KelabMama

20 Tempat-Tempat Menarik Di Kuantan (Lengkap dengan Gambar dan Info Penting)

tempat menarik kuantan

Sumber: pahangtourism.org

Sebagai ibu kota negeri Pahang, sememangnya Kuantan menjadi pusat persinggahan untuk bermacam urusan kerja dan makan angin. Bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, Kuantan juga merupakan sebuah ibu kota yang penuh dengan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Kuantan ini.

20 Tempat-Tempat Menarik Di Kuantan

1. Teluk Cempedak

Sumber: pahangtourism.org

Antara pantai yang terkenal di Kuantan ialah, Teluk Cempedak. Sesiapa yang pernah ke sini mesti tahu bagaimana meriahnya suasana di tepian pantainya kan?

Terdapat banyak kedai dan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Jaraknya hanyalah 5km je dari bandar dan anda akan dapat menikmati suasana pantai di Teluk Cempedak ini.

Kemasukan ke sini adalah percuma dan kalau anda hendak bermalam pun boleh. Di sini juga terdapat resort hotel yang berdekatan ya.

2. Tasik Chini

Sumber: pahangtourism.org

Sebut je Tasik Chini, mesti anda teringatkan kisah lagenda naga di sebalik tasik ini kan? Merupakan tasik air tawar semula jadi yang kedua terbesar di Malaysia, memang banyak misteri dan mistik yang berkisar tentang tasik ini.

Tapi bukan sebab tu je ia dipenuhi dengan ramai pengunjung. Tasik ini sememangnya cantik dan pernah menjadi subjek penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ia kaya dengan pelbagai spesis flora dan haiwan air dan jika anda ke sini pada bulan Ogos hingga September, anda boleh lihat teratai air memenuhi permukaan tasik ini, menjadikannya kelihatan seperti taman terapung.

Untuk ke sini, pengunjung perlu menaiki bot dan sebaiknya dipandu oleh pemandu pelancong. Jika anda sedang mencari travel agency, bolehlah cuba hubungi pihak TourismPahang ini ya:

Alamat: No 33 & 33A, ICT Hub, Indian Town, Jalan Putra Square 4, 25200 Kuantan, Pahang
Tel: +609 568 1623/1624
Fax: +609 568 1626
Hotline: 1-300-88-2017
Email: webtourism16@gmail.com

3. Jambatan Gantung Sungai Lembing

Sumber: pahangtourism.org

Di Sungai Lembing, Pahang, terdapat banyak jambatan gantung yang dibina untuk menghubungkan penduduk dan pengunjung dari sungai ke bandar. Bukan sahaja untuk berjalan kaki malah boleh juga melaluinya dengan menunggang motorsikal.

4. Air Terjun Pelangi

Sumber: pahangtourism.org

Air Terjun Pelangi memang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk kerana keindahan dan keunikannya. Anda bukan sahaja boleh mandi manda dan berkelah tetapi ramai yang ke sini untuk bergambar dan photoshoot kerana setiap pagi, akan muncul pelangi yang begitu cantik di air terjun ini. Menarik kan?

Untuk ke sini, anda perlu menaiki 4W drive dan trekking hingga ke air terjun.

Tel: +6014-828 7121

5. Bukit Panorama

Sumber: pahangtourism.org

Bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Jika anda menaiki tangga hingga ke puncak, anda akan dapat menyaksikan matahari terbit dan melihat pemandangan alam yang begitu indah dari sana.

6. Air Terjun Bekelah

Sumber: pahangtourism.org

Terletak hanya 5km dari Kampung Paya Gelugor, Air Terjun Bekelah merupakan salah satu air terjun di Kuantan yang anda mesti jejaki. Ia mempunyai 7 air terjun yang melata yang sesuai untuk mandi manda dan berkelah.

Tel: 609 – 478 0488

7. Gunung Tapis Park

Sumber: pahangtourism.org

Di sini, ia lebih sesuai untuk mereka yang mahukan cabaran. Antara aktiviti yang biasa dilakukan di sini ialah:

Dengan keindahan alam yang cukup memukau, memang rugi kalau tak singgah di sini!

8. Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad

Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad merupakan stesen penyelidikan dan pusat pembangunan pertanian di Kuantan.

Antara yang menarik di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad ialah:

Banyak kan aktiviti dan tarikan di sini? Anda juga boleh membeli buah-buahan di dusunnya tau.

9. Agro Resort Sungai Semuji

Sumber: pahangtourism.org

Kalau anda mencari penginapan yang dikelilingi hutan, Agro Resort Sungai Semuji adalah pilihan yang tepat.

Bukan tu je, ia lebih popular bagi peminat raja buah kerana ketika musim durian, ramai pengunjung dan penduduk setempat akan datang ke sini untuk menunggu buah durian gugur dari dusun di sini.

10. Gua Charah

Sumber: kuantanloka.com

Gua Charah terkenal sebagai gua yang pernah menjadi penempatan manusia prasejarah. Ia terdiri daripada 8 gua yang berbeza iaitu Gua Batu Nesan Raja, Gua Pecah, Gua Gajah, Gua Tiga Beradik, Gua Puteri Bersikat, Gua Lubang Dalam and Gua Lubang Hidung dan Gua Buddha/Gua Gelap.

Di sini terdapat patung buddha dan batu yang menyerupai lelaki berjanggut, burung helang dan pasangan manusia bersama anak. Ia gua yang penuh misteri, ditambah pula dengan penemuan terowong yang menghubungkannya dengan Bukit Pecah Batu.

Ramai yang ke sini untuk bergambar dan menghayati keunikannya. Memang destinasi wajib jika anda sukakan nature.  

11. Beserah

Sumber: pahangtourism.org

Beserah sememangnya menjadi pilihan ramai pengunjung, terutamanya buat mereka yang gemarkan makanan laut. Ia sebuah perkampungan nelayan yang kaya dengan hasil laut untuk penduduk dan pengunjung.

Antara yang menarik di Beserah ialah:

12. Kuantan River Cruise

Sumber: facebook.com/kuantanrivercruises

Anda ingin menyusuri Sungai Kuantan bersama keluarga? Kuantan River Cruise menyediakan perkhidmatan ini yang akan membawa anda menyusuri sungai di hutan simpan bakau ini.

Terdapat pelbagai tumbuhan dan spesis burung dan ikan di sini tau.

Waktu operasi: 9.00 pg hingga 7.00 mlm – Isnin hingga Ahad (Trip selepas 7.00 mlm – Melihat kunang-kunang, *atas permintaan)
Waktu trip: 9.00 pg | 11.30 pg | 2.30 tgh hari | 5.00 ptg | 6.00 ptg
Muatan bot: 20 orang
Tel: 018-9082308, 019-7431988 (Zainal)     
Email: kuantanrivercruise@gmail.com
Website: www.kuantanrivercruise.com
Facebook: Kuantan River Cruise
Instagram: #kuantanrivercruise
Aktiviti menarik yang lain @ di jeti: Giant Bubbles, Kiddie Car Rental, Town Bike Rental* & Giant Jenga* ( *akan datang)
Terma dan syarat: Tiket untuk kanak-kanak hanya dikenakan bagi mereka yang berumur 5-12 tahun. Untuk trip melihat kunang-kunang, mestilah membuat tempahan awal. Perjalanan bergantung kepada cuaca dan jumlah minima bagi orang dewasa adalah 5 orang untuk satu bot atau perjalanan.

13. Balai Seni Lukis Pahang

Sumber: pahangtourism.org

Balai Seni Lukis Pahang pasti akan membuatkan pencinta seni teruja apabila ke sini. Ia terlibat secara langsung dalam mempromosi dan mengembangkan industri seni dan kraf di Pahang.

Kini, ia mempamerkan juga pelbagai hasil seni buatan orang Malaysia. Kemasukkannya adalah percuma ya.

Alamat: Pahang Art Museum, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang.
Waktu operasi:
9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 09-516 1328/29

14. Kompleks Tenun Pahang Diraja

Sumber: pahangtourism.org

Di kompleks ini, kain tenun Pahang dipasarkan dalam pelbagai reka bentuk pakaian seperti kain sarong, tudung dan sampin.

Jika anda mencari kain tenun Pahang pada harga yang berpatutan dengan kualiti tinggi, wajib ke sini ya?

Alamat: Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg. Soi, Jln Kempadang Perdana 1, 25150 Kuantan.
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, tutup setiap hari Ahad dan cuti umum
Tel: 019-9389411 – (Mr. Roslim Bin Ismail), 013-9863068 – (Pn. Zillah Saud Md.)

15. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 

Sumber: pahangtourism.org

Selain itu, buah tangan dan ole-ole juga boleh dibeli di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ya. Banyak produk kraftangan yang dijual di sini yang sememangnya berkualiti dan cantik.

Alamat: Cawangan Pahang, Lot 30850, Kg. Pandan II, Jln Pintasan Kuantan – Kuala Terengganu, 26070 Kuantan.
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, tutup setiap hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum
Tel: 09 – 5384598/09-5385677

16. Pantai Balok

Sumber: pahangtourism.org

Berbeza dengan pantai-pantai yang lain, Pantai Balok terkenal kerana ia merupakan pantai yang sesuai untuk sukan luncur angin. Malah, ia telah dinobatkan antara 10 pantai terbaik dalam dunia untuk sukan ini.

Antara yang menarik di Pantai Balok ialah:

17. Gambang Water Park

Sumber: pahangtourism.org

Siapa je tak kenal Gambang Water Park kan? Terutamanya kalau anda bawa kanak-kanak ke Kuantan, memang sesuai untuk bawa mereka ke sini ya.

Struktur pembinaannya yang menarik pasti membuatkan anda teruja untuk bermain dan mandi manda di sini. Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh terus hubungi pihak Bukit Gambang Resort City ya.

Tel: +6 09 – 548 8000 Bukit Gambang Resort City  

18. Air Terjun Sungai Pandan

Sumber: pahangtourism.org

Untuk ke Air Terjun Sungai Pandan ini, anda tidak perlu trekking dan boleh sahaja ke sini dengan kereta ya. Ia terdiri daripada jeram yang melata yang membuatkannya cukup indah.

Antara yang menarik di Air Terjun Sungai Pandan ialah:

Waktu operasi: 7.00 pg hingga 6.00 ptg
Harga tiket: Dewasa RM2, Kanak-kanak RM1

19. Pantai Batu Hitam

Sumber: pahangtourism.org

Pantai lain yang terkenal di Kuantan ialah Pantai Batu Hitam. Di persisiran pantai ini, terdapat banyak batu hitam yang besar yang dipercayai terhasil daripada hakisan gunung berapi.

Anda boleh mandi di sini dan terdapat banyak cengkerang kerang laut yang cantik di sepanjangnya.

20. Tanjung Lumpur

Sumber: pahangtourism.org

Tanjung Lumpur merupakan perkampungan nelayan tradisional di Sungai Kuantan. Sebagai salah satu tempat menarik di Kuantan, Tanjung Lumpur terkenal dengan sajian ikan bakar, makanan laut dan masakan Thai yang sedap pada waktu malam.

Pada siang hari pula, Mama boleh menjamah keropok lekor, satar, otak-otak, kuih dan bermacam lagi.

Tempat-Tempat Menarik Di Kuantan

Banyak kan tempat menarik di Kuantan ni? Yang pastinya, persinggahan di sini tentu akan membuatkan percutian dan lawatan anda ke ibu kota negeri Pahang ini lebih bermakna!