KelabMama

10 Destinasi Menarik Di Desaru Untuk Percutian Anda Yang Bermakna!

10 Tempat Menarik Wajib Singgah Di Desaru

Sumber: lokasipercutian.com

Desaru memang sentiasa meriah dengan pengunjung dari dalam dan luar negara. Memang lah kan, ia bukan sahaja kerana kedudukan strategiknya yang terletak berdekatan dengan Laut China Selatan malah di seratanya penuh dengan tempat-tempat menarik yang kaya dengan alam semula jadi dan mempunyai tarikan tersendiri.

10 Tempat Menarik Wajib Singgah Di Desaru

Kalau anda merancang untuk bercuti di sini, jangan lupa untuk singgah di 10 tempat menarik di Desaru ini ya?

1. Adventure Waterpark

Kredit gambar: desarucoast.com

Apa yang menarik sangat di Adventure Waterpark ni ya?

Ia bukan sahaja taman tema air dengan reka bentuk yang menarik tetapi anda boleh lakukan pelbagai aktiviti di sini seperti sambutan hari jadi, team building dan makan malam bertema.

Alamat: No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu operasi: Khamis hingga Ahad, 10.00 pg – 6.00 ptg, termasuk cuti umum dan cuti sekolah
Tel: 07-878 3863
Harga tiket:
RM65 untuk seorang

2. The ELS Club

Kredit gambar: desarucoast.com

Untuk mereka yang suka golfing dan menginginkan suasana lebih eksklusif, anda mesti singgah di ELS Club.

Berbeza dengan kelab golf yang lain, ruang bermain golf di sini unik dan lebih mencabar kerana ia mempunyai ocean course dan valley course.

Alamat: No. 4, Jalan Danau,, Desaru Coast, 81930 Darul Ta’zim, Johor
Waktu operasi:
Setiap hari, 7.30 pg – 7.30 mlm
Tel: 07-878 0000

3. Pantai Desaru

Kredit gambar: lokasipercutian.com

Kerana keindahan dan kejernihan air lautnya, Pantai Desaru sentiasa sesak dengan pengunjung dan penduduk setempat.

Berkelah dan bersiar-siar pastinya seronok di pantai yang dikatakan tercantik di negeri Johor ini.

Alamat: Pantai Desaru, 81600, Bandar Penawar, Johor

4. Desaru Fruit Farm

Kredit gambar: dff.world

Sukakan aktiviti outdoor? Jangan lupa untuk ke Desaru Fruit Farm ya. Di sini, anda boleh ke ladang buah-buahan, menaiki ATV, melawat ladang buaya dan banyak lagi!

Alamat: Desaru Fruit Farm, 92, 82200 Kota Tinggi, Johor, Malaysia.
Tel: +60 12-772 1817

5. Anantara Mangrove Cruising

Kredit gambar: anantara.com

Seronok juga merentasi sungai sambil melihat keindahan hutan paya bakau kan? Melalui pakej Anantara, anda akan dibawa menaiki bot ke Hutan Belungkor sambil dibantu oleh pemandu pelancong khas.

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, Bandar Penawar 81930, Malaysia
Tel: 07-828 0888

6. Desaru Coast Birdwatching

Kredit gambar: junglewalladesaru.com

Di Desaru, terdapat lebih daripada 90 spesis burung. Ramai pengunjung yang ke sini untuk bergambar dan melihat spesis burung-burung ini dengan lebih dekat, terutamanya photographer.

Alamat: Junglewalla Desaru, Natural History Tours – KKP/LN 4852, Information Center, River Side, Desaru Coast
Waktu operasi: Setiap hari, 7.30 pg – 10.00 pg | 4.00 ptg – 6.00 ptg, cuti hari Isnin
Tel: +60192252300
Harga tiket:
RM200 seorang dengan tempahan minimum 2 orang per trip | RM100 seorang kanak-kanak

7. Desaru Ostrich Farm

Kredit gambar: trip.com

Kalau anda sukakan burung unta, Desaru Ostrich Farm adalah tempat wajib singgah untuk anda! Di sini terdapat lebih 100 ekor burung unta yang anda boleh lihat dan dekati.

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti menunggang burung unta.

Alamat: EMR 15, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor, Malaysia.
Waktu operasi: Setiap hari, 10.00 pg – 6.00 ptg
Tel: +607 826 5846
Harga tiket:
Dewasa, RM12 | Kanak-kanak, RM8

8. Belungkor Hill Hiking

Kredit gambar: junglewalladesaru.com

Untuk mereka yang penggemar aktiviti lasak, di Desaru pun boleh hiking tau. Sambil-sambil mendaki, pemandu pelancong akan memperkenalkan dan menerangkan spesis flora dan fauna di sepanjang trail.

Bukan tu je, anda juga boleh lihat bagaimana madu lebah dikutip dan merasa sample madunya.

Alamat: Junglewalla Desaru, Natural History Tours – KKP/LN 4852, Information Center, River Side, Desaru Coast
Waktu operasi:
Setiap hari, 8.30 pg | Cuti hari Isnin
Tel: +60192252300
Harga tiket:
RM250 seorang dengan tempahan minimum 2 orang setiap tempahan| RM200 seorang kanak-kanak

9. Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Kredit gambar: oyster.com

Macam mana pula dengan penginapan? Tentu mereka yang pernah ke sini mencadangkan anda untuk menginap di Lotus Desaru Beach Resort & Spa kan?

Dari tempat penginapan, restoran, spa dan bermacam lagi, tidak pelik jika ia sentiasa menjadi pilihan tempat penginapan untuk mereka yang berkunjung ke Desaru.

Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-884 2800

10. Kota Tinggi Firefly Park

Kredit gambar: Facebook

Selain itu, Kota Tinggi Firefly Park juga merupakan destinasi yang menarik di Desaru. Bayarannya berbaloi dan hanya untuk RM20, anda akan dibawa ke habitat kelip-kelip dengan menaiki bot menyusuri sungai.

Alamat: Kota TinggiFirefly Park, Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 1.00 tghari – 11.00 mlm
Tel: 017-460 7775
Harga tiket:
Dewasa,RM20 | Kanak-kanak, RM12 | 2 tahun ke bawah, PERCUMA

Desaru yang dikatakan dinamakan dari gabungan perkataan ‘desa’ dan ‘ru’ (pokok ru), memang mencerminkan bandar di daerah Kota Tinggi ini. Kaya dengan alam semula jadi yang cantik dan pelbagai destinasi menarik, ia merupakan salah satu tourism spot yang terkenal di Johor.