KelabMama

Awas Mama! Jangan Letak Telefon Bimbit di Kepala Anak Semasa Tidur

Telefon bimbit memang susah nak berasingan dengan kita jika kita dah mula pegang di tangan. Lagi-lagi balik dari kerja ke, selepas siap hal-hal rumah ke, mesti nak tengok telefon sebelum tidur. Ataupun Mama buat perniagaan dan nak reply soalan-soalan pelanggan Mama, mesti reply mereka sambil-sambil tidurkan anak kan?

Mama Siti faham, kita bukannya sengaja letak berhampiran atau di tepi kepala anak, tetapi kadang-kadang terletak sahaja. Mama Siti just nak inform, kenapa bahayanya letak telefon bimbit di kepala anak, so Mama dan Papa lebih berhati-hati dengan gajet semasa bersama anak-anak kecil.

Jom ikuti perkongsian dari Facebook oleh Encik Farhan ZR tentang mengapa bahaya letak telefon bimbit dekat dengan anak semasa tidur.

Jom baca dengan lebih lanjut di bawah~

Jangan Letak Dekat Dengan Anak!

Perkara ni kadang-kadang terjadi pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil tidurkan/susukan anak, sambil tu reply personal message customer, kadang tu sampai tertidur. Sedar-sedar fon dekat dengan kepala anak. Allah, time tu terkilan sangat.

Terkilan sebab teringat betapa tak bagusnya bila smartphone ni terletak berdekatan dengan kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya smartphone ni kat bahagian kepala?

Radiasi dari signal smartphone ni sangat bahaya tau, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi 6 bulan ke bawah).

Antara risiko lain;

Risiko-risiko ni bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tapi juga orang dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan:

  1. Dah siap semua urusan berkaitan telefon.
  2. Matikan wifi atau data.
  3. Letakkan telefon jauh dari tempat tidur.

Ini baru kesan letak telefon kat kepala, belum masuk lagi kesan main telefon.

Kredit: Facebook Farhan ZR

Apa Akan Jadi Dengan Tidur Kita?

Bahayanya letak telefon dekat dengan anak semasa tidur! Bukan itu sahaja Mama, mengecas telefon semasa kita tidur pun boleh menyumbang kepada kebakaran dan letupan. Sebab itulah, awas Mama! Sentiasa berwaspada dengan penggunaan dan letak pada tempat yang sedikit jauh daripada bawah bantal kita.

Tidur di sebelah telefon sebenarnya boleh menyebabkan lebih banyak mimpi ngeri tau Mama! Kerana irama jantung akan lari. Tidur di sebelah telefon juga boleh menyumbang kepada keresahan dan kerap terjaga sepanjang tidur malam.

Apa yang akan jadi jika Mama letak juga telefon di bawah bantal?

Blue light yang daripada skrin telefon Mama tu sebenarnya boleh melambatkan pembebasan melatonin dan jam dalaman Mama akan menjadi lebih lambat.

Tambahan pula, ia juga boleh menyebabkan kehilangan tidur REM. Apa itu tidur REM? Ia sebenarnya memainkan peranan penting dalam mimpi, ingatan, pemprosesan emosi, dan perkembangan otak yang sihat. Jika tak cukup, ia membuatkan Mama bangun dengan gelisah, walaupun Mama tidur lena. Take note, Mama!

Adakah Mama tau bahawa telefon kita mengeluarkan isyarat penghantaran sekitar 900MHz, yang kita tidak perlu berada berdekatan pada setiap masa. World Health Organisation (WHO) mengatakan alat gajet menghasilkan kesan toksik yang boleh meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat kanser.

So, hati-hati ya Mama! Pastikan alatan gajet semua di simpan sebelum tidur, supaya tidur lebih berkualiti dan selamat daripada kebakaran. Semoga tips yang dikongsikan Encik Farhan ini bermanfaat dan harap-harap Mama belajar benda baharu hari ini!