KelabMama

15 Tempat Menarik Di Kota Bharu Untuk Persinggahan Anda

Tempat Menarik Di Kota Bharu

Sumber: istockphoto

Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan mempunyai banyak tempat menarik untuk anda lawati. Jika tempat penginapan anda berdekatan dengan bandar Kota Bharu, anda wajib singgah di 15 tempat ini, okay?

15 Tempat Menarik Di Kota Bharu

Jom, masukkan tempat-tempat menarik ini dalam tentatif percutian anda!

1. KST Selera Ikan Bakar Restaurant, Wakaf Che Yeh, Kelantan

Sumber: teamtravel.my

KST Selera Ikan Bakar merupakan antara restoran popular di Kota Bharu yang menyajikan menu ikan bakar yang segar. Terdapat banyak jenis ikan, bergantung kepada pilihan anda untuk dinikmati bersama beberapa jenis sambal dan ulam-ulaman.

Makanan lain pun ada di sini, kebanyakkan adalah masakan Melayu.

Alamat: Lot 1214, Sek 6, 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 4.00 ptg – 12.00 mlm
Tel: 019-910 2964

2. Drum & Desk

Sumber: facebook.com/drumanddesk/photos

Buat penggemar kopi dan Asian Cuisine, anda mesti ke Cafe Drum & Desk di Taman Sari ini ya? Di sini, bukan sahaja kopinya enak tetapi makanannya pun best!

Makanan Jepun, Korea, Melayu, Western dan banyak lagi, ada di kafe ini. Kalau anda mahu sewa ruang khas di tingkat 2 pun boleh. Dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti Wifi, meja dan ruang bekerja, tentu sesuai untuk sebarang untuk kursus, kelas dan sebagainya.

Alamat: 2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 7.00 mlm
Tel: 09-743 5898

3. Roots Soft Serve & Dessert Bar

Sumber: facebook.com/105752547445540/photos

Buat penggemar air krim soft serve pula, Roots Soft Serve & Dessert Bar mesti dimasukkan dalam wishlist anda ke Kota Bharu.

Setiap minggu, perasanya akan ditukar. Hanya 2 perasa sahaja yang dijual untuk seminggu dan akan berubah apabila masuk minggu yang baru. Ada soft serve durian, matcha, wild strawberry, chocolate, vanilla, nescafe, gula apong, teh tarik dan bermacam lagi!

Alamat: Tepi UNIKIDS, Jalan Che Su, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 11.00 pg – 7.00 mlm kecuali Jumaat, 11.00 pg – 1.00 tghari, 3.00 ptg – 7.00 mlm | Ahad tutup

4. Jubilee Antique Cafe

Sumber: facebook.com/pages/Jubilee%20Antique%

Untuk peminat barangan antik hipster, bolehlah singgah di Jubilee Antique Cafe. Hidangan di sini adalah pelbagai dan banyak juga yang unik seperti hidangan Pasta Masak Lemak Cili Api.

Ramai yang ke sini juga untuk bergambar kerana interiornya.

Alamat: 3592, Jalan Ismail, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Khamis hingga Selasa, 3.00 ptg – 11.00 mlm

5. Warung Pak Mat Pulau Pisang

Sumber: buzzcentrum.com dan http://lanzalfirdaus.blogspot.com/

Jangan lupa untuk singgah di Warung Pak Mat Pulau Pisang yang terletak berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan ya. Teh tarik madunya yang diletakkan buih madu di atas memang best.

Minumnya pula selepas menikmati sup kepala ikan bersama nasi panas, benar-benar lazat!

Alamat: Medan Ikan Bakar, Jalan Kuala Besar, Kampung Kedai Buloh, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin, 8.00 pg – 4.30 ptg
Tel: 011-2933 4563

6. Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra

Sumber: facebook.com/foimpak/photos

Merupakan antara ikon di Kota Bharu, Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra ini yang juga dikenali sebagai Menara Rehal Kota Bharu sering menjadi tumpuan pelancong.

Ramai yang ke sini untuk bergambar dan kadang-kadang, ada juga aktiviti jualan di sini yang menjadikannya tempat persinggahan yang sesuai di Kota Bharu.

Alamat: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

7. Warisan Nasi Kukus Kebun Sultan

Sumber: warisannasikukus.com

Antara nasi kukus yang sering menjadi pilihan penduduk Kelantan, anda wajib mencubanya jika ke sini. Terdapat banyak lauk dengan pelbagai masakan seperti ayam goreng berempah, ikan gulai, gulai udang besar, sotong gergasi dan bermacam lagi!

Alamat: 2, Jln Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 4.30 ptg – 10.00 mlm
Tel: 019-968 7878

8. Muzium Diraja Istana Batu

Sumber: wikipedia.org/wiki/Muzium_Diraja_Istana_Batu

Buat pengkaji dan peminat sejarah pula, Muzium Diraja Istana Batu Kelantan adalah destinasi wajib untuk anda.

Ia dipanggil sebagai Istana Batu kerana ia diperbuat dari konkrit simen. Istana ini pernah menjadi Istana Rasmi Diraja Kelantan tetapi pada tahun 1991, ia telah dipinjamkan sebagai ‘Muzium Diraja’.

Di sini dipamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan dari dulu hinggalah kini.

Alamat: Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 8.30 pg – 4.45 ptg kecuali Khamis, tutup 3.30 ptg |Jumaat tutup
Tel: 09-748 4477

9. Hamara’s Dining

Sumber: facebook.com/hamara.dining

Jika anda dan keluarga meminati nasi arab dan masakan Timur Tengah, jangan lupa untuk singgah ke Hamara’s Dining yang terletak berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan.

Antara menu yang anda mesti cuba ialah Lamb Smoked Rice, Chicken Mandy dan Manggo Lassi.

Alamat: Lot PT 752 Mukim Semut Api, 15710 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Ahad, Isnin dan Rabu, 11.00 pg – 7.00 mlm | Khamis dan Sabtu, 11.00 pg – 10.00 mlm | Jumaat, 2.00 tghari – 10.00 mlm
Tel: 019-358 0899

10. Pasar Siti Khadijah

Sumber: alchemyrider.me

Pasar di Kelantan yang sering menjadi pilihan penduduk dan pelancong untuk shopping ialah, Pasar Siti Khadijah.

Terdapat pelbagai jenis makanan dan barangan yang dijual di sini seperti kerepek, kain batik,kain telekung, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Alamat: Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin, 7.30 pg – 12.00 tghari | Selasa, 7.00 pg – 12.00 tghari
Tel: 017-914 6218

11. BĀO BĀO

Sumber: tripadvisor.com.my

Kafe lain yang menarik di Kota Bharu ialah, Bao Bao cafe. Ia terkenal dengan menunya yang pelbagai dan unik; berkosepkan makanan Asia.

Ada hidangan Melayu, Jepun, Thai, Cina, Korea dan bermacam lagi. Coffee nya pun best!

Alamat: 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 10.30 pg – 9.00 mlm
Tel: 017-905 4910

12. Lido Corner

Sumber: jalanjalancarimakan.com.my

Menu yang bestseller di Lido Corner ialah Nasi Sup Daging/Ayam Bakar. Ia telah beroperasi berpuluh tahun lamanya dan masih menjadi pilihan rakyat Kelantan hingga kini.

Alamat: 15200, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 12.00 tghari – 6.30 ptg
Tel: 018-915 9566

13. Yoohoo Dessert Café

Sumber: twitter.com/zainatularnieza/status

Destinasi seterusnya ialah, Yoohoo Dessert Café. Di sini terdapat pelbagai jenis pencuci mulut dari waffle, ais krim, shaved ice dan banyak lagi. Sesuai untuk anda yang inginkan sesuatu yang manis dan menyegarkan!

Alamat: 282, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Setiap hari, 12.00 tghari – 10.00 mlm
Tel: 018-948 3389

14. Pantai Cahaya Bulan

Sumber: malay.news

Pantai Cahaya Bulan merupakan antara pantai yang sentiasa sesak jika bukan dengan pelancong, penduduk tempatan.

Pelbagai makanan dan minuman ada dijual di sini dan merupakan tempat yang sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga.

Alamat: Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kelantan

15. Suwarin Jinda Cafe

Sumber: hmetro.com.my

Kalau anda gemar masakan Siam, memang wajib singgah di Suwarin Jinda Cafe ya. Ia menyediakan aneka menu sentuhan Siam yang membangkitkan selera dan pasti akan membuatkan anda teringat-ingat!

Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Rabu hingga Isnin, 3.30 ptg – 12.00 mlm
Tel: 014-210 4995

Kota Bharu, Bandaraya Islam Negeri Kelantan

Kota Bharu memang dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang anda mesti pergi walaupun sekali. Jangan lupa untuk susun jadual percutian anda di Kota Bharu berdasarkan waktu operasinya ya?