KelabMama

30 Tempat Menarik di Kuala Terengganu: Tak Singgah, Tak Lengkaplah Percutian Mama

viral tempat menarik di Kuala Terengganu

Jika bercadang ke Terengganu, pastikan Mama singgah sebentar di beberapa tempat menarik Kuala Terengganu. Banyak tempat yang berbaloi dikunjungi dan Mama Siti pasti Mama akan menikmatinya.

Kali ini, Mama Siti akan bawa Mama terokai tempat-tempat menarik di sekitar daerah Kuala Terengganu serta senarai aktiviti untuk memenuhi jadual percutian.

Senarai Tempat Menarik di Kuala Terengganu

#1 Bukit Keledang

Kredit gambar: blogaku.info

Bukit Keledang merupakan tempat terletaknya kubur-kubur lama. Di sinilah disemadikan para pembesar diraja pada zaman dahulu. Selain itu, ia juga merupakan lokasi bersejarah pemerintahan awal Sultan Terengganu pertama. 

#2 Kota Duyong Lama

Kredit gambar: Muzium Negeri Terengganu

Sebuah rumah tradisional Terengganu tradisional yang sangat unik kerana bahan binaan seperti berkonkrit tidak menggunakan simen sebaliknya menggunakan campuran putih telur, batu kelikir, pasir, madu & tanah liat.

Alamat: Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 8am- 5pm

Harga tiket: Percuma

#3 Pulau Warisan 

Kredit gambar: Ciktom

Setiap Piala Monsun, muara Sungai Terengganu akan menjadi tempat penonton menyaksikan perlumbaan perahu layar. Manakala pada waktu malam pula, pengunjung selalu tertunggu-tunggu hiasan lampu seperti di I-City Shah Alam. 

Alamat: Pulau Warisan, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 24 jam

Harga tiket: Percuma

#4 Pusat Akuatik MBKT

Kredit gambar: 100Comments

Kolam renang yang pernah menjadi lokasi Sukan Malaysia (SUKMA) semasa negeri Terengganu menjadi tuan rumah acara tersebut. 

Kolam ini dibuka kepada orang ramai beriadah di kawasan berbumbung dan ianya sesuai dijadikan tempat bermandi-manda kanak-kanak dan orang dewasa. i

Alamat: Jalan Kelab Kerajaan, Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 9.30am- 6.30pm

Harga tiket: RM 2 hingga RM 4

#5 Bot Penambang 

Kredit gambar: Majlis Keselamatan Negara

Dahulunya ianya merupakan pengangkutan awam utama yang menghubungkan Jeti Seberang Takir & Bandar Kuala Terengganu sebelum Jambatan Sultan Mahmud dibina. 

Kini, bot penambang masih lagi beroperasi untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasa pengalaman menaiki bot. 

Alamat: Jeti Bot Penambang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 6 am – 6 pm

Harga tiket: RM 1 sehala

#6 Dataran Shahbandar

Kredit gambar: KitaReporters.com

Destinasi seterusnya ini terletak di pinggir sungai Terengganu yang menjadi lokasi bersiar-siar di waktu petang. Manakala pada bulan Ramadan, ianya menjadi tempat warga setempat berbuka puasa.

Alamat: Dataran Syah, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 24 Jam

Harga tiket: Percuma

#7 Bukit Puteri

Kredit gambar: Wonderful Malaysia

Sebuah tempat bersejarah yang menempatkan beberapa laras meriam, loceng & rumah genta. Dahulunya merupakan sebuah kubu pertahanan kerana lokasinya yang strategik berbukit dan sesuai untuk menangkis serangan musuh dari laut.

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 9 am – 8 pm

Harga tiket: RM 1

#8 Masjid Putih

Kredit gambar: Pelancongan Terengganu

Masjid Putih juga telah menjadi tempat yang memainkan peranan penting dalam melahirkan banyak tokoh-tokoh agamawan Negeri Terengganu. Merupakan antara yang tertua di Terengganu ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin ke II sekitar tahun 1793-1808.

Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 24 Jam

Harga tiket: Percuma

#9 Istana Maziah

Walaupun pengunjung tidak dibenarkan masuk namun disebabkan lokasinya yang terletak diantara Dataran Shahbandar & Jeti Shahbandar maka istana ini sering menjadi perhatian orang ramai. 

Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 24 Jam

Harga tiket: Percuma

#10 Bukit Besar

Kredit gambar: Pacer

Mama boleh berjalan & jogging melalui jalanraya menuju ke atas bukit dan panorama dari atas Bukit Besar yang menampakkan Sungai Terengganu dan Masjid Kristal sangat indah memukau. 

Alamat: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 7am – 7pm

Harga tiket: Percuma

#11 Bazar Warisan

Kredit gambar: Pelancongan Terengganu

Sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan banyak kedai untuk Mama membeli-belah barangan seperti kain batik, sutera serta cenderahati. 

Alamat: 19, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Harga tiket: –

#12 Dapo Pata Uptown

Kredit gambar: Hanif Fauzi Shutterstock.com

Tempat ini terletak di Pantai Tok Jembal dan mempunyai kontena yang telah diubah suai menjadi kafe serta ruang makan. Ia adalah tempat terbaik untuk bersosial dengan rakan pada waktu malam.

Alamat: PT 31964, Kg.Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus, Terengganu

Waktu operasi: 6 pm – 1.30 am

Harga tiket: Percuma

#13 Kuala Terengganu Waterfront

Kredit gambar: Trip Advisor

Restoran dan kafe di sini selalunya sibuk pada waktu malam kerana banyak keluarga datang melihat keindahan sungai dan makan malam. Terdapat juga taman permainan untuk kanak-kanak dan taman mini dengan landskap yang indah sesuai untuk mengambil gambar.

#14 Pusat Budaya Kraf Terengganu

Mama boleh membawa anak-anak ke sini untuk melihat dan mempelajari tentang produk kraftangan Negeri Terengganu seperti kraf tembaga, ukiran kayu, sutera, songket, sarong dan sebagainya.

Alamat: Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 8 am – 5 pm

Harga tiket: –

#15 Desa Murni

Kredit gambar: WorldOrgs.com

Desa Murni ialah sebuah pasaraya yang menjual produk fabrik Terengganu seperti batik atau songket. Disinilah warga setempat membeli-belah setiap kali menjelang perayaan. 

Alamat: Kuala Terengganu

Waktu operasi: 9 am – 9 pm

Harga tiket: –

#16 Bukit Panorama

Jika Mama ingin menikmati makan malam yang enak sambil menikmati pemandangan Bandar Kuala Terengganu pada waktu malam, Bukit Panorama adalah tempat yang sesuai. Ia juga merupakan tempat orang ramai berjoging setiap pagi dan petang.

#17 Kompleks Kraf Noor Arfa

Kredit gambar: Google Review

Mungkin ada yang belum tahu bahawasanya Noor Arfa ialah jenama yang menghasilkan fabrik batik seperti kain ela, kain batik dan kain sutera.

Mama boleh melihat sendiri proses pembuatan batik seperti proses mencanting, pembuatan blok dan proses anyaman.

Alamat: Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Harga tiket: RM 17 (mewarna batik)

#18 Pasar Payang

Kredit gambar: Rizd / Shutterstock.com

Pasar basah dan kering yang boleh Mama lawati di sini untuk membeli hasil produk warga Terengganu seperti keropok keping, ikan masin, kerepek, rempah nasi dagang atau periuk belanga. 

#19 Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Penuhi aktiviti petang Mama dengan bersantai di tepi sungai dibawah pokok merimbun yang meredupkan panas terik. 

Taman ini terletak betul-betul mengadap muara Sungai Ibai dan juga terletaknya Masjid Terapung.

Alamat: Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 24 Jam

Harga tiket: Percuma

#20 Muzium Negeri Terengganu

Kredit gambar: Aznan / Shutterstock.com

Muzium ini ialah muzium artifak yang terbesar di Asia Tenggara. Keseluruhan reka bentuk muzium ini sangat mengagumkan kerana terlihat seperti sebuah kerajaan Melayu lama. 

Alamat: Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Waktu operasi: 9am- 5pm

Harga tiket: RM 5 hingga RM 10

#21 Pantai Chendering 

Kredit gambar: Enviro-Museum

Kebanyakkan pantai di Terengganu berada dalam kategori pantai cerun. Oleh itu, Pantai Chendering sering mendapat tumpuan pengunjung kerana salah satu tempat yang sesuai bermandi-manda. 

#22 Pantai Teluk Ketapang

Terdapat taman permainan kanak-kanak dan perkhidmatan menaiki kereta kuda di pantai ini. Perkara yang paling menarik ialah adanya beberapa gerai ICT (Ikan Celup Tepung) yang terkenal di Terengganu di pantai ini.

#23 Pantai Batu Buruk

Kredit gambar: Travelmalaysia.me

Katakan Mama menginap di hotel di bandar Kuala Terengganu, dalam beberapa minit perjalanan Mama dah boleh bersiar-siar di persisir pantai Batu Buruk di waktu petang dan pagi. 

Disini juga ada ditawarkan perkhidmatan menaiki kuda dan taman permainan untuk anak-anak bermain. 

#24 Masjid Terapung

Masjid yang tersergam indah ini memang acapkali menjadi kebanggan warga Kuala Terengganu. Manakan tidak, ianya seolah-olah kelihatan seperti terapung di atas laguna air.

Alamat: Kuala Ibai, 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

#25 Masjid Kristal

Kredit gambar: Google

Ramai pengunjung luar negara menjadikan masjid ini sebagai lokasi pelancongan mereka apabila sampai di Kuala Terengganu. Bagi mengoptimumkan fungsi Masjid Kristal, kerajaan negeri telah membina sebuah Taman Tamadun Islam buat para pengunjung. 

Alamat: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

#26 River Cruise

Pelancong akan menaiki bot di jeti Taman Tamadun Islam dan dibawa menyusuri Sungai Terengganu sambil melihat mercu tanda terpenting di kawasan sekitar. 

Ini termasuk Masjid Kristal, perkampungan nelayan, tempat membina bot tradisional, Jambatan Sultan Mahmud, dan bangunan ikonik di Taman Tamadun Islam.

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Waktu operasi: 9am- 7pm

Harga tiket: RM 16.90 hingga RM 22.90

#27 Taman Tamadun Islam

Kredit gambar: juliamahir.blogspot.com

Taman Tamadun Islam mempunyai replika 21 monumen terkenal dari seluruh dunia, termasuk Kota Lama Aleppo dan Kubah As Sakhrah. Replika ini sama terperinci seperti monumen asal, dan terletak betul-betul di sebelah bangunan ikonik Masjid Kristal.

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 9am- 7pm

Harga tiket: RM 16.90 hingga RM 22.90

#28 Pusat Sains Kreativiti Terengganu

Terdapat tarikan baharu di Kuala terengganu di mana Mama boleh membawa anak-anak yang masih bersekolah melihat banyak pameran dan galeri tentang sains. Ianya adalah tarikan yang menyeronokkan yang pasti disukai mereka.

Alamat: Jalan Kampung Laut, Taman Chendering Utama, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: 9am- 5pm

Harga tiket: –

#29 Bas Kite

Perkhidmatan bas yang mempunyai reka bentuk unik yang boleh Mama gunakan untuk bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Tambangnya sangat berpatutan dan bas ini dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, wifi percuma dan TV LCD. 

Alamat: Terminal Bas MBKT, Jalan Syed Hussin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari

Harga tiket: RM 1- RM 8

#30 Restoran Singgang Budu

Jika Mama berminat untuk merasai makan tengah hari seperti orang Terengganu, Mama boleh datang dan mencubanya sendiri di restoran ini. Terdapat pelbagai hidangan singgang di sini seperti ikan singgang, daging singgang, dan sotong singgang.

Begitulah Kuala Terengganu yang masih utuh menyimpan khazanah kelestarian daripada flora dan fauna hinggalah kepada bangunan zaman dahulu kala. 

Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di Kuala Terengganu. Mudah-mudahan, Mama Siti dapat membantu Mama menyusun itinerary untuk percutian di Terengganu akan datang. 


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.