KelabMama

“Mama, Jom Jalan-Jalan” 20 Tempat Menarik di Pasir Gudang Yang ‘Best’ Walaupun Bajet Kecil!

layang-layang antara tempat menarik di Pasir Gudang, Johor

Masa anak-anak kecil ni lah kita kena bawa mereka jalan-jalan. Mereka perlukan memori indah dengan Mama dan Papa. Lagi pulak, sekarang dah banyak lokasi percuma yang boleh dilawati termasuklah beberapa tempat menarik di Pasir Gudang ini.

20 Tempat Menarik di Pasir Gudang, Johor

#1 Kong Kong Chalet Terapung

Kong Kong Chalet Terapung ini merupakan salah satu tempat penginapan yang menarik di Pasir Gudang, Johor. Seperti namanya, ia merupakan sebuah chalet yang dibina terapung di atas air, serta lengkap dengan pelbagai kelengkapan bilik tidur, kolam renang, ruang santai, dan restoran yang sesuai untuk seisi keluarga.

Nak buat family day pun sesuai tau!

Untuk tempahan: WhatsApp | Facebook

Alamat: Kong Kong, 81900 Masai, Johor

#2 Muzium Layang-layang

Kredit gambar: Facebook

Sehubungan dengan festival layang-layang yang diadakan setiap tahun, muzium ini dibina sebagai kesinambungan daripada acara itu. 

Maklumat, sejarah dan pameran pelbagai jenis layang-layang ada di muzium ini. Inilah peluang kita nak tunjuk dekat anak-anak kita apa itu wau. 

Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang setiap hari

Harga Tiket: Dewasa RM2 | Kanak kanak RM1

Alamat:  Kompleks Pusat Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

#3 Sarang Buaya Tanjung Langsat

Kredit gambar: Astro Awani

Tempat ini menarik untuk dilakukan sesi lawatan sambil belajar. Kalau bukan untuk pelajar sekolah, untuk keluarga kecil kita pun boleh lah Mama.

Ada 592 ekor buaya di dalam 12 kolam disini. Selain mendapat ilmu pengetahuan, Mama juga berpeluang melihat demonstrasi buaya dengan penjaganya. 

Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang setiap hari

Harga Tiket: Dewasa RM8 | Remaja RM6 | Kanak-kanak RM4

Alamat: Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor

#4 Bazar Karat Pasir Gudang

Kredit gambar: bazar-karat-pasir-gudang.business.site

Bazar ini menjual barang-barang seperti pakaian, perhiasan dan makanan. Seperti kebiasaan pasar malam, akan ada pemuzik yang memainkan lagu-lagu pilihan.  

Waktu Operasi: 5 petang – 12 malam / Khamis hingga Ahad

Alamat: Terminal Bas Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

#5 Taman Pertanian Kong Kong

Kredit gambar: Pasir Gudang Village

Tempat menarik yang seterusnya ini mungkin tak ada di negeri lain. Taman ini merupakan muzium buah-buahan yang mempamerkan spesies tumbuhan yang hampir pupus di Malaysia. 

Mama boleh memetik dan merasai buah buahan segar, memancing serta berbasikal mengelilingi taman.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: 81700, Johor

#6 Makan Klimaks Chops And Grills

Kredit gambar: maQan

Nak makan apa, cari saja. Pasir Gudang ada segalanya termasuklah restoran makanan barat. Ianya menjadi lokasi perhatian pengunjung di waktu malam. 

Menu yang disediakan ialah Grilled Lamb Rack, Grilled Salmon, Grilled Chicken dan lain-lain lagi. 

Waktu operasi: 5 petang – 12.30 malam

Alamat: 26,Jalan Helang 2, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor

#7 Sri Pantai Seafood

@nazihahnasirr

?Sri Pantai Seafood Restaurant, Pasir Gudang.

♬ original sound – Jyhahhhh – Jyhahhhh

Makan makanan laut segar di tepi laut. Sambil makan, sambil menikmati hembusan angin lembut dan deruan ombak. Indah sangat kan.

Menu ‘best selling’ di sini tak lain tak bukan mestilah tom yam campur dan siakap kukus (siakap steam).

Waktu Operasi: 4 petang – 12 malam

Alamat: Jalan Pengkalan 13, Kampung Pasir Puteh, 81700 Pasir Gudang, Johor

#8 Masjid Jamek Pasir Gudang

Kredit gambar: Flickr

Ianya merupakan sebuah masjid bersejarah kerana rumah ibadah ini ialah yang pertama dibina di daerah Pasir Gudang.

Uniknya, reka bentuk masjid ini mendapat inspirasi daripada timur tengah dan barat. Memang padanlah ianya pernah dianugerahkan Lanskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid.

Alamat: Masjid Jamek Bandar Pasir Gudang, 81750 Pasir Gudang, Johor Bahru

#9 Bukit Layang-layang

Kredit gambar: Utusan Malaysia

Tempat yang seterusnya ini sering menjadi tumpuan di waktu petang dan hujung minggu. Padangnya yang luas dengan tiupan angin kuat sesuai untuk aktiviti bermain layang-layang.

Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang yang dianjurkan setiap tahun berjaya menarik ratusan ribu pelawat dari seluruh dunia. 

Alamat: Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

#10 Pasir Layar

Kredit gambar: MKSTREET Photo House

Pasir layar sebenarnya nama sebuah pantai popular di Pasir Gudang. Walaupun pantai ini tidak sesuai untuk bermandi-manda, tetapi disini juga lokasi bagi Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor setiap tahun. 

Bila lagi nak tengok kapal layar secara dekat kan? Jadi, jangan lepaskan peluang ini ya!

Alamat:  Pantai Pasir Layar, Pasir Gudang, Johor

#11 Tanjong Puteri Golf Resort

Mama teringin tak nak menginap di tempat yang banyak tumbuhan hijau dan ada tasik di tengah-tengahnya. 

Di Tanjong Puteri Golf Resort, Mama boleh merehatkan diri sambil berekreasi. 

Alamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Taman Tanjung Puteri Resort, 81700 Pasir Gudang, Johor

#12 Litar Pasir Gudang

Litar ini pernah menjadi tuan rumah pertandingan Grand Prix Motosikal Malaysia pada tahun 1998 dan Superbike World Championship pada tahun 1992 dan 1993.

Trivia menarik tentang litar ini ialah ianya merupakan satu-satunya litara sukar permotoran yang terdapat di negeri Johor.  

Alamat:  Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

#13 Aeon Mall Permas

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Pusat gudang beli belah pun tempat yang menarik untuk dikunjungi. Ada pelbagai premis dan servis disediakan disini. 

Nak bawa anak-anak main boleh, Mama nak tengok wayang pun boleh. Kalau masing-masing dah lama, makan pun ada dalam mall ini. 

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari.

Alamat: Aeon Mall Permas, No. 1, Jaya Utara,, Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

#14 Uptown Pasir Gudang

Kredit gambar: Melancong.my

Tempat menarik di waktu malam di Pasir Gudang ini salah satunya ialah di Uptown Pasir Gudang. 

Ada kafe, persembahan nyanyian dan banyak gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. 

Waktu Operasi: 6 petang – 2 pagi setiap hari

Alamat: Jalan Suria 8, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

#15 Turkish Restoran

“Teringin nak rasa aiskrim yang dekat Turki tu”

Sekarang Mama dah boleh rasa pengalaman yang sama beli aiskrim sambil melihat tukang aiskrim melakukan silap mata. 

Oh ya, disini juga ada menyediakan hidangan kebab dan Lamb Mendy yang sangat sinonim dengan makanan negara timur. 

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam

Alamat: Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor

#16 Char Kuey Teow Sentap

Kredit gambar: Facebook

Selalunya menu char kuey teow dijual di gerai-gerai kecil sahaja. Kalau Mama nak rasai pengalaman berbeza, boleh lah datang ke restoran ini. 

Jangan ketinggalan merasai menu istimewanya iaitu Char Koey Teow ketam. Saiz ketamnya pula boleh tahan besar tau Mama.

Alamat: 8A, Jalan Rusa, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang

#17 ECO Shop Nusa Damai

Kredit gambar: Dia BossKu

Siapa kata nak jalan-jalan kena pergi ke tempat yang viral dan mahal sahaja? Pergi kedai jual barang harga bajet pun dah okay.

Mama masih ingat dalam buku Soul Food tulisan Dan Clark. Kata beliau, yang akan kita ingat nanti kenangannya dan bukan barang.

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari

Alamat: 48, Jalan Perdagangan Damai, Johor, 81700 Nusa Damai, Malaysia  

#18 Restoran Selera Sambal

Kredit gambar: maQan

Etnik Jawa salah satu dari banyaknya ras yang ada di Pasir Gudang. Jadi, tidak hairanlah kalau wujudnya sebuah restoran yang bertemakan makanan tradisional jawa. 

Antara menu yang disediakan ialah;

Waktu Operasi: 10.15 pagi – 7.30 malam setiap hari

Alamat: No.25, Jalan Pengkalan 5, Taman Pasir Mas, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang

#19 Leva Leur Cafe

Kredit gambar: Facebook

Nak makan makanan laut? Datang saja ke restoran ini. Rata-rata orang yang datang ke sini mengesyorkan menu shell out istimewanya. 

Bayangkan, makanan laut yang segar dimasak dengan rasa pedas dan berlemak lalu disatukan dengan nasi panas. Sungguh menggiurkan. 

Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam setiap hari kecuali isnin

Alamat: 110, Jalan Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750 Masai

#20 Murtabak Special Cheese Amir

Kredit gambar: Facebook

Jarang-jarang sekali martabak diangkat sebagai menu utama. Kalau datang ke restoran ini, pastikan Mama pesan semua jenis martabak yang ada iaitu martabak ayam, daging lembu dan murtabak keju.

Alamat:  28, Jalan Serangkai 11, Taman Bukit Dahlia, 81750 Pasir Gudang, Johor

Dalam banyak-banyak tempat menarik di Pasir Gudang ini, harapnya Mama dan dapat buat pilihan nak pergi mana. 

Mama Siti cuma nak pesan agar Mama dan Papa tidak merasa mambazir membelanjakan wang demi keluarga. Ingatlah, tempat paling bahagia bagi seseorang ialah keluarga jika ianya dikendalikan dengan baik. 


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.