KelabMama

Syoknya! Jom Ke 10 Tempat Menarik Di Kundasang Ini

tempat menarik di Kundasang

Sumber: facebook.com/tamankinabalu/photos

Bila sebut je Kundasang, tentu akan terbayang-bayang pemandangan gunung yang kehijauan dan suhunya yang dingin. Memang seronok bercuti di sini. Berbeza dengan iklim negara kita yang tropika, Kundasang yang terletak di daerah Ranau ini bersuhu rendah yang membuatkan Mama terasa seakan-akan sedang bercuti di luar negara.

10 Tempat Menarik Di Kundasang

Ruginya kalau ke Kundsang tapi tak singgah di 10 tempat menarik ini:

1. Desa Dairy Farm

Kredit gambar: facebook.com/desadairyfarm/photos/

Bukan sahaja terdapat banyak produk tenusu yang dijual di sini, pemandangan di sekeliling Ladang Tenusu Desa Cattle ini juga begitu cantik, seakan-akan seperti berada di New Zealand.

Malah ramai juga yang ke sini sebenarnya hanya untuk bergambar dan photoshoot.

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 088-889 562

2. Kinabalu National Park

Kredit gambar: facebook.com/tamankinabalu/photos

Terdapat beribu jenis tumbuhan dan haiwan di sini yang pasti akan mengujakan Mama sekeluarga. Merupakan salah satu tapak warisan dunia, Gunung Kinabalu adalah tarikan utama di sini.  

Alamat: Kinabalu Park, 89300 Kundasang, Sabah
Tel: 088-211 881

3. Sabah Tea Garden

Kredit gambar: sabahtea.com.my

Jangan lupa untuk ke Sabah Tea Garden dan beli produk teh di sini sebelum pulang ya? Pemandangan di sini pun cantik dan udaranya menyegarkan.

Kalau Mama nak book resort pun ada, boleh terus ke laman webnya.

Alamat: Off Jalan Sandakan – Ranau 89300 Ranau, Sabah, Malaysia
Tel: 088-440 882

4. Poring Hot Spring

Kredit gambar: facebook.com/pages/Hot%20Springs,%20Poring%20Ranau

Bestnya berendam dalam air panas dalam suasana sejuk kan? Kalau Mama sekeluarga nak berehat dan menyegarkan badan, bolehlah ke Poring Hot Spring di alamat di bawah.

Selain itu, ia juga mempunyai manfaat untuk kesihatan tau. Kulit pun akan lebih sihat!

Alamat: Poring Hot Spring, 89300 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 3.00 ptg
Tel: 014-695 8577

5. Ranau Paragliding Park

Kredit gambar: facebook.com/ranauparagliding/photos

Macam mana kalau Mama nak tengok pemandangan di sekitar Kundasang ini dari top view? Haa…Ranau Paragliding Park boleh realisasikan impian Mama tau.

Tapi aktiviti paragliding ini khas untuk mereka yang sukakan cabaran dan tidak gayat je tau. Bolehlah merasa seakan-akan terbang di udara kan?

Alamat: Jalan Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 013-865 0545

6. Upside Down House Sabah

Kredit gambar: facebook.com/upsidedownhouseborneo

Seronok ni kalau ke rumah terbalik di Sabah ini bersama keluarga. Upside Down House ini merupakan rumah kampung Sabah yang dipersembahkan budaya dan tradisinya di dalamnya dalam pembinaan yang terbalik.

Unik kan? Memang wajib singgah ya!

Alamat: Upside Down House Sabah, Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-260 263

7. Kundasang Market

Kredit gambar: my.worldorgs.com

Dengan tanah yang subur dan suhu yang ideal, memang tanaman dan tumbuhan di sini segar-segar lah kan? Rugi kalau Mama tak ke Kundasang Market tau.

Di sini terdapat pelbagai barang jualan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Kesegarannya pun terjamin.

Alamat: 37, AH150, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pg – 8.00 mlm

8. Gunung Kinabalu

Kredit gambar: facebook.com/tamankinabalu/photos

Antara tarikan utama di Kundasang adalah, Gunung Kinabalu. Terutamanya buat hikers tegar, mendaki ke puncak gunung ini merupakan salah satu impian hidup yang mesti dicapai.

Ia terletak dalam Kinabalu National Park, bukan calang-calang stamina mereka yang berjaya mendaki gunung ini!

Alamat: Kinabalu Park, 89300 Kundasang, Sabah
Tel: 088-211 881

9. Sg. Moroli Fish Spa

Kredit gambar: sabahtourism.com

Spesis ikan Pelian di sini telah dilatih khas untuk mengurut kaki Mama. Mesti seronok kan? Terutamanya buat mereka yang ada penyakit kulit ataupun kulit kaki yang kasar, rawatan urutan dari ikan ini boleh membantu merawat masalah kulit dan menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.

Hanya rendam je kaki dalam air dan nikmati spa special daripada ikan-ikan ini.

Alamat: Sg. Moroli Fish Spa, Ranau Tagal Sg. Moroni
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-876 988

10. Arnab Village

Kredit gambar: facebook.com/Arnabvillage/photos

Seronoknya dapat bermain dengan haiwan berbulu gebu ini! Jangan lupa ya singgah di Arnab Village. Terutamanya buat pencinta haiwan, ini destinasi wajib untuk Mama dan anak-anak.

Bukan tu je, pemandangan di sini pun cantik dan terdapat banyak spot menarik untuk bergambar.

Alamat: Kg Purakagis kibbas, 89308 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 010-955 0019

Destinasi Menarik Di Kundasang

Memang best kalau ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain daripada bercuti dan bergambar di tempat menarik di Kundasang ini, Mama juga boleh belajar dan memahami budaya masyarakat di sini.

Selamat bercuti!