KelabMama

10 Tempat Menarik Di Janda Baik – Jom Masukkan Dalam List!

janda baik

Sumber: thestar.com

Janda Baik memang terkenal sebagai tempat percutian yang cantik, penuh dengan keindahan alam semula jadi. Dengan kedudukannya yang strategik, ia memang menjadi pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia malah pelancong dari luar.

10 Tempat Menarik Di Janda Baik

Sebut je penginapan yang macam mana anda mahukan, di Janda Baik ada kesemuanya tau. Nak bercamping? Menginap di resort yang cantik? Ingin merasa tinggal di homestay dalam suasana kampung? Semuanya ada di sini:

#1. RUANG

Sumber: facebook.com/RUANGJANDABAIK

RUANG merupakan sebuah tempat penginapan di Janda Baik yang berkonsepkan ruang terbuka, Eco-Industrial-Shabby-Chic-Eccentric. Dengan design sebegini, memang banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Aktiviti yang sesuai dilakukan di RUANG ialah:

Terutamanya buat mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, jaraknya hanyalah 45 minit perjalanan tau. Memang sesuai untuk melegakan tekanan bekerja dan untuk bersuka ria.

Selain itu, terdapat juga anak sungai berdekatan dengannya. Bolehlah rendamkan kaki, meluangkan masa di pinggir sungai bersama keluarga. Tentu menyegarkan!

Alamat: 13, Kg Sum Sum Hilir 28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia
Tel: 019-219 6409

2. Afsana Villa

Sumber: facebook.com/afsanavillahomestay

Berada dalam suasana bandar dan kesibukan ibu kota, terasa juga kadang-kadang tu nak bercuti di rumah klasik penuh dengan ciri-ciri tradisional. Afsana Villa merupakan pilihan tepat ya.

Di sini, reka bentuk rumahnya memang klasik, diperbuat dari kayu dan kaya dengan nilai estetika yang tersendiri.

Mungkin kerana itu jugalah ia dipilih sebagai tempat penggambaran iklan dan sebagainya. Ramai tetamu yang merayakan Hari Raya Aidil Fitri di sini. Memang meriah tau!

Di perkarangannya pula, banyak pokok-pokok bunga yang cantik menghiasi halaman rumah. Ia mencipta suasana damai dan sangat sesuai untuk bergambar.

Antara aktiviti yang sesuai dilakukan di Afsana Villa ialah:

Alamat: Lot 6154, Kg. Chemperoh, Janda Baik 28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia
Tel: 012-623 3772

3. Kubang Pindah

Sumber: facebook.com/kubangpindah

Macam mana pula kalau untuk berkhemah? Tapi tak nak lah yang hardcore, berkhemah tapi ada kelengkapan yang cukup.

Haa.. kalau tempat yang sebegini yang anda cari, sesuai sangat untuk glamping di Kubang Pindah tau! Di sini, ia terkenal sebagai tempat yang berkhemah tetapi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Senang cerita, glamping lah kan!

Biasalah.. kalau bawa kanak-kanak dan orang tua, memang kurang sesuai jika ingin berkhemah betul-betul. Jadi ramai yang mencari tempat penginapan yang suasana seperti berkhemah tetapi tidak berbahaya dan mempunyai kemudahan seperti tandas terdekat. Jom, ke Kubang Pindah!

Antara tarikan dan aktiviti yang sesuai dilakukan di Kubang Pindah ialah:

Alamat: Jalan Belia 1, Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang
Tel: 016-908 3413

4. Homestay D’Lampin

Sumber: facebook.com/Homestay-janda-baik

Kalau anda sukakan rumah kampung yang sederhana pula, bolehlah risik-risik Homestay D’Lampin di Janda Baik ya.

Di sini terdapat dorm dan chalet, kedua-duanya berkonsepkan suasana kampung tetapi berbeza pada ruangnya. Di sebelah homestay ini pula, terdapat anak sungai yang jernih airnya. Sesuai sangt untuk mandi manda dan berkelah di tepian bersama keluarga.

Antara tarikan dan aktiviti yang sesuai dilakukan di Homestay D’Lampin ialah:

Alamat: Homestay D’Lampin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Tel: 017-9241841 Puan Suriati

5. Benus Valley Camping Ground

Sumber: google.com

Tetapi jika anda sukakan cabaran dan inginkan suasana back-to-nature, Benus Valley Camping Ground mungkin adalah destinasi yang dicari.

Di sini, anda boleh berkhemah, jauh dari bandar dan hanya dalam suasana hutan yang ditemani bunyi deruan air sungai dan ungas-ungas. Memang raw dan mendamaikan!

Alamat: Benus Valley Camping Ground, Hulu Sg. Benus, Janda Baik, Pahang.
Tel: 011-10082824 Bedo, 012-2027525 Lin

6. Sungai Kuali Camp Site

Sumber: Facebook @Sungai Kuali Camp Site
Sumber: Facebook @Sungai Kuali Camp Site
Sumber: Facebook @Sungai Kuali Camp Site

Sungai Kuali Camp Site terkenal sebagai tempat perkhemahan yang berkonsepkan suasana kampung.

Antara tarikan dan aktiviti yang sesuai dilakukan di Sungai Kuali Camp Site ialah:

Alamat: Sungai Kuali Camp Site, Kampung Chemperoh Janda baik 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Tel: 0143308874 Amri, 0139620089 Hj Alman

7. Kebun Ayah

sumber:facebook.com/kebunayah/photos

Selain itu, di Kebun Ayah juga, anda boleh berkhemah bersama keluarga dan rakan-rakan. Tetapi yang membezakannya dengan camp site yang lain ialah, di sini, anda boleh ke Lata Hammer.

Untuk ke sini, anda harus trekking tetapi laluannya bukanlah sukar malah sesuai untuk kanak-kanak juga.

Antara tarikan dan aktiviti yang sesuai dilakukan di Kebun Ayah ialah:

Alamat: Lembah Perting 28700 Bentong, Pahang, Malaysia
Tel: 019-355 2924

8. Pulau Santap

Sumber: tripadvisor.com

Dikatakan namanya diberi kerana ia pernah menjadi tempat riadah dan untuk menyantap hidangan bagi kerabat diraja Pahang.

Pulau Santap mempunyai banyak resort dan chalet di tengah-tengah kawasan hutan tropika dan sungai berdekatan.  

Alamat: Lot 2575 Kampung Pulau Santap, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Tel:
03-5162 5554

9. Riverside Janda Baik

Sumber: facebook.com/riversidejandabaik/photos

Di Riverside Janda Baik pula, anda boleh berkelah, berkhemah dan bercuti bersama yang tersayang.

Antara tarikan dan aktiviti yang sesuai dilakukan di Riverside Janda Baik ialah:

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus ke laman webnya. Banyak aktiviti dan reunion yang telah diadakan di sini. Boleh masukkan dalam option okay!

Alamat: Lot 5506, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup)
10.00am – 1.00pm
1.00pm – 2.00pm (makan tengahari)
2.00pm – 6:00pm
Tel: 019-4983100/019-9483100 WhatsApp sahaja

10. Twinkle Villa

Sumber: facebook.com/twinklejandabaik/photos

Macam mana pula bagi mereka yang inginkan percutian di kawasan penginapan yang konsepnya berbeza?

Di Twinkle Villa, anda boleh menginap dalam villa mewah yang pernah memenangi award bangunan terbaik di Persatuan Arkitek Malaysia 2017 ini. Memang teruja habis, terutama bagi mereka yang sukakan dan memahami reka bentuk dan pembinaan bangunan.

Interiornya cukup cantik, luas, kaya dengan nilai kontemporari dan estetika tersendiri.

Antara tarikan dan aktiviti yang sesuai dilakukan di Twinkle Villa ialah:

Alamat: Lot 350, Lorong Sum Sum Dua, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia.
Tel:
+603 33444253

10 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Sweet Escape Anda!

Janda Baik, memang dipenuhi dengan tempat-tempat menarik untuk pelbagai aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Memang destinasi wajib untuk percutian dalam negeri!

Kalau Mama dan seisi keluarga ada masa lagi, teruskan perjalanan anda ke Terengganu pula. Banyak sangat tempat-tempat yang best di Terengganu sebenarnya!