KelabMama

Destinasi 20 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Untuk Anda Lawati

Sumber: https://riderchris.com/kota-kinabalu-attractions/

Sebut je Kota Kinabalu, tentu Mama terbayangkan gunung tinggi yang gah di Sabah, kan? Sebenarnya, selain daripada Gunung Kinabalu dan Kundasang, terdapat banyak lagi tempat menarik di Kota Kinabalu untuk Mama lawati.

20 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu

Rugi kalau Mama ke Kota Kinabalu dan tidak singgah di 20 destinasi ini. Bersama yang tersayang, jom bercuti ke Kota Kinabalu?

1. Pantai Tanjung Aru

Sumber: sabahtourism.com

Antara pantai yang popular di Kota Kinabalu ialah Pantai Tanjung Aru.

Ia sering menjadi tumpuan mereka yang berkeluarga untuk berkelah, bersiar-siar dan bermain layang-layang di sini.

Pembentukan pantainya yang landai dan terdapat jajaran pokok ru di sepanjangnya membuatkan ia kelihatan cantik dan luas, sesuai untuk bergambar dan bersuka ria.

2. The Waterfront

Sumber: sabahtourism.com

The Waterfront terkenal dengan tempat makan yang best kerana ia menghadap Laut China Selatan. Memang seronok menjamu selera dalam suasana begini, terutamanya ketika waktu matahari terbit dan terbenam kan?

Alamat: The Waterfront, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 4.00 ptg – 8.00 mlm

3. Tunku Abdul Rahman Park

Sumber: sabahtourism.com

Di Marine Park ini, terdapat pelbagai aktiviti air yang Mama boleh lakukan di beberapa buah pulau seperti scuba diving dan snorkelling. Jika Mama datang untuk berkelah dan ingin menikmati suasana di tepi pantai pun sesuai.

Ramai juga yang ke sini untuk island hopping.

Alamat: Sabah Parks, Lot 45 & 46, 1st – 5th Floor, Block H, Signature Office, KK Times Square, Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu.
Tel: 088-486 430

4. Bunga Raya Island Resort & Spa

Sumber: echoresorts.com/bungaraya/

Cantiknya resort ni kan? Rasanya kalau menginap di sini sehari dua memang tak puas ni. Sesuai sangat untuk honeymoon.

Yang menariknya lagi, rawatan spa yang disediakan di sini bertemakan spa dalam hutan rimba. Nak reset badan dan emosi, memang kena go back to nature kan?

Alamat: Polish Bay, Gaya Island, Tunku Abdul Rahman Park, Kota Kinabalu
Tel: 088-380 390

5. Tun Mustapha Gallery

Sumber: holidaygogogo.com

Tun Mustapha merupakan figura yang amat disegani buat orang Sabah kerana perjuangannya untuk negeri ini.

Di Tun Mustapha Gallery ini, Mama akan dapat lihat perjuangan, sumbangan dan impak yang telah dibawanya untuk Sabah, sambil mengenali diri tokoh ini dengan lebih mendalam.

Alamat: Jalan Sulaman, 88813 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 088-326 683

6. Galleria Artisan

Sumber: sabahtourism.com

Jika Mama berminat dengan hasil tangan penduduk di sini, Mama wajib ke Galleria Artisan ya. Di sini, terdapat pelbagai produk yang dihasilkan penduduk tempatan seperti barang kraftangan, kain batik dan selendang.

Alamat: Galleria Artisan, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-326 300

7. Sabah State Museum & Heritage Village

Sumber: sabahtourism.com

Di muzium negeri dan warisan Sabah ini, Mama boleh memahami tentang budaya suku-suku di Sabah dan kehidupan serta sejarah mereka dengan lebih jelas.

Pelbagai bukti sejarah dipamerkan di sini dan kadang-kadang, ada juga aktiviti budaya diadakan.  

Alamat: Sabah State Museum & Heritage Village, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-225 033

8. Mari Mari Cultural Village

Sumber: sabahtourism.com

Mari Mari Cultural Village pun antara destinasi yang sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Di sini, Mama akan dapat melihat seni bina rumah tradisi untuk 5 etnik utama di Sabah dan mempelajari budaya mereka dengan lebih mendalam.

Sebagai contoh, Mama akan belajar cara membuat api menggunakan buluh, pembuatan tatoo, merasa masakan tradisi mereka dan pelbagai lagi!

Alamat: Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +60138814921

9. Gaya Street Sunday Morning Market

Sumber: sabahtourism.com

Pada waktu pagi, jangan lupa untuk singgah di Gaya Street Sunday Morning Market ya. Begitu banyak yang Mama boleh dapatkan di sini seperti aneka makanan, minuman, barang kraftangan, pakaian, manisan, herba, haiwan peliharaan dan pelbagai lagi.

Memang spot yang sesuai jika Mama sedang mencari ole-ole untuk yang tersayang.

Alamat: 118, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Ahad hingga Khamis, 6.00 pg – 2.00 tghari | Jumaat, 7.00 pg – 10.00 pg | Sabtu tutup

10. Pasar Besar Kota Kinabalu

Sumber: shutterstock.com

Selain Gaya Street Sunday Morning Market, Pasar Besar Kota Kinabalu juga merupakan destinasi wajib untuk Mama membeli-belah.

Jika Mama mencari buah-buahan dan sayur-sayuran yang tempatan dan unik, Pasar Besar Kota Kinabalu adalah tempatnya!

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 012-838 0266

11. Pu Toh Si Temple

Sumber: shutterstock.com

Pu Toh Si Temple merupakan tempat keagamaan di Kota Kinabalu. Terdapat banyak patung dewa-dewa di sini dan ramai juga yang ke sini untuk bergambar dan mengamati seni bina temple ini.

12. Sabah Art Gallery

Sumber: Uwe Aranas

Bangunan Sabah Art Gallery ini begitu unik dan artistik, ia berbentuk bakul dari luar dan kelihatan begitu indah dari dalam.

Jika Mama meminati seni dan budaya, memang wajib singgah di Balai Seni Lukis Sabah ini ya? Terdapat beribu lukisan, ukiran, arca dan bermacam lagi di sini.

Alamat: 14, Jalan Shantung, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-268 748

13. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Sumber: holeinthedonut.com

Dibina berkonsepkan seni bina Islam dan moden, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan masjid yang terletak di Kota Kinabalu yang sering disamakan dengan Masjid Nabawi di Madinah kerana bentuk pembinaan dan warnanya.

Kedudukannya yang hampir dengan laut dan kelilingi lagun membuatkan ia kelihatan sungguh cantik, terutamanya apabila terbias oleh cahaya matahari dan lampu.

Alamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 5.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 088-205 418

14. Atkinson Clock Tower

Sumber: bluekinabalu.com

Atkinson Clock Tower adalah salah satu landmark di Kota Kinabalu. Ia merupakan struktur kayu yang tertua di sini iaitu sejak Perang Dunia Kedua lagi.

Alamat: Atkinson Clock Tower, Kota Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-212 121

15. Signal Hill Observatory Platform

Sumber: sabahtourism.com

Kalau Mama nak tengok bandar Kota Kinabalu secara menyeluruh, bolehlah ke Signal Hill Observatory Platform.

Platform ini merupakan tempat tertinggi di bandar ini dan sambil-sambil menikmati pemandangan dan angin sepoi-sepoi bahasa, bolehlah merakam momen bersama!

Alamat: 78, Jalan Asrama, Signal hills, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

16. North Borneo Railway, Kota Kinabalu, Sabah

Sumber: amazingborneo.com

Unik dan klasik kan North Borneo Kereta Api ni? Ala-ala British gitu.

Bersama keluarga ataupun pasangan, sesuai sangat untuk menaiki kereta api ini. Sepanjang perjalanan nanti, Mama akan dihidangkan hidangan istimewa Asian dan Continental untuk makan pagi dan tengah hari.

Alamat: North Borneo Railway, Jalan Utama Sutera Harbour 88100, Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 pg – 5.00 ptg
Tel: 088-308 500

17. Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site

Sumber: sabahwetlands.org

Di Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site, terdapat banyak aktiviti yang Mama boleh lakukan seperti bird-watching, berjalan di sekeliling hutan paya bakau dan mengenali pelbagai spesis flora dan fauna di sini.

Alamat: Off, Jalan Bukit Bendera Upper, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-246 955

18. Night Food Market Kota Kinabalu

Sumber: thetravelhack.com/

Kalau Mama mencari makanan tempatan pada waktu malam, bolehlah ke Night Food Market Kota Kinabalu.

Mesti rambang mata memilih aneka makanan, minuman dan barangan di sini.

Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari, 5.30 ptg – 11.00 mlm
Tel: 012-899 7870

19. Laman Seni, Wisma Budaya Sabah

Sumber: sabahtourism.com

Destinasi seterusnya ialah, Laman Seni, Wisma Budaya Sabah.

Di sini, hasil karya artis-artis tempatan dipamerkan untuk tontonan umum. Buat peminat seni dan budaya, jangan lupa untuk singgah ya?

Alamat: Laman Seni, Wisma Budaya Sabah, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +60 88 268 890

20. KK Esplanade

Sumber: sabahtourism.com

Cantiknya.. sesuai sangat untuk berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di sini kan? Kedudukannya yang menghadap ke arah laut telah menjadi tumpuan mereka yang suka melihat sunrise dan sunset.

Tak kurang juga, ramai yang datang untuk bergambar di sini.

Tel: +60 88 521 800

Destinasi Menarik Di Kota Kinabalu

Kalau datang ke sini seminggu pun macam tak cukup untuk ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu ini kan?

Semoga percutian Mama sekeluarga penuh dengan momen indah untuk dikenang nanti!