KelabMama

20 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Wajib Anda Lawati!

tempat menarik di Langkawi

Sumber: langkawi-info.com

Sebut je Langkawi, mesti ramai yang teruja kan? Yelah.. ia bukan sahaja merupakan sebuah pulau yang cantik, tapi banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sana.

Sesetengah makanan dan barangan pula dijual dengan harga yang lebih murah kerana ia merupakan kawasan yang bebas cukai. Kalau datang dengan satu bagasi, mesti tak cukup punya. Ramai juga yang beli bagasi baru di sana untuk muatkan barang-barang shopping.

20 Tempat Menarik Di Langkawi

Dalam perkongsian kali ini, Mama Siti ingin kongsikan beberapa tempat menarik di Langkawi. Bolehlah masukkan dalam perancangan percutian anda!

#1. Pantai Cenang

Sumber: langkawi-info.com

Padanlah ia dikenali sebagai pantai yang paling sibuk di Langkawi, anda boleh lakukan pelbagai aktiviti di sini. Jaraknya dari lapangan terbang hanyalah 10 minit perjalanan je.

Dengan pasir memutih dan lautan biru yang terbentang, pasti boleh menghilangkan tekanan dan menenangkan minda anda.

Bukan tu je, di sekitarnya terdapat banyak kafe, restoran dan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan tau. Kalau anda mencari tempat penginapan di Langkawi pula, di Pantai Cenang ini pun banyak resort, chalet dan hotel.

#2. Underwater World Langkawi

Sumber: langkawi-info.com

Seperti di Aquaria KLCC, Langkawi juga mempunyai aquarium besar yang menempatkan lebih 200 spesis ikan laut dan ikan air tawar. Sangat sesuai kalau anda bawa kanak-kanak ke sini ya.

Waktu operasi:
09:30 – 18:30 Isnin – Jumaat
09:30 – 22:30 Jumaat – Ahad
Alamat:
Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang
Tel:
+604 955 6100

#3. Laman Padi

Sumber: langkawi-info.com

Rugilah kalau ke Langkawi tapi tidak menikmati keindahan pemandangan padi yang menghijau kan? Di Laman Padi, anda bukan sahaja boleh menghayati pemandangan indahnya tetapi banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

Contohnya, anda boleh belajar serba sedikit cara penanaman padi dan mencubanya sendiri tau. Segala sejarah yang berkaitan dengan penanamannya pula dipaparkan di galeri Rice Garden Museum ini.

Waktu operasi:
10:00 – 18:00 Setiap hari
Alamat: Laman Padi, Pantai Cenang, Mukim Kedawang
Tel: +604 955 4312

#4. Castaway Picnic – Casa del Mar

Sumber: langkawi-info.com

Kalau anda ke Langkawi untuk honeymoon dan ingin buat kejutan untuk yang tersayang, bolehlah masukkan Castaway Picnic dalam tentatif ya!

Untuk servis ini, Casa del Mar akan membawa anda dan pasangan untuk menikmati short cruise ke beberapa pulau sekitar Pulau Langkawi sebelum ke sebuah pantai di pulau yang terpencil.

Di sana, anda dan pasangan akan dihidangkan hidangan yang istimewa di bawah khemah dan kusyen yang selesa. Ditemani dengan awan dan lautan membiru, pastinya sangat romantis!

Alamat: Casa del Mar, Jalan Pantai Cenang
Tel: +604 955 2388

#5. Pasar Malam Temoyong

Sumber: langkawi-info.com

Hanya pada hari Khamis sahaja, anda bolehlah ke Kampung Temoyong untuk mengunjungi pasar malam yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan pada harga yang rendah.

Pasar malam ini berubah-ubah tempat untuk setiap hari dalam seminggu tetapi jualannya tetap sama ya. Bolehlah membeli untuk diri sendiri dan buah tangan untuk yang tersayang!

Waktu operasi: Khamis 17:00 – 20:00
Alamat: Kampung Temoyong, Mukim Kedawang, Pantai Cenang

#6. Mega Water Sports 

Sumber: langkawi-info.com

Jika anda suka sukan air seperti menaiki jet ski dan banana boat, anda wajib dapatkan servis Mega Water Sports!

Namakan sahaja apa sukan air yang anda suka, Mega Water Sport menawarkan harga yang berpatutan untuk setiapnya. Berenang, mengayuh paddle boat, parasailing dan bermacam lagi.  

Waktu operasi: Setiap hari 09:00 & 14:00
Alamat: Pantai Cenang, Mukim Kedawang

#7. Langkawi Cable Car

Sumber: langkawi-info.com

Tempat menarik di Langkawi yang lain tentunya adalah Langkawi Cable Car yang terletak di Gunung Mat Cincang. Ia sentiasa menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Dari dalam cable car, anda boleh menikmati panorama yang cukup indah. Hutan rimba, gunung-ganang, lautan terbentang dan langit biru yang memayung.

Waktu operasi: 10am – 8pm
Alamat: Jalan Telaga Tujuh Teluk Burau, Langkawi, Kedah 07000
Tel: (604) 959 4225

#8. Air Terjun Telaga Tujuh

Sumber: langkawi-info.com

Air Terjun Telaga Tujuh dikatakan merupakan tarikan semula jadi yang paling menarik di Langkawi. Betul ke?

Ia mendapat namanya kerana ia mempunyai tujuh kolam semula jadi dari tujuh air terjun yang berbeza di Gunung Mat Cincang. Menarik kan?

Mandi manda sambil menikmati keindahan flora di sana tentunya mengasyikkan! Jika anda sukakan sedikit cabaran, bolehlah mendaki ke puncak air terjun.

Lokasi: Gunung Mat Cincang in Kuah
Tel: +604 966 7789

#9. Langkawi Sky Bridge

Sumber: langkawi-info.com

Di perhentian terakhir Langkawi Cable Car, anda akan tiba di Langkawi Sky Bridge yang sentiasa menjadi bualan mulut pelancong. Apa yang istimewa sangat di sini ya?

Berada pada ketinggian 2300 kaki dari paras laut, anda boleh menyaksikan keindahan alam yang terbentang pada kedudukan yang tinggi.

Sambil berjalan menghirup udara segar di sepanjang jambatan besi ini, sambil-sambil itu bolehlah rakamkan kenangan manis berlatarkan pemandangan alam yang begitu indah!

Waktu operasi: 10:00 – 20:00
Alamat: Jalan Telaga Tujuh Teluk Burau, Langkawi, Kedah 07000
Tel: +604 959 4225

#10. Makam Mahsuri

Sumber: langkawi-info.com

Rata-rata orang kita memang tahu tentang sejarah Langkawi dan perkaitannya dengan susuk lagenda Mahsuri kan? Disebabkan itulah makamnya adalah antara tarikan paling popular di Langkawi ini.

Ramai ke sana untuk menziarahi makamnya sambil mengenang sejarah dan menitipkan doa buatnya. Kisah Mahsuri masih tetap menyayat hati sesiapa yang mendengar. Kawasan yang dipercayai di mana beliau telah meninggal telah dijadikan makamnya yang dikenali dengan Makam Mahsuri ini.

Waktu operasi: 08:00 – 18:00
Lokasi: Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka
Tel: +603 955 6055

#11. The Zon Shopping Paradise

Sumber: langkawi-info.com

Kerana ia adalah kawasan bebas cukai, shopping merupakan antara aktiviti kebiasaan pelancong yang ke Langkawi. Mana tak nya, coklat dan pewangi yang berjenama sebagai contohnya, jauh lebih murah harganya di sini.

Antara tempat shopping yang popular di Langkawi ialah The Zon Shopping Paradise.

Waktu operasi: Setiap hari 10:00 – 21:00
Alamat: 970, 971 & 973, Underwater World, Jalan Pantai Cenang
Tel: +604 955 5300

#12. Pulau Dayang Bunting

Sumber: langkawi-info.com

Ada antara penduduk yang mempercayai bahawa wanita yang mandul akan menjadi subur setelah berenang dalam tasik di Pulau Dayang Bunting ini. Mungkin berdasarkan kepercayaan inilah pulau ini mendapat namanya.

Selain mandi di tasiknya, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti jungle-trekking dan paddle boating.

Lokasi: 20km dari jeti Kuah
Harga: RM80 – RM100 untuk separuh hari island-hopping tour, RM650 – RM1200 untuk jet-ski tour

#13. Tanjung Rhu

Sumber: langkawi-info.com

Tanjung Rhu merupakan salah satu pantai yang tercantik di Langkawi. Memanglah.. airnya jernih biru bak kristal dan pasirnya lembut.

Ia terletak agak terpencil dan anda perlu melalui hutan terlebih dahulu jika ke sana dengan kereta. Untuk mereka yang sukakan kedamaian dan udara segar di tepian pantai, Tanjung Rhu wajib masuk dalam list ya!

#14. Pantai Pasir Hitam

Sumber: langkawi-info.com

Berbeza dengan pantai-pantai yang lain, warna pasir di Pantai Pasir Hitam bukanlah putih atau kecoklatan tetapi agak kehitaman. Mungkin kerana itu jugalah ia mendapat namanya kan?

Di pantai inilah bot memancing berlabuh ketika waktu tengahari. Pemandangannya kelihatan artistik, dengan bot warna-warni berlatarkan keindahan pantai dan pasir di tepiannya.

Tapi air lautnya tidak sesuai untuk mandi ya. Biasanya pelancong hanya berkelah dan berjemur sahaja di sini.

Lokasi: 4km dari Tanjung Rhu

#15. Pulau Payar

Sumber: langkawi-info.com

Selain Pulau Dayang Bunting, Pulau Payar juga turut menjadi tumpuan pelancong di Langkawi. Selain dari kawasannya yang besar, ia terkenal kerana aktiviti snorkeling dan diving yang ditawarkan.

Di sini juga terdapat Coral Garden yang melindungi terumbu-terumbu karang yang cantik tau.

Lokasi: 30km selatan Langkawi
Tel: +604 966 7308

#16. Alun-alun Spa

Sumber: langkawi-info.com

Bagi mereka yang ingin memanjakan diri, bolehlah cuba ke Alun-alun Spa ya. Banyak servis yang ditawarkan di sana seperti mengurut badan, rawatan badan dan muka.

Bolehlah hilangkan lenguh-lenguh kaki berjalan jauh dan segarkan badan kan?

Waktu operasi: Setiap hari 11:00 – 23:00
Alamat: 48, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang

#17. Dataran Lang

Sumber: langkawi-info.com

Burung helang merupakan satu simbol ikon untuk Pulau Langkawi. Di Dataran Lang, terdapat arca burung helang yang besar bersedia untuk terbang.

Pembinaan di sekelilingnya pula adalah air terjun kecil, teres dan jambatan. Memang sesuai untuk bergambar dan luangkan masa bersama keluarga.

Waktu operasi: Setiap hari 24 jam
Lokasi: Jeti Kuah
Tel: +604 966 7789 (Langkawi Tourist Information Centre)

#18. Jetty Point Complex

Sumber: langkawi-info.com

Tempat membeli-belah lain yang popular adalah, Jetty Point Complex. Ia adalah pusat membeli-belah 2 tingkat yang memuatkan pelbagai restoran seperti KFC dan Starbucks, kedai menjual barangan berjenama, coklat dan snek-snek lain serta bermacam lagi.

Waktu operasi: Setiap hari 10:00 – 22:00
Alamat: 15, Kompleks Perniagaan Kelibang, Kuah
Tel: +604 966 7560 atau +604 969 9500

#19. Oriental Village

Sumber: langkawi-info.com

Selain daripada terkenal kerana Langkawi Cable Car dan Langkawi Sky Bridge yang berada di sini, Oriental Village sentiasa sesak dengan pengunjung kerana penjualan barangan kraftangan dan perhiasan seperti produk batik.

Waktu operasi: Oriental Village – 24 jam; kedai – 10:00 – 19:00
Alamat: Burau Bay, 07100
Tel: +604 959 3099

#20. Pulau Singa Besar

Sumber: langkawi-info.com

Antara tarikan tersendiri Pulau Singa Besar ialah ia mempunyai tempat perlindungan hidupan liar seperti burung helang, monyet, kancil, burung enggang, ular dan burung merak.

Anda boleh tengok sendiri dan memberi makan haiwan-haiwan ini di Pulau Singa Besar ini tau. Walaupun namanya sebegitu, singa tidak termasuk dalam kategori hidupan liar di sini ya.

Lokasi: 17km dari Kuah
Harga: RM80 – RM100 untuk separuh hari island-hopping tour, RM600 – RM900 untuk speedboat persendirian

Selain 20 tempat ini, banyak lagi tempat yang best di Langkawi untuk dilawati. Kalau plan percutian anda disusun dengan elok dan sistematik, pastinya anda berpeluang untuk ke pelbagai tempat yang menarik di Langkawi dan percutian anda pasti akan bermakna!