KelabMama

TOP 17 Tempat Menarik Di Jitra – Bukan Setakat Cantik Je Tapi Penuh dengan Warisan Budaya!

tempat menarik di jitra

Jitra, sebuah bandar yang terletak di negeri Kedah, Malaysia, adalah destinasi menarik yang kaya dengan keindahan alam dan warisan budaya.

Dalam artikel ini, kita akan menyelami pelbagai tempat menarik di Jitra yang pasti memikat hati anda dan juga para pelancong lain dari serata negara.

Senarai Tempat Menarik di Jitra, Kedah

#1. Awanaz Agro Farm and Rarecreation

Kredit gambar: Facebook@Awanaz Agro Farm and Rarecreation

Awanaz Agro Farm and Rarecreation menawarkan lebih daripada sekadar pemandangan yang indah. Farm camping hujung minggu ini membuka peluang untuk pengunjung merasai keindahan alam secara dekat.

Salah satu aktiviti yang paling disukai ialah merendam kaki dalam sungai yang mengalir dengan tenang. Aktiviti ini tidak hanya memberikan pengalaman santai tetapi juga memberi peluang untuk ‘healing’ dan melepaskan tekanan harian.

Tempat ini juga terkenal dengan port durian dan pelbagai aktiviti agro yang menarik. Pengunjung dapat menikmati ketenangan di tengah ladang durian, sambil menikmati keunikan buah-buahan tempatan.

Awanaz Agro Farm and Rarecreation adalah destinasi yang sesuai untuk aktiviti sukan ekstrem, memberikan peluang kepada peminat sukan mencabar diri mereka dalam persekitaran semula jadi.

#2. Teratak Al QARNI

Kredit gambar: Facebook@Teratak Al QARNI

Jika anda mencari tempat percutian yang unik dan berbeza di Jitra, Teratak Al QARNI adalah destinasi yang sempurna untuk anda. Teratak Al QARNI, destinasi terkini untuk pakej percutian dan rekreasi di Jitra yang menarik.

Terletak di tengah-tengah suasana kampung yang damai, Teratak Al Qarni menawarkan CHALET eksklusif dalam suasana KAMPUNG serta Dusun Durian yang mempesona dengan sungai dan kolam mandi yang menarik.

Teratak Al Qarni bukan sekadar tempat penginapan, tetapi sebuah destinasi percutian 5 bintang yang memukau dengan suasana luar bandar yang memanjakan tetamu.

Nikmati pelbagai aktiviti menarik seperti ATV adventure ride dan agro farm tour yang pastinya memuaskan peminat pengembaraan.

Selain daripada itu, Teratak Al Qarni juga merupakan pilihan yang ideal untuk program dan aktiviti team building.

#3. Blackwood Coffee & Chocolate

Kredit gambar: Instagram @blackwoodcoffeeandchocolate

Ini adalah sebuah kafe yang paling digemari oleh golongan remaja, kerana konsepnya lebih santai dan menarik. Terdapat pelbagai hidangan barat yang menyelerakan seperti pasta, burger, toast dan sandwich. Kepada pengemar kopi, anda boleh datang ke sini untuk mencuba Capuccino, Hazelnut dan banyak lagi.

4. Restoran Wadi Sinai

Kredit gambar: Instagram @Restoran Wadi Sinai

Di restoran ini menyediakan pelbagai makanan arab yang sangat berpuas hati kerana ia bersaiz besar. Makanan arab yang paling terkenal ialah Kabshah Lamb. Pengunjung yang ingin merasai makanan arab sebenar bolehlah singgah di sini.

5. Nasi Lemak Royale Jalil, Cawangan Jitra

Kredit gambar: Instagram @Nasi Lemak Royale Jalil, Cawangan Jitra

Nasi lemak tidak asing lagi dalam masyarakat melayu. Ramai yang sanggup beratur panjang untuk menikmati keenakan nasi lemak di sini. Antara lauk pauk pilihan yang paling popular dan boleh anda nikmati adalah sambal sotong dan ayam goreng.

6. Santaian Eko Zati

Kredit gambar: Facebook @Zati Eco Retreat

Santaian Eko Zati merupakan destinasi unggul yang menawarkan pelbagai kemudahan yang meliputi perkhidmatan penginapan, kolam mandi, dan anda juga boleh melakukan aktiviti memancing di Santaian Eko Zati Sungai Wang Tepus.

Dengan suasana yang menenangkan, Santaian Eko Zati adalah tempat ideal untuk menganjurkan pelbagai acara seperti Hari Keluarga, mandi kolam, dan pelbagai aktiviti luar yang menarik.

Pengalaman menaiki boat, berkhemah, hiking, dan memancing turut menjadi sebahagian daripada pelbagai aktiviti yang boleh anda nikmati.

Pihak pengurusan turut menyediakan ruang untuk cadangan aktiviti khusus, memastikan setiap kunjungan anda di Santaian Eko Zati menjadi pengalaman yang tak mungkin anda dapat lupakan.

7. Tempat Menarik Di Jitra – Fantasia Aqua Park

Kredit gambar: Instagram @Fantasia Aqua Park Darulaman

Bagi keluarga yang ingin membawa anak-anak bermain dengan aktiviti air boleh berkunjung ke Fantasia Aqua Park. Di sini terdapat pelbagai aktiviti sukan air yang sangat menarik dan paling penting semuanya tidak membahayakan untuk anak-anak anda bermain dan bersuka ria.

8. Pak Lang Roti Canai

Kredit gambar: Instagram @Pak Lang Roti Canai

Bagi anda yang sedang mencari tempat untuk bersarapan pagi seperti roti canai, anda boleh datang ke restoran Pak Lang Roti canai, kerana hidangannya yang sangat sedap. Antara menu roti canai yang boleh didapati ialah roti sardin, roti telur dan banyak lagi

9. Tempat Menarik Di Jitra – Hutan Lipur Bukit Wang

Kredit gambar: Instagram @mdfarizal

Taman ini mempunyai kawasan mandi yang agak panjang, iaitu satu kilometer dan sesuai dengan semua peringkat umur. Bagi yang meminati aktiviti lasak disediakan juga laluan untuk memanjat bukit dan berjoging sambil melihat keindahan alam iaitu tumbuhan sagu dan periuk kera. Terdapat juga kafe untuk pengunjung menikmati makanan.

10. Lynn Beauty House

Kredit gambar: Instagram @propertyagentberdaftar

Setelah penat berjalan, apa kata anda manjakan tubuh di salon yang sangat best di Jitra ini! Pusat kecantikan ini mempunyai keunikan tersendiri. Anda boleh memilih produk berdasarkan jenis kulit dan harga mampu milik serta mempunyai pakej-pakejnya yang tersendiri. Di sini juga terdapat salon rambut jika anda ingin menggayakan rambut baru!

11. Restoran Cendol Pulut Haji Johari, Napoh

Kredit gambar: Instagram @#cendolpuluthajijohari

Jom bersantai petang dengan menikmati makanan dingin seperti cendol di Restoran Cendol Pulut Haji Johari, Napoh ini. Cendol di restoran ini sangat menyelerakan dan amat menarik dengan pelbagai pilihan jenis. Di samping itu, masakan kampung dan kudap-kudapan seperti cucur udang dan sate juga turut dijual di sini.

12. Tempat Menarik Di Jitra – Masjid Al-Muttaqin Taman Mahsuri, Jitra Kedah

Kredit gambar: Instagram @fuat_pru

Masjid ini adalah yang terawal dibina dan sangat cantik pada waktu malamnya, kerana cahaya lampu yang menghiasi seluruh masjid. Anda boleh datang ke sini untuk menunaikan solat sambil mengagumi kecantikan seni binanya.

13. Tempat Menarik Di Jitra – Homestay MADA Pulau Pisang

Kredit gambar: Instagram @asrioffshore

Homestay best di Kedah ini dikelilingi oleh kecantikan sawah padi menghijau di waktu awal penanaman dan emas kekuningan di masa penuaian.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berkayak dan memancing. Bagi yang ingin mengadakan majlis perkahwinan boleh diadakan di sini.

Dengan hanya RM120, anda boleh menetap di 15 buah rumah inap desa yang berbagai reka bentuk, serta 2 buah chalet di penggir kolam yang luas.

14. Mix Legacy Cafe

Kredit gambar: Instagram @hazrul.haron

Restoran ini terletak bertentangan dengan Masjid Al-Fateh dan berkonsepkan tanpa bumbung. Bagi yang ingin menikmati makan malam boleh berkunjung ke sini. Pelbagai jenis makanan boleh dinikmati di sini, antaranya makanan barat, kampung dan bermacam-macam lagi.

15. Tempat Menarik Di Jitra – Darul Aman Park

Kredit gambar: Facebook @Darulaman Park, Jitra

Di tasik Darul Aman Park anda boleh menyewa bot untuk merasai pengalaman menaiki bot. Dengan menaiki bot anda boleh menikmati keindahan alam sekitar sambil melihat sekitar tasik yang sangat tenang. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah berjoging dan berkelah bersama keluarga.

#16. Restoran Tok Keramat

Kredit gambar: Instagram @nurrita_ailmi

Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan sarapan pagi dan tengahari yang menyelerakan. Antaranya ialah roti jala, roti arab, roti canai, gulai kawah, ikan bakar, sotong bakar, ulam-ulaman dan pelbagai lagi. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kepada anda yang mempunyai selera utara dan kampung di sinilah tempat makan yang terbaik.

#17. Sabai Dee Cafe

Kredit gambar: Instagram @chiewsheng95

Jika anda gemar menikmati makanan Thai, anda disyorkan untuk singgah di Sabai Dee Cafe ini. Menariknya di restoran ini ia berkonsepkan makan di kawasan taman.

Sesiapa yang ingin mencuba keenakan masakan Thai anda sangat dialu-alukan untuk datang berkunjung ke restoran ini. Antara menu pilihan popular pengunjung ialah tomyam campur, kerabu manga, sotong goreng tepung dan pencuci mulut Red Ruby.

Jangan tunggu lagi, jom rancang percutian anda ke Jitra, Kedah dengan memasukkan semua tempat menarik di Jitra ini dalam list anda!


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan percutian menarik di tempat lain di SINI!