KelabMama

Senarai 23 Tempat Menarik Di Kemaman Untuk Percutian Anda!

tempat menarik di Kemaman

Sumber: facebook.com/beautifulterengganumalaysia/photos

Terengganu, negeri yang begitu cantik, seratanya terdapat banyak pantai, pulau dan tempat peranginan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

23 Tempat Menarik Di Kemaman, Terengganu

Untuk anda yang bercadang ke Kemaman, jom tengok senarai tempat-tempat menarik di sana.

1. Bandar Chukai

Sumber: facebook.com/BandarChukai/posts

Bandar Chukai merupakan pekan di daerah Kemaman. Di sini, terdapat pelbagai jenis makanan dan barangan yang dijual pada harga berpatutan untuk pengunjung.

2. Kedai Kopi Hai Peng

Sumber: facebook.com/beautifulterengganumalaysia/photos

Antara kedai kopi yang popular di Kemaman ialah Kedai Kopi Hai Peng. Seperti kedai kopitiam yang lain, roti bakar dan air kopinya merupakan antara menu yang bestseller di sini.

Alamat: K-3753, Jalan Sulaimani, Kampung Gong Pauh, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 7.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 09-859 7810

3. Kampung Kuala Kemaman (Kuih Bekang Warisan Keluarga)

Sumber: facebook.com/beautifulterengganumalaysia/photos

Suasana di kampung ini sungguh mendamaikan dan indah pandangannya. Kuih bekang warisan keluarga merupakan antara tarikan di sini yang sering membuatkan pengunjung dari luar datang untuk merasanya.

Alamat: Jalan Kuala Kemaman – Bangsal Ikan, Kampung Geliga Kecil, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 12.00 tghari – 7.00 mlm
Tel: 011-2855 0314

4. Ma’Daerah Turtle Sanctuary Centre

Sumber: beautifulterengganu.com

Selain itu, di Kemaman juga terdapat pusat perlindungan penyu. Di sini telur penyu dikutip dan anak penyu yang telah menetas akan dilepaskan ke laut dengan selamat. 

Alamat: Ma’Daerah Turtle Sanctuary Centre, 24300 Kerteh, Terengganu
Tel: 09-844 4169

5. Rumah Jambi

Sumber: facebook.com/KemamanTular/posts

Rumah Jambi merupakan peninggalan bersejarah di Kg. Pasir Gajah Kemaman ini. Seni binanya unik kerana mempunyai unsur tradisi pembinaan Jambi, Sumatera dengan pengaruh seni bina Melayu Terengganu, Islam, Inggeris dan Melayu Johor.

Alamat: Rumah Jambi, Kampung Pasir Gajah, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 012-550 9364

6. Zoo Kemaman

Sumber: freemalaysiatoday.com

Di Kemaman juga terdapat zoo ya. Sesuai sangat untuk bawa kanak-kanak ke sini, belajar mengenali dan melihat pelbagai haiwan dalam habitatnya.

Alamat: Zoo Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pg – 5.00 ptg
Tel: 09-859 6644

7. Pantai Peranginan Kemasik

Sumber: beautifulterengganu.com

Pantai yang sering menjadi kunjungan pelancong di sini ialah Pantai Peranginan Kemasik atau lebih dikenali sebagai Pantai Kemasik.

Apa yang unik di pantai ini ialah pembentukan batu di pesisiran pantainya yang membuatkan ia kelihatan sungguh cantik!

Alamat: Pantai Peranginan Kemasik, 24210 Kemasik, Terengganu

8. Pantai Teluk Mak Nik

Sumber: beautifulterengganu.com

Di Pantai Teluk Mak Nik pula, ia terkenal sebagai pantai yang menjadi pusat pemuliharaan penyu.

Alamat: Pantai Teluk Mak Nik, Kampung Mok Chili, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari
Tel: 017-932 1926

9. Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong

Sumber: foursquare.com

Kalau nak berkelah dan bersuka ria bersama keluarga, Pantai Telaga Simpul di Teluk Kalong Kemaman adalah destinasi yang sesuai.

Di sini terdapat pelbagai kemudahan seperti tandas awam, surau, tempat permainan kanak-kanak dan bermacam lagi.

Alamat: Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong, 24100 Kijal, Terengganu

10. Kelip-kelip sungai Yak Yah (Yak Yah Fireflies Sanctuary)

Sumber: iffaed.wixsite.com

Seronoknya boleh tengok kunang-kunang berterbangan di tepian sungai. Ia adalah pandangan yang cukup mempesonakan.

Buat pengunjung yang ingin ke sini, anda perlu naiki bot di jeti Sungai Yak Yah untuk dibawa ke habitat serangga ini ya.

Alamat: Yak Yah Kelip-kelip, Kampung Yak Yah, 24000 Chukai, Terengganu

11. Warung Aziz Satar

Sumber: mamapipie.com

Buat penggemar satar dan otak-otak, Warung Aziz Satar adalah kedai makan yang anda wajib singgah!

Alamat: Warung Aziz Satar, T124, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu
Waktu operasi: Jumaat hingga Selasa, 9.00 pg – 7.00 mlm | Khamis, 9.00 pg – 5.00 ptg | Rabu tutup
Tel: 013-209 4212

12. Gerai Lemang Kijal

Sumber: fadhilk.com

Selain itu, di Kemaman juga ada gerai lemang yang best!

Alamat: Gerai Lemang Kijal, 24100 Kijal, Terengganu
Waktu operasi: Selasa hingga Sabtu, 8.00 pg – 8.00 mlm | Ahad, 8.00 pg – 6.00 ptg | Isnin tutup
Tel: 011-3319 5925

13. Pantai Penunjuk

Sumber: http://ffterengganu.blogspot.com/

Terletak di Kijal, Kemaman, Pantai Penunjuk juga adalah antara pantai yang cantik di Terengganu. Ada juga yang datang memancing ke sini.

Alamat: Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

14. Pantai Bukit Tampin

Selain itu, pantai lain di Kemaman ialah Pantai Bukit Tampin.

Alamat: Pantai Bukit Tampin, Lorong Masjid Lama 1, Kampung Baru, 24210 Kemasik, Terengganu

15. Masjid Lama Kampung Tuan

Sumber: facebook.com/AmazingTerengganu/photos

Masjid ini berusia ratusan tahun yang telah dibina oleh Allahyarham Syed Abdul Rahman bin Abdul Samad (Tuan Wok) pada tahun 1830. Ia merupakan warisan yang diwarisi turun-temurun dan masih dipelihara hingga sekarang.

Alamat: Masjid Lama Kampung Tuan, Kampung Gong Limau, 24000 Chukai, Terengganu

16. Muzium Kemaman

Sumber: http://agarakutidaklupa.blogspot.com/

Setiap tempat ada sejarahnya. Di Muzium Kemaman, anda akan dapat memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah daerah Kemaman.

Di sini juga terdapat pameran tembikar purba, tempayan air tembaga, hasil kerja kayu tradisional, keris Melayu tradisional, gambar-gambar lama di daerah ini dan bermacam lagi.

Alamat: Muzium Kemaman, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

17. Kampung Air Jernih

Sumber: facebook.com/beautifulterengganumalaysia/photos

Kampung ini merupakan perkampungan Cina Hainan terbesar di Malaysia. Bolehlah ke sini untuk melihat budaya dan tradisi kaum Cina Hainan.

Alamat: Kampung Air Jernih, 24210 Kemasik, Kemaman, Terengganu

18. Pantai Kuala Kerteh

Sumber: google.com

Selain boleh berkelah dan makan-makan, di Pantai Kuala Kerteh juga terdapat chalet untuk penginapan.

Alamat: Pantai Kuala Kerteh, Jln Kampung Tengah 8, 24300 Kerteh, Terengganu

19. Kompleks Kemaman Centre Point

Sumber: foursquare.com

Untuk membeli-belah pula, bolehlah ke Kompleks Kemaman Centre Point.

Alamat: Jalan Da Omar, 24000 Kemaman, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 10.00 mlm
Tel: 09-850 2850

20. Air Terjun Jeram Penitih

Sumber: bharian.com.my

Air Terjun Jeram Penitih mempunyai 8 tingkat air terjun yang berbeza setiap satunya. Lokasinya yang sukar untuk ditemui menjadikannya tidak begitu dikenali ramai.

Alamat: Air Terjun Jeram Penitih, Bandar Seri Bandi, Kemaman

21. Taman Rekreasi Bakau Tinggi

Sumber: visit-terengganu.net/

Di Taman Rekreasi Bakau Tinggi, anda boleh melihat keindahan pokok bakau dari jambatan kayu di sepanjangnya.

Alamat: Taman Rekreasi Bakau Tinggi, 24000 Chukai, Terengganu

22. Bukit Mak Dayang

Sumber: google.com

Jika anda merancang untuk hiking dan melihat keindahan Kemaman dari puncak, bolehlah ke Bukit Mak Dayang.

Alamat: Bukit Mak Dayang, Kampung Kubang Kurus, 24000 Chukai, Terengganu
Tel: 014-516 8954

23. Tasik Biru Kemaman

Sumber: penangfoodie.com

Keindahan dan keunikan air tasik ini yang berwarna biru telah menjadi tumpuan pelancong di Kemaman. Kerana warna airnya, ia telah mendapat gelaran sebagai Tasik Pepsi Blue.

Ramai yang ke sini untuk bergambar tetapi awas ya, di sini tidak sesuaai untuk mandi manda.

Alamat: Tasik Biru Kemaman, Kampung Macang Setahun, 24000 Chukai, Terengganu

23 Tempat Menarik Di Kemaman

Rugi kalau tak singgah di destinasi-destinasi ini tau. Daerah Kemaman sememangnya sungguh indah dengan alam semula jadinya yang cantik dan terpelihara.