KelabMama

Tempat Menarik di Hat Yai Dengan Bajet Minima: Travel Luar Negara Lebih Murah Dari Jalan-Jalan di KL!

Saya tahu Papa mesti dah lama teringin nak bawa Mama dengan anak-anak melancong ke luar negara kan? Tapi saya faham, dengan zaman yang mencabar sekarang ni, tak mudah untuk Papa belanjakan bajet yang banyak untuk travel ke luar negara.

Tapi Papa tahu tak? Sebenarnya boleh sangat kalau papa nak travel dan melawat tempat menarik di Hat Yai. Kira luar negara la tu walaupun negara jiran je kan?

Apa yang saya rasa Papa nak sangat dengar ialah, kos bercuti di Hat Yai lebih selama 3 hari, lebih rendah berbanding jalan-jalan di Kuala Lumpur!

Tak percaya? Mana tempat menarik di Hat Yai yang Papa boleh pergi dengan kos yang minima? Papa belum pernah pergi? Sebenarnya mudah sangat urusan untuk travel di Thailand, dan kos makan, pengangkutan, penginapan adalah lebih rendah berbanding berjalan di dalam negara.

Mari sini saya kirakan bajet minima melancong ke tempat menarik di Hat Yai bagi setiap orang selama 3 hari 2 Malam.

Anggaran Bajet Melancong ke Tempat Menarik di Hat Yai

Pengangkutan

Bergantung kepada pemilihan pengangkutan yang Papa ingin gunakan dan mengikut keselesaan, Papa sebenarnya boleh menggunakan kenderaan sendiri. Tetapi ada penambahan kos kerana perlu mengambil insurans, kos minyak, tol dan sebagainya.

Untuk kiraan kos ini, saya akan menggunakan cara pengangkutan paling murah, iaitu dengan menggunakan Keretapi.

Menuju ke Hat Yai

ETS KL Sentral-Padang Besar (Malaysia): RM 70-100 seorang
Kredit gambar: Train 36
Turun di KTM Padang Besar (Malaysia) dan beratur untuk membeli tiket keretapi Padang Besar (Thailand)-Hat Yai
Kredit gambar: Thai Train Guide
Keretapi Padang Besar (Thailand)-Hat Yai: RM 8 seorang
Kredit gambar: Train 36

Kenderaan di Thailand

Kredit gambar: Wikimedia Commons

Kalau Papa dengan Mama nak berbulan madu berdua, boleh sewa motor sahaja, lebih romantik, dan adventure tapi kalau Papa dengan anak-anak yang melancong ke tempat menarik di Hat Yai, boleh sewa kereta.

Berikut kadar normal harga sewa motor dan kereta di Hat Yai:

Papa juga boleh menaiki Tuk-tuk, tetapi harga Tuk-tuk bergantung kepada pemandu tersebut. Saya sarankan Papa untuk ambil Tuk-tuk untuk ke tempat berdekatan, di dalam bandar, dan ketika waktu tidak sesak. Dengan hanya 15 bht (RM 2) Papa boleh menaiki Tuk-tuk pada waktu yang tepat dan jarak yang berdekatan.

Penginapan

Kalau di Malaysia, masih boleh lagi dapat hotel 3 bintang dan dekat dengan tempat tarikan, tapi harga murah? Mungkin ada di kawasan perkampungan tapi bukan di Bandar.

Namun di Hat Yai, anda boleh dapatkan hotel serendah RM 60 satu malam! Iya, betul. Papa tak silap baca!

Walaupun ada pilihan lain yang lebih menarik, dengan bajet RM 120 untuk penginapan, Papa sudah boleh menempah sebuah hotel butik yang selesa! Sangat sesuai untuk ‘budget travel‘ kan?

Makanan

Thailand semestinya menjadi salah satu tujuan utama ‘food hunter‘ para pemburu makanan. Makanan adalah salah satu highlight paling penting bagi pelancong yang pergi ke Hat Yai.

Seperti umum tahu, Thailand merupakan negara pengeluar makanan. Kebanyakan makanan di sana sangat memuaskan dan boleh didapati pada harga yang agak tidak masuk akal!

Kalau Papa nak makan sedap, kos makan untuk 1 orang tidak akan melebihi RM 300 untuk 3 hari. Berikut adalah beberapa tempat Papa boleh food hunting dengan Mama dan standard harga makanan di kedai tersebut.

Food Hunting di Hat Yai

ASEAN Night Market
Kredit gambar: Tripadvisor

Terdapat pelbagai makanan di bahagian foodcourt tingkat atas pasar ini. Rata-rata makanan di sini berharga 10 bht – 100 bht. Satu tips penting bila di sini, sediakan wang tunai Thai Bath lebih daripada bajet anda! Hal ini kerana, Papa mesti akan rambang mata dengan pelbagai makanan menarik dan sedap yang tersedia.

Antara makanan yang terdapat di sini ialah:

Dan bermacam-macam lagi! Pelbagai jenis makanan ringan dan minuman juga tersedia di sini.

Central Festival
Kredit gambar: Malaysia travel blog

Terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari ASEAN Night Bazaar, Central Festival pula merupakan sebuah pusat beli belah dan mempunyai pelbagai gerai makanan.

Tapi Papa kena hati-hati, jangan lepas Mama! Kalau Mama dah mula nak shopping kat sini mesti lupa pasal makan!

Makanan di sini tidak terlampau mahal dan tidak semurah ASEAN night market, tetapi pilihannya agak berlainan dari apa yang biasa dilihat, enak dan pelbagai.

PERINGATAN: Ada juga makanan yang tidak halal di sini. Jadi, pastikan Papa tanya dahulu sebelum membeli.

Hat Yai Floating Market
Kredit gambar: Tripadvisor

Hat Yai Floating Market pula menyediakan lebih banyak pilihan makanan berbanding ASEAN night market namun harga yang ditawarkan juga sedikit mahal.

Tarikan utama Hat Yai Floating Market adalah gerai jualan di atas sampan yang terletak di tebing-tebing sungai.

WAJIB: Khlong Hae Seafood Buffet
Kredit gambar: Restaurant Guru

Kalau Papa pergi Hat Yai tapi tak datang kat sini, memang rugi! Harga untuk seorang hanya dalam 300 bht (RM 39.90).

Pilihan seafood disini amat banyak dan boleh dikatakan semuanya disediakan segar dan sedap-sedap. Bukan setakat seafood, pilihan manisan, snek, dan dessert yang disediakan juga amat menarik. WAJIB pergi.

Nota tambahan: Mungkin Papa pernah dengar tempat di Hat Yai yang viral seperti Lee’s Garden dan Dimsum Chabura. Bagi pendapat peribadi saya, Lee’s Garden tidak mempunyai pilihan yang menarik dan harga pula agak mahal, tapi sesuai untuk merasai suasana malam yang meriah.

Dimsum Chabura pula tidak mempunyai pilihan makanan yang pelbagai dan tidak juga boleh dikatakan “enak”, tetapi harga yang dikenakan agak tinggi.

Tempat Menarik di Hat Yai

Kalau Papa nak bawa Mama membeli belah, agak tidak sesuai di Thailand, tambahan pula di Hat Yai. Ini kerana nilai mata wang Ringgit Malaysia lebih rendah berbanding Malaysia.

Walaupun begitu, Banyak lagi tempat menarik yang anda boleh pergi dengan harga yang berpatutan!

Cable Car Hat Yai City- Dewasa 200 bht (RM 26.60), Kanak-kanak 100 bht (RM 13.30)
Kredit gambar: Triphobo

Melihat pemandangan Hat Yai dari atas. Kalau Papa pernah naik cable car di Langkawi, begitulah perasaannya, cuma lebih murah.

Samila Beach
Kredit gambar: Tripadvisor

Pemandangan perairan pantai Thailand “panThai” yang menenangkan. Di tepi-tepi pantai pantai ada penjual-penjual makanan. Papa wajib cuba ais krim kelapa original di sana. Amat lazat, berlemak dan menyegarkan!

Songkhla Central Mosque
Kredit gambar: Tripadvisor

Singgah dulu di Masjid Songkhla untuk melihat komuniti Islam di Thailand. Masjid ini terletak lebih kurang 15-20 minit dari bandar Hat Yai.

Chang Puak Elephant Camp – Masuk Percuma, Tunggang gajah 500 bht (RM 66.50)
Kredit gambar: Tripadvisor

Bukan selalu dapat tengok gajah dengan percuma kan? Ya, percuma je Papa! Tetapi kalau Papa ingin menunggang gajah, ada bayaran yang akan dikenakan.

Bukan itu sahaja aktiviti yang disediakan di sini, setiap pakej aktiviti akan ada penambahan kos. Ikut kemampuan tau!

Mengikut kemampuan Papa dan Mama, Hat Yai merupakan sebuah tempat yang sangat seronok walaupun ingin minima kan kos!

Tip Penting: Tukar duit di Thailand untuk upah perhidmatan yang lebih murah dan kadar penukaran yang lebih berbaloi.


Untuk lebih banyak tips travel klik SINI.