KelabMama

Terokai 15 Tempat Menarik di Lumut dan Aktiviti Yang Ditawarkan

tempat menarik di Lumut

Kredit gambar: rahayu66 / Shutterstock.com

Tidak dinafikan tarikan Lumut juga dipengaruhi oleh lokasinya yang berhampiran dengan Pulau Pangkor. Lumut ialah tempat pelancongan yang terlebih dahulu mendapat julukan bandar tentera laut kerana adanya pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Lokasi menarik kita kali ini menampilkan lokasi mencabar, menenangkan dan unik. Aktiviti air, alam semulajadi, makanan laut serta tempat penginapan berhadapan laut antara fokus yang dibawakan kali ini.

15 Tempat Menarik di Lumut, Selain Mandi-Manda di Pantai

#1 Frenzy Waterpark

Kalau sudah berhampiran dengan laut, haruslah ada aktiviti air kan. Terdapat banyak sukan aktiviti air yang disediakan di taman tema ini. Antaranya berkayak dan Conquer Frenzy Hippo yang bersaiz dua kali ganda gelanggang badminton.

Sekarang lah masanya nak rasa seperti peserta rancangan realiti Wipeout. Tetapi yang paling utama ialah kita dapat bergembira dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.   

Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak

Waktu Operasi:
– Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat: 4.30 pm– 7.30 pm
– Sabtu & Ahad: 8.30 am– 12.30 pm & 4.30 pm– 7.30 pm

Hubungi: WhatsApp

Laman sosial: Laman sesawang

#2 Kota Belanda

Kota ini pernah menjadi tempat simpanan biji timah suatu masa dahulu iaitu pada tahun 1670. Walaupun perlu menaiki feri ke Pulau Pangkor, namun pengalamannya sangat berharga.

Dengan cara inilah kita dapat lebih menghargai tanah air daripada dijajah kuasa asing. Dalam 100 m dari lokasi Kota Belanda terletaknya Batu Bersurat yang boleh dikunjungi. 

Waktu operasi: Setiap hari,8 am– 6 pm

#3 Bazar Lumut

Kredit gambar: Kereta Sewa Sitiawan

Sebagai tanda ingatan melawat Lumut, Mama boleh singgah di Bazaar Lumut untuk membeli oleh-oleh buat diri sendiri dan kenalan. Tarikan utama apabila melancong ke Lumut ialah snek hasil lautnya yang berasaskan sotong, ikan dan udang. 

Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am– 6 pm

#4 Bukit Engku Busu

Tempat aktiviti outdoor ini berketinggian 331 meter dan dikenali sebagai puncak paling tinggi di Lumut

Jarak dari bawah ke puncak hanyalah 1 km sahaja tetapi struktur tanah yang berbukit dan akar kayu yang berselirat menjadikan aktiviti mendaki Bukit Engku Busu lebih mencabar. 

Alamat: Bukit Engku Busu, 32200 Lumut, Perak

#5 Teluk Senangin

Satu lagi pantai yang ada di Lumut terletak di Teluk Senangin. Teluk Senangin ini merupakan antara tempat menarik di Lumut yang sentiasa penuh dengan pengunjung – tak kira sama ada yang datang untuk beristirahat atau mengadakan family day, team building, dan sebagainya.

Selain boleh bermandi-manda dan berkelah di pantai, para pengunjung juga berpeluang untuk mencuba aktiviti flying fox, menaiki ATV, memanah dan berkayak

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

#6 Pusat Ekologi Vale

Kredit gambar: diarisiketambatu.blogspot.com

Sebuah pusat yang ditubuhkan sebagai lokasi pemuliharaan biodiversiti hutan di Lumut. Pokok kayu keras, burung dan pepatung antara yang menjadi fokus utama di pusat ekologi ini. 

Aktiviti lain yang boleh dilakukan termasuklah perkhemahan, jelajah hutan (jungle trekking) dan melihat kelip-kelip. 

Alamat: Jalan Telok Muroh, Taman Sri Batik, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Setiap hari: 8.30 am– 5.30 pm

Hubungi: 012-284 2881 & WhatsApp

Laman sosial: Laman sesawang

#7 Pantai Teluk Batik

Kredit gambar: Trip.com

Salah satu pantai paling popular dalam daerah Manjung, Perak. Kelebihan Pantai Teluk Batik ialah struktur pantainya yang landai. Oleh itu, ia selalu menjadi lokasi tumpuan terutamanya di waktu hujung minggu. 

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Perak

#8 Lumut Waterfront

Kredit gambar: Pangkor Island Tourism

Tidak jauh dari Jeti Lumut terletaknya satu taman rekreasi yang boleh diakses secara percuma setiap hari. Uniknya lagi, taman ini bertemakan ciri-ciri maritim dan selalu menjadi tempat melihat matahari terbenam di waktu petang. 

Alamat: Lumut Waterfront, 32200 Lumut, Perak

#9 DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort

Mama Siti cadangkan kepada pasangan baru berkahwin untuk datang ke resort ini. Resort yang sebelum ini dikenali sebagai Swiss-Garden Beach Resort, kini telah rebrand dan menjadi DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort.

Suasana romantis, pemandangan laut yang indah dan kemudahan yang disediakan melengkapkan percutian bulan madu Mama. 

Alamat: Jalan Damai Laut, Manjung, Lumut, 32200, Malaysia

Hubungi: +60 5-684 3333

Laman sosial: Laman sesawang

#10 Rockbund Fishing Chalet

Tempat penginapan ini sangat sesuai untuk Mama yang sukakan suasana laut dan dalam masa yang sama ada hobi memancing

Lihat saja pandangan udara chalet ini, sangat cantik kerana ianya dibina di atas pantai buatan. Sebelah kiri dan kanan chalet terdedah dengan air laut. 

Alamat: Pulau Marina, KM1, Jalan Utama Pulau Marina, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 016-558 0388 & WhatsApp

Laman sosial: Facebook

#11 D’B.O.X Cottage Chalet

Chalet yang dibina betul-betul berhadapan dengan pantai di Teluk Senangin ialah lokasi terbaik hari keluarga dan ‘team building’.

Sebagai salah satu tempat menarik di Lumut, anak-anak boleh mandi manda di pantai dan bermain pasir sambil Mama berehat di balkoni chalet. Bayangkan duduk bersantai sambil layan angin laut, seronok betul rasanya. 

Alamat: D’Box Cottage Kg Labohan Bilis, Teluk Senangin 32200 Lumut, Perak

Hubungi: 010-836 0066 & WhatsApp

Laman sosial: Facebook

#12 Taman Paya Bakau

Laluan pejalan kaki di antara pokok-pokok bakau, mendekatkan lagi diri kita dengan alam semulajadi. Mama juga boleh menenangkan fikiran dan berehat di tempat duduk yang disediakan dalam taman.  

Alamat: Jalan Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 am– 5 pm

Harga tiket: RM 3 (13 tahun ke atas)

#13 Jeti Lumut

Kredit gambar: Pangkor Island Malaysia

Jika ada yang belum tahu, disinilah pelancong akan berkumpul untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. Ada kalanya, pasukan tentera dari Tentera Laut Udara Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan menyelamat tebusan dari pasukan PASKAL.  

Kalau-kalau Mama yang tak nak bawa banyak barang Pulau Pangkor, bolehlah beli di kedai cenderamata yang ada disini sebelum pulang ke rumah. 

Alamat: Jeti Lumut, 32200 Lumut Perak

#14 Restoran D’Warisan

Sebuah restoran yang selalu menjadi ‘port makan tengah hari’. Restoran ini menghidangkan lauk kampung seperti gulai kawah, asam pedas dan pelbagai jenis ikan bakar.

Rata-rata pelanggan memberikan komen positif kerana hampir semua masakannya enak dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Alamat: 4240, 32200 Lumut, Negeri Perak

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 10am- 11pm

Isnin: Tutup

#15 Pulau Marina

Kelas mencanting batik, galeri seni, berkanu dan memancing antara aktiviti menarik yang ada di pulau buatan manusia ini.

Pulau Marina juga merupakan akses kedua dan terbaru untuk ke Pulau Pangkor. Di beberapa tempat, Mama boleh melihat Pulau Pangkor dari jauh. 

Pekan Lumut banyak menawarkan tempat-tempat dan aktiviti menarik untuk bakal pengunjung. Pendek kata Lumut sesuai bagi semua peringkat usia walaupun mempunyai minat yang berbeza.

Ayuh kita manfaatkan keunikan Lumut dengan menyokong percutian dalam negara terutamanya di negeri Perak. Semoga dengan perkongsian Mama Siti kali ini membantu Mama merancang untuk percutian seterusnya.


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.