KelabMama

Jom Bercuti Ke 15 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak Ini

Sumber: sarawaktourism.com

Sarawak sebagai negeri terbesar di Malaysia memang kaya dengan keindahan alam dan tarikan semula jadi. Ibu negaranya, Kuching, telah menjadi tumpuan pelancong yang datang ke sini untuk melihat keunikan dan keistimewaan negeri ini.

15 Tempat Menarik Di Kuching

Jom, masukkan 15 destinasi menarik di Kuching ini ke dalam jadual percutian anda:

1. Orchid Garden Kuching

Sumber: sarawaktourism.com

Di Orchid Garden Kuching ini, terdapat dalam kira-kira 75000 tumbuhan dari pelbagai spesis termasuklah bunga rasmi negeri Sarawak, Orkid Normah.

Taman bunga orkid yang berwarna-warni dengan pelbagai bau, memang rugi kalau tak pergi!

Alamat: Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 082-446 688
Harga tiket: Percuma

2. Borneo Happy Farm

Sumber: sarawaktourism.com

Keunikan Borneo Happy Farm ini ialah, ia menggunakan cahaya matahari untuk hasilkan elektrik dan air hujan untuk keperluan air di ladangnya.

Terdapat begitu banyak tanaman di sini dan anda akan boleh melihat cara-cara petani menanam dan menuai selain daripada menyaksikan haiwan-haiwan seperti kuda, kerbau dan biri-biri dalam habitat mereka.

Alamat: Lot 485 & 490 Jalan Sungai Moyan No.3 Jalan Pei Yuan Selatan Jalan Batu Kawa-Bau Bau, 94000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari,8.30 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 016-898 8084

3. Cat Museum

Sumber: sarawaktourism.com

Cat Museum di Kuching ini merupakan muzium kucing yang pertama di dunia. Tentu pencinta kucing teruja sangat kalau ke sini.

Dari artifak, arca, patung dan lain-lain lagi, segala yang di sini adalah tentang kucing!

Alamat: Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 082-446 688
Harga tiket: Untuk kamera, RM3 | Untuk kamera video, RM5

4. Jalan Padungan

Sumber: sarawaktourism.com

Jalan Padungan di Kuching ini menempatkan pelbagai tarikan yang pasti akan membuatkan anda tidak henti merakam momen di sini.

Ada rumah kedai Cina, bangunan-bangunan indah yang kaya dengan nilai estetika seni bina, kedai kopi, pub, restoran, kedai kraftangan, kedai buah-buahan dan bunga, kedai pastri dan gula-gula tradisi Cina, makanan tempatan seperti popiah dan patung The Great Cat of Kuching.

Macam one-stop centre kan?

Alamat: Jalan Padungan, Kuching, Sarawak

5. Kuching Waterfront

Sumber: sarawaktourism.com

Kuching Waterfront adalah tempat lepak yang terkenal di bandar ini. Mana tak nya, selain daripada pemandangannya yang cantik menghala ke Sungai Sarawak, di sini terdapat banyak jajaran kedai, restoran, bistro dan penjaja makanan dan minuman.

Pada waktu malam pula, akan ada persembahan lagu dari buskers untuk menghiburkan hati pengunjung.

Alamat: 37, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 017-356 1980

6. Darul Hana Bridge

Sumber: sarawaktourism.com

Ciri yang menarik tentang jambatan ini ialah reka bentuknya yang berbelit dan berpusing seperti huruf ‘S’. Ia terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront tau.

Bolehlah singgah di sini untuk bergambar nanti. Unik kan reka bentuknya?

Alamat: Darul Hana Bridge, 93000 Kuching, Sarawak
Tel: 017-356 1980

7. The Floating Mosque Kuching

Sumber: thesundaily.my

Masjid India Kuching ini dibina di tebing sungai Sungai Sarawak. Mungkin ia mendapat gelaran The Floating Mosque kerana pembinaannya yang membuatkan ia kelihatan seakan-akan terapung di atas air.

Memang begitu indah dan mengasyikkan.

Alamat: The Floating Mosque Kuching, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 5.00 pg hingga 10.00 mlm

8. Fort Margherita

Sumber: sarawaktourism.com

Fort ini pada asalnya dibina untuk menghalang pencerobohan lanun pada Zaman Brooke. Sehingga kini, ia masih kukuh berdiri berdekatan dengan Sungai Sarawak.

Ramai yang ke sini untuk bergambar sambil mempelajari sejarahnya. Hanya dengan bayaran kemasukan RM10, anda akan dapat pas masuk ke fort ini.

Alamat: Fort Margherita, Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg hingga 4.45 ptg
Harga tiket: Penduduk tempatan, RM10 | Pengunjung luar negara, rm20 | Kanak-kanak bawah 7 tahun, Percuma

9. Lundu

Sumber: sarawaktourism.com

Apa yang menarik di bandar Lundu ini ya?

Sebenarnya, kalau anda bercuti ke Lundu, memang bberbaloi kerana terdapat banyak sangat tarikan di sini. Daripada air terjun, pantai, sungai, kedai, pasar, resort, rumah kampung dan hotel bajet, semuanya ada.

Tel: 082 735 501 (Lundu City Council)

10. Petrosains PlaySmart Kuching

Sumber: sarawaktourism.com

Konsep yang sama seperti Petrosains di KLCC, Petrosains PlaySmart di Kuching ini menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, pendedahan dan perkongsian saintifik.

Kalau bawa kanak-kanak ke sini, terutamanya jika mereka meminati sains, memang sesuai sangat!

Alamat: Ground Floor Block Mph State Civic Centre, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Isnin tutup | Setiap hari kecuali Isnin dan Jumaat, 9.00 pg hingga 12.30 tghari, 1.30 tghari – 5.00 ptg | Jumaat, 9.00 pg hingga 12.00 tghari, 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tel: 010-986 8340
Harga tiket: Percuma

11. Santubong

Sumber: sarawaktourism.com

Destinasi seterusnya ialah Santubong. Untuk anda yang sukakan hidupan liar, memang wajib ke sini. Selain daripada mendaki gunungnya, di sini terdapat banyak tarikan lain seperti hutan paya bakau, sungai dan tanah lumpur.

Setiap kawasan merupakan habitat untuk haiwan-haiwan tertentu seperti haiwan-haiwan liar malah dolfin.

12. Sarawak River Cruise

Sumber: sarawaktourism.com

Memang terbukti Sungai Sarawak begitu cantik dan sistematik kedudukannya. Terdapat banyak landmark di sekitar laluan sungai yang akan ditelusuri bot 2 tingkat ini.

Selain daripada keluarga, banyak juga pasangan yang ambil pakej ini. Memanglah, anda akan menyusuri sungai sekitar waktu matahari terbenam selama 2 jam, sambil menikmati angin bayu dan minuman yang disediakan. Memang romantis!

Bolehlah bergambar dan meneroka bandar Kuching.

Alamat: 1st Floor, Lot 42, Section 33,, 124, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 5.30 ptg – 7.00 mlm
Tel: 082-240 366
Harga tiket: Signature Sunset Cruise: Dewasa, RM65 untuk umur 13 tahun ke atas | Kanak-kanak, RM32 untuk umur 4-12 tahun

13. The Borneo House Museum

Sumber: sarawaktourism.com

Faktor tarikan di muzium ini ialah ia merupakan muzium pendidikan dan interaktif 3D. Patung, arca dan pameran di sini kebanyakkannya adalah 3D yang anda boleh sentuh dan bergambar dengannya.

Persembahan budaya, warisan dan makanan negeri Sarawak 3D di sini memang nampak real habis!

Alamat: No.1, Jalan Batu 6-7, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: 082-622 968

14. Upside Down House Kuching

Sumber: wanderwisdom.com

Bayangkan seluruh rumah berada dalam keadaan terbalik, mesti best kan terokai dan bergambar di Upside Down House Kuching ini?

Alamat: Ground Floor, No.281-1-1, Lot 281, Section 48, KTLD, Block H, Taman Sri Sarawak Jalan Tun Abdul Rahman, Off, Jalan Borneo, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 pg – 6.00 ptg
Tel: 012-858 6725
Harga tiket:

Sumber: sarawaktourism.com

15. Bako National Park

Sumber: sarawaktourism.com

Bukti kecantikan dan keindahan alam di negeri Sarawak jelas terlihat di Bako National Park ini. Terdapat, pantai, gunung, sungai dan teluk yang menjadi rumah kepada haiwan-haiwan liar, pelbagai jenis spesis burung dan tumbuhan-tumbuhan di Borneo.

Unik dan istimewa, itulah faktor tarikan Bako National Park ini!

Alamat: Muara Tebas Peninsular 93000, Kuching
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tel: +6082-610088 (SARAWAK FORESTRY)

Sarawak, Bumi Kenyalang Yang Begitu Indah

Terdapat begitu banyak tarikan di Kuching, Sarawak kan? Memang wajib pergi walaupun sekali seumur hidup. Jom!