingkat dan berdepan dengan haiwan liar di sini serta pelbagai spesis flora dan fauna. Seperti berada di dunia yang lain, Maliau Basin merupakan salah satu khazanah di Sabah, digelar sebagai ‘The Lost World of Sabah’.

Untuk tempahan tour guide, bolehlah hubungi nombor di bawah ya?

Alamat: Borneo Refugia Adventure Sdn Bhd Level 12, Tun Mustapha Tower Likas Bay, Jalan Sulaman 88817 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
Tel: +60 88 326 317

26. Night Food Market Kota Kinabalu

Sumber: thetravelhack.com/

Pada waktu malam pula, jangan lupa untuk ke Night Food Market Kota Kinabalu. Pelbagai makanan tempatan dan barangan yang boleh didapati di sini tau.

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 5.30 ptg – 11.00 mlm
Tel: 012-899 7870

27. Galleria Artisan

Sumber: sabahtourism.com

Menjual pelbagai hasil tangan orang Sabah, Galleria Artisan adalah destinasi yang seterusnya anda wajib pergi. Kalau tak shopping untuk diri sendiri, boleh beli untuk yang tersayang kan?

Alamat: Galleria Artisan, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-326 300

28. Arnab Village

Sumber: facebook.com/Arnabvillage/photos

Apa yang menariknya di Arnab Village ini ialah, ia bukan sahaja menempatkan haiwan comel ini yang anda boleh bermain dengannya tetapi landskap di sekelilingnya yang cukup cantik.

Alamat: Kg Purakagis kibbas, 89308 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 010-955 0019

29. KK Esplanade

Sumber: sabahtourism.com

Selain The Waterfront, KK Esplanade juga sering sesak dengan pengunjung, terutamanya ketika hujung minggu dan cuti sekolah.

Mana tak nya, kedudukannya yang menghadap ke arah laut memang strategik, ia mencipta suasana yang damai dan pemandangan yang indah.

Tel: +60 88 521 800

30. Pu Toh Si Temple

Sumber: shutterstock.com

Selain daripada sebagai pusat keagamaan, seni bina Pu Toh Si Temple ini telah menarik perhatian ramai pengunjung yang datang untuk melihat dan mengaguminya.

Begitu banyak tempat menarik di Sabah, sebaiknya rancanglah percutian anda agar lebih lama supaya lebih bermakna.

Selamat bercuti!